BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

MELANKOLIK CINTA (Ekspansi daripada cerpen kepada novel melalui teori intertekstualiti) 3

PART 3 : BAB 1
angin petang membisikkan kesayuan, melemparkan keindahan
siul damai mengusik kalbu kesepian, mengaitkan hati dengan malam
menghumban kebahagian, digantikan penipuan dan kepalsuan


“Puteri…Puteri…Ohhh Puteri. Awak kat mana?.” suara kecil itu memanggil-manggil Puteri. Terkial-kial tengkuknya terkulai mencari kelibat Puteri. Dia seperti kelewatan. Termengah-mengah, dia bernafas dengan mulut. Tersirat peluh di wajahnya. Bercurah-curah hingga ke kaki.
“Hah..ada pun kau Miera. Saya kat sini lah.”, Puteri melambai-lambaikan tangan ke arah kelibat Miera yang kemengahan. Seraya melihat lambaian itu Miera berlari-lari anak ke arah Puteri.
“Puteri kenapa awak tak pergi kelas hari ni?. Awak tak sihat ke?. Ada apa-apa yang tak kena ke awak?. Ader orang tanya pasal awak tadi. Nampak caring giler dia kat awak. Ada apa-apa ke between you all.”, Miera memulakan rentak bicara.
“Kenapa tak pergi kelas?. Ermm..saja je sebab rasa malas pagi tadi lagipun over slept la tadi. Penat sangat semalam berjaga buat latihan tarian. Ada ball night nanti. Puteri kena menari salsa dan ball dance.
“Awak ni kan saja je buat saya risau. Penting sangat ke tarian tu daripada pelajaran awak?. Pasangan tarian awak sibuk mencari awak tadi. Dah rindu agaknya kut.”, Miera tergelak kecil. Perkara itu dirasakannya lucu.
“Awak ni Miera, suka buat spekulasi sendiri. Saya tak ada apa-apa hubungan lah dengan Airel tu. Sekadar pasangan tarian je. Minta awak punya nota untuk lecture hari ni. Saya nak salin semula takut nanti ketinggalan dan tak dapat nak catch up pulak.” Puteri berbicara seraya mendongak ke langit memikirkan impian yang di bawanya. Belum terbuka pintu hatinya menerima kekasih.
“Yelah tu. Saya pun kena buat-buat buta ke?. Saya dah photocopy pun semua power point untuk awak. Ambik nie.”, Miera menjawab sambil menghulurkan beberapa helai kertas putih ke arah Puteri.
“Thanks Miera. Kaulah sahabat sejati aku. He…he..he…Apa cerita datang tercungap-cungap tadi?. Ada hot story ke?.” Puteri tersenyum dan memalingkan muka ke arah Miera.
“Ada…Hot tu tak lah hot sangat tapi gempak siot. Awak tu dah terpilih jadi Princess of Dance for Pra-Graduation senior kita. Satu Malaya sebut-sebut nama awak. Bangga saya jadi kawan awak.” Miera berseloroh sekali bercerita. Kelihatan riak gembira di wajah lembut Puteri. Tersenyum malu dia dengan kata-kata Miera.
“Awak nie Miera jangan lah nak berseloroh dengan saya. Biar betik saya dapat Princess of Dance tu. Macam tak percaya je. Awak reka-reka cerita ke nie?.”, Puteri teragak-agak untuk mempercayai khabar itu. Dia juga cuba menyakat teman baiknya itu. Dia tahu Miera tidak tahu berbohong.
“Awat???. Cek tak percaya ka?. Habaq mai pasai pa tak percaya nih?. Jom cek bawak gi tengok kalau cek kat sana nun tak percaya. Cek kat sini ada bukti kukuh.”, Miera bersenda dengan dialek Kedahnya.
“HAHAHA…dah start dah dia ngan dialek Kedahnya. Puteri percayalah. Puteri kenal sape Miera. Saja je nak menguji kesabaran Miera. Hehehe….”, Puteri ketawa membelah kesunyian antara mereka. Terasa gembira hatinya dapat mengusik sahabatnya itu.
“Tengoklah tu. Orang serius dia main-main pulak. Eeee…. Geramnya kat awak nie. Kalau la awak ni makanan saya dah mamah lumat-lumat dah jadi isi perut.”, Miera membentak merengek seperti budak kecil mengenangkan sikap Puteri yang tidak pernah serius bila dia bersuara.
“Tengok tu muka baby besar merajuk. Buruk sangat. Jangan la merajuk sebab Puteri tak nak pujuk. Tak tahu nak pujuk. Lagipun bukan tak dapat apa-apa pujuk Miera.”, Puteri terus-terusan menyakat sahabatnya itu. Dia meleretkan senyuman nakal kearah Miera.
“Dah lah, Miera nak balik lah. Bosan Miera asyik kena buli je ngan Puteri. Awak…saya balik dlu ye. Jumpa kat kelas esok. Byeee..”, Miera menarik muka masam dan memalingkan muka kearah pintu. Dia cuba melangkah dan mengharapkan Puteri menahannya daripada terus pergi.
“Okay…jumpa esok. Hati-hati jalan ye. Jangan sampai terjatuh pulak. Kalau dah jatuh tu pandai-pandai le bangun sendiri ye sahabatku.”, Puteri masih dengan kenakalannya. Harapan Miera melebur di situ. Dia melangkahkan kaki keluar pintu dan membelok ke arah biliknya.
“Yes…Yes..akhirnya aku berjaya juga dapatkan gelaran tu. Tak sia-sia apa yang aku lakukan selama nie. Princess of Dance…memang hot lah. Tak sabarnya tunggu aku diiring atas red carpet. Macam artis-artis pulak, macam anak raja pun ada jugak. Bahaya betul aku ni. Kuat sangat berangan sorang diri. Silap haribulan aku jadi Mat Jenin.”, Natasha bersenda dengan emosinya. Meraikan kejayaannya sendirian. Dipekup-pekup bantal ke mukanya. Riak wajahnya berseri-seri dan gembira. Impian yang diidamkannya bakal jadi realiti cuma dalam sedikit waktu lagi.

***

“Hye Miss World Of Beauty…lorh salah le pulak..Princess Of Dance. Awak sihat hari ni or dah terlebih sihat?. Berseri-seri je muka awak tu.”, Airel memulakan rentak pagi mood Puteri.
“Hey you…see what you have done. I smell stinky because of your hand. I’m a princess ok. Lets see. Who are you?. I don’t know who are u.”, Puteri memalingkan paku buah keras kepada Airel dengan nada suara yang menjelekkan. Senyuman kecil terukir di bibirnya yang merah ibarat delima merekah.
“Apalah you nie. I nak bergurau senda dengan you sekali sekala pun tak boleh ke. You selalu spoiled apa yang I cakap.”, Airel kelihatan memuncungkan bibinya tanda ingin dipujuk.
“ I pun bergurau jugak kan?. Kenapa kasar sangat ke gurauan I tu?. You kan lelaki takkan lah mudah sangat sensitif?”, Puteri berbicara bersahaja. Ikutkan hati malas nak dilayan kerenah Airiel.
“Yelah…Yelah..I dah kenal sangat siapa you Puteri. Sebenarnya I ada good news untuk kita. You nak tahu tak.”, Airiel cuba memancing perhatian Puteri.
“What’s a good news?. Wanted too hear it. Tell me. Im hearing you. My focus on you right now. Tell it. Hurry!!!.”, Puteri kelihatan terburu-buru. Dia tertarik dengan apa sahaja cerita yang menarik melibatkan dirinya.
“Actually, kita dah terpilih untuk ke final round salsa dance. Khamis depan final day. Kita antara pasangan yang berada di ranking paling atas.”, Airiel memberikan surprise kepada Puteri. Kelihatan Puteri terlompat-lompat kegembiraan. Sudah dua hari berturut-turut dia menerima khabar baik. Terasa dirinya begitu bertuah sekali.
“Wow, a big surprise for me. Thanks a lot Airiel. I got two good news in two days. What a wonderfull life. Happynya I rasa. Lets go and had a lunch. I belanja you.”, Puteri kegembiraan. Ingin saja dia menguar-uarkan cerita itu supaya satu kampus mengetahuinya.
“Wait a minute Puteri. I ada sesuatu nak bagi kat you.”, Airiel menghulurkan satu kotak kecil hadiah berbungkus kertas bewarna merah beserta dengan sehelai sampul surat. Puteri menerima bungkusan itu dan memasukkanya ke dalam beg tanganya yang tersendeng di bahu.
“OK Puteri. Lets go now. Dah tak sabar nak lunch ni. Dah lama I tak merasa orang belanja especially you.”, Airiel menjengahkan kepala ke arah Puteri dan menarik tangannya menuju ke kafe.
Kebetulan pada masa itu Miera muncul. Puteri mengajak Miera makan bersama walaupun pada awalnya permintaan itu ditolak. Atas desakan Puteri, Miera menerimanya. Puteri memang bijak mengatur keadaan. Sebolehnya dia tidak mahu hubungannya dengan Airiel menjadi buah mulut pelajar kampus.

***

Puteri menghabiskan malamnya di hadapan komputer. Dia sebolehnya cuba mendalami mengenai tarian salsa. Dia sedaya upaya mendapatkan sebanyak mungkin maklumat untuk performance tariannya. Dia ingin mendalami semuanya agar sebati dengan jiwanya. Baginya biarlah tarian itu menjadi yang terbaik dalam hidupnya. Puteri membaca satu paparan mengenai muzik salsa.

Salsa music is a diverse and predominantly Cuban Caribbean genre that is popular across Latin America and among Latinos abroad that was brought to international fame by Cuban musicians. Salsa incorporates multiple styles and variations; the term can be used to describe most any form of popular Cuban-derived genre, such as chachachá and Son. Most specifically, however, salsa refers to a particular style developed in the 1960s and '70s by Cuban immigrants to the New York City area, and stylistic descendants like 1980s salsa romantica. The style is now practiced throughout Latin America, and abroad. Salsa's closest relatives are Cuban mambo and the son orchestras of the early 20th century, as well as Latin jazz. The terms Latin jazz and salsa are sometimes used interchangeably; many musicians are considered a part of either, or both, fields, especially performers from prior to the 1970s.[1]
Salsa is essentially Cuban in stylistic origin.[2]. though it also has styles mixed with pop, jazz, rock, and R&B.[3] Salsa is the primary music played at Latin dance clubs and is the "essential pulse of Latin music", according to Ed Morales,[4] while music author Peter Manuel called it the "most popular dance (music) among Puerto Rican and Cuban communities, (and in) Central and South America", and "one of the most dynamic and significant pan-American musical phenomena of the 1970s and 1980s".[5] Modern salsa remains a dance-oriented genre and is closely associated with a style of salsa dancing.

Sejenak menghayati artikel itu, Puteri teringat tentang bingkisan yang diberikan Airel tengah hari tadi. Dia mencari-cari beg tangannya tadi. Kotak kecil dan sekeping sampul dikeluarkan dari dalam begnya.
“Apalah yang Airel berikan kali ni. Seringkali dia memberikan aku bingkisan. Sesak bilik aku dengan bingkisan-bingkisan darinya. Hendak ditolak takut merajuk. Kalau dah merajuk dengan siapa aku nak menari nanti. Hari ini ada kelainan dalam bingkisan hadiahnya. Selalunya dia hanya menghulurkan sekotak hadiah tapi kali ini dia hulurkan hadiah bersama dengan sepucuk surat. Apakah yang dikarangnya dalam surat tu. Jangan jadi khutbah cukuplah… penat aku nak memahaminya nanti.”, Natasha berbicara sendiri membelah perasaan ingin tahunya.
Pembalut hadiah dibukanya perlahan-lahan. Satu persatu kertas itu ditanggalkan. Kelihatan sebuah kotak merah. Kotak itu dibuka Puteri. Kelihatan seutas liontin emas Rafflesia di dalamnya. Berkilau-kilauan dan bersinar menyinari anak matanya. Matanya tertoleh kearah sampul surat yang menjadi tanda tanya sedari tadi. Dia tahu jawapan kepada semua persoalan yang berada di benak mindanya akan terjawab dengan warkah itu. Apalah kesudahan semua ini. Mengapa warkah ini hadir di waktu yang tidak sepatutnya. Apakah yang sedan kau fikirkan Airiel?. Perlahan-lahan Puteri membuka sampul itu. Terkandung warkah usang di dalamnya.



Assalamualaikum Puteri…
Maafkan Airiel andai kehadiran surat ini menganggu Puteri. Tak terdetik di hati Airiel untuk mengganggu Puteri. Puteri jangan kehairanan dengan salam yang Airiel hulurkan. Sebenarnya Airiel dah menganut agama Islam. Sudah lama Airiel ingin bertukar agama. Kehadiran Puteri telah banyak memberikan Airiel dorongan untuk terus belajar mendalami Islam. Bukan kerana Puteri Airiel lakukan semua ni tapi kerana Airel ada kesungguhan untuk berubah. Bagi Airiel tiada agama seperti terumbang dilaut derita dan kerana itulah Airiel memilih Islam sebagai jalan hidup Airiel. Airiel nampak sebuah ketenangan disebaliknya.

Puteri, Airiel nak mengungkap satu rasa yang telah lama terbuka di sanubari ni. Sebenarnya Airiel sudah mula mencintai Puteri sejak kali pertama kita berjumpa. Puteri telah menambat perasaan Airiel. Maafkan Airiel jika pengakuan ini menyakiti hati Puteri. Makin Airiel kenali Puteri semakin Airiel menyayangi Puteri. Jika boleh Airiel tak ingin melepaskan Puteri dari pelukan Airiel. Setiap kali kita berpasangan saat menari, Airiel dapat rasakan bahang cinta Airiel pada Puteri kian membuak. Airiel sudah tidak sanggup menafikan perasaan itu lagi.

Puteri, Segalanya keputusan di tangan Puteri. Airiel hadiahkan seutas liontin buat Puteri beserta dengan warkah ini. Airiel harap Puteri akan sentiasa memakainya di leher jinjang Puteri itu. Airiel membayangkan kemanisan wajah Puteri memakai liontin itu saat Airiel membelinya. Liontin itu Airiel hadiahkan khas buat Puteri. Puteri tak akan dapat mencari pendua kepada liontin itu di mana-mana pun kerana liontin itu cuma ada satu sahaja salinannya. Ia hanya ada pada Puteri. Liontin itu lambang cinta Airiel pada Puteri. Lambang cinta yang satu.

Puteri, Seandainya cinta Airiel ditolak Airiel mohon jangan dibuang liontin itu. biarlah liontin itu kekal di leher jinjangmu. Airiel akan sentiasa menunggu kehadiran Puteri dalam hidup Airiel sampai akhir hayat Airiel. Tahun ni tahun terakhir Airiel belajar. Selepas ni Airiel akan terbang ke Jepun melanjutkan pelajaran kat sana. Airiel mohon kita tetap jadi kawan walaupun apa keputusan yang Puteri putuskan.
Salam sayang buat puteri hatiku. Semoga harimu berlalu dengan indah setiap hari. Doaku akan mengiringi tiap langkahmu sayang. Semoga hidupmu bahagia dengan siapa pun pilihan hatimu. Kulukiskan sebuah puisi buatmu...


Namamu Di Hatiku Puteri…

Bayu malam yang menyapa lembut dipipiku
Purnama yang mengintai seri diwajahku
Bagaikan turut berlagu seiring irama dihatiku
Irama asyik bila terkenangkanmu…


Saat kulepaskan keluhan yang bertahta dihati
Bayu bagaikan turut tertahan
seperti nafasku saat kau merenungku…

deruan ombak yang gemersik berbisik ditelingaku
lambaian dedaun yang meriah mengusik pandanganku
bagaikan turut mengalunkan seiring nada dijiwaku
nada pesona bila membayangkanmu…

saat terukir senyuman menguntum dibibir
ombak bagaikan turut gelora
seperti perasaanku saat kau mengodaku…

untaian bicaramu bagaikan tali melingkari jiwaku
imbasan wajahmu bagaikan bayangan yang mengekoriku
bagaimana mungkin kupergi mahupun berlari
kerana namamu telah pun terpahat di hatiku…

Gelora ombok besar melanda pantai hati Puteri. Cinta mengetuk-getuk pintu hatinya. Menggamit dia melepaskan perasaan resah untuk bercinta. Dicapainya keyboard komputer. Puteri mula menaip dan meneruskan tulisannya hingga ke lewat malam itu. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dicoretkan Airiel. Hatinya dirundung rasa bersalah. Bak kata pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak”.
“Airiel, I ada sesuatu untuk you. I balik dulu. Jumpa kat kelas tarian malam nanti. Assalamualaikum.”, Puteri berbicara sambil melangkahkan kaki beredar dari Airiel. Dia sebolehnya tidak mahu menyakitkan hati Airiel.
Selepas susuk tubuh Puteri menghilang disebalik blok-blok bangunan kampus, Airiel mendapatkan keretanya yang terletak di parkir. Enjin kereta dihidupkan dan kemudiannya kereta Airiel memecut laju menuju ke rumah. Kata-kata Natasha bermain di benak fikirnya. Emosi Airiel terganggu. Dia merasa tertekan kerana kata-kata Natasha itu membunuh hatinya tanpa sedar. Dia hidup sekadar dalam pura-pura.


Waalaikumussalam Airiel,
Terima kasih kerana hadiahkan saya liontin itu. Cantik sangat Airiel. Saya tak layak memiliki liontin itu Airiel. Liontin itu tidak padan dengan gadis seperti saya. Walau apapun saya tetap terima liontin itu untuk awak. Terima kasih sekali lagi Airiel.
Saya betul-betul terkejut awak dah bergelar muslimat sekarang. Saya belum tahu nama Islam awak lagi. Apa agaknya nama Islam awak Airiel?. Bila awak nak beritahu saya?.
Airiel, maafkan saya terlebih dahulu jika kata-kata saya akan mengguris hati awak. Saya tidak dapat menerima cinta awak yang tulus itu Airiel. Saya tidak seperti apa yang awak impikan Airiel. Saya tidak layak untuk bergandingan di sisi awak. Terlalu banyak kekurangan dalam diri ini yang belum awak ketahui. Seandainya awak tahu mungkin dari awal awak akan membuang cinta awak pada saya jauh-jauh.

Airiel, Saya anggap cinta awak itu terlalu suci. awak carilah insan lain yang lebih sempurna daripada saya Airiel. Saya tidak mampu untuk membimbing awak sedangkan diri saya masih terumbang-ambing. Serahkanlah cinta awak pada insan yang benar-benar tulus mencintai awak.
Airiel, Puteri doakan awak akan berjaya menamatkan pelajaran awak dan melanjutkan pelajaran ke Jepun. Saya doakan impian awak itu tercapai. Semoga Allah Yang Maha Esa melindungi awak setiap masa. Maafkan saya kerana menolak keikhlasan cinta awak. Sememangnya saya tidak layak mendekati hati suci awak itu Airiel.
Semoga awak berbahagia selalu. Kita akan tetap menjadi teman selamanya. Jaga diri awak Airiel.
Assalamualaikum

Puisi untuk awak Airiel,
If one day you feel like crying
Call me
I don't promise to make you laugh
But I can cry with you


If one day you have a problem
Call me
I don't promise to give you a solution
But you can share with me

If one day you want to walk away
Don' be afraid
Call me
I don't promise to ask you to stop
But I can walk together with you

If one day you don't want to listen to anyone
Call me
I promise to be there for you
And I promise to be quiet

But if one day
You call me
And there is no answer
Come fast to see me
Perhaps I need you
Or
Maybe perhaps I'm not
Around anymore!!

***
PART 3 : BAB 2
Kelihangan satu keluhan berat dari perasaan
Pengharapan andai tiada balasan boleh mengikat kematian
Andai hakikat perasaan bukan bersama
Realiti mungkin yang pertama.


Kelas tarian akan bermula sebentar lagi namun kelibat Airiel masih tidak kelihatan. Sudah berkali-kali Puteri menghubungi telefon bimbitnya namun tiada sebarang jawapan malah panggilan tidak disambungkan. Puteri mula risau seandainya ada sesuatu terjadi kepada Airiel. Sebelum ini, Airiel tidak pernah lewat ke kelas tarian.
“Airiel, where are you?. Picked up your phone please. Everyone waiting for you. Why are you so late?.” Puteri bercakap melalu peti mel simpanan suara Airiel. Wajah Puteri kelihatan pucat dan kerisauan. Dia terlalu bimbang sesuatu terjadi kepada Airiel.
OK..semua bangun. Mari kita mulakan latihan.”, colographer tarian memanggil semua ahli bersedia untuk latihan.
Latihan tarian dimulakan tanpa Airiel. Belum pun sampai setengah jam latihan bermula, satu kelas dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Seorang lelaki berbaju kemeja kemas beserta kot menghampiri pintu bilik tarian.
“Hello, it is where Puteri dance?. Can I talk something to she?.” Lelaki separuh umur ini fasih berbahasa Inggeris. Dia kelihatan bukan seperti orang Malaysia.
“Yes. I am.”, Puteri menjawab spontan.
“Can we discuss outside.”, ujar lelaki itu.
“Sure u can sir.”, Puteri membalasnya.
Puteri dan lelaki itu beredar meninggalkan rakan-rakan tarian yang lain. Mereka menuruni tangga menjauhi bilik tarian. Puteri berjalan mengikuti lelaki itu menuju ke keretanya yang di parkir di bawah bangunan studio tarian.
“Awak Puteri?, soalan itu diajukan kepada Puteri. Ternyata lelaki ini boleh berbicara fasih dalam bahasa Melayu.
“Ye saya Puteri. Kenapa encik nak berjumpa dengan saya?. Ada apa-apa hal yang saya boleh bantu?.” Puteri mengiakan soalan sebentar tadi.
“Saya ada satu perkara nak beritahu awak. Semuanya berkenaan dengan Airiel anak saya.”, percakapan lelaki itu terhenti disitu. Darah Puteri menyirap laju bagaikan paip yang kebocoran.
Lelaki itu kembali menyambung bicaranya. Dia seolah-olah mencari kekuatan untuk bersuara.
“Puteri, untuk pengetahuan awak Airiel baru saja meninggalkan dunia ni sebentar tadi. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke studio tarian. Kereta yang dipandunya bertembung dengan treler minyak mentah. Airiel meninggal di tempat kejadian. Tubuhnya hangus terbakar.”, sebak dada orang tua itu. Bicaranya terhenti lagi.
“Puteri, uncle kat sini nak sampaikan sesuatu kepada Puteri. Airiel wasiatkan sesuatu untuk Puteri dan bersama ni uncle serahkan kotak miliknya yang disimpan penuh rahsia. Uncle tak pernah membukanya sehinggalah ke saat dia meninggalkan uncle. Uncle harap Puteri tabah menghadapi semua suratan dan ketentuan ilahi. Walau apapun yang terjadi Airiel takkan kembali bersama kita. Jika Airiel ada di sini dia tentu tidak mahu melihat kesedihan Puteri. Puteri datanglah ke rumah uncle esok. Uncle nak sempurnakan pengebumian mayat arwah di kubur Islam berhampiran kediaman uncle. Puteri tak perlu hairan, uncle sekeluarga telah memeluk Islam bersama-sama dengan bimbingan Airiel. Cuma itu sahaja kenangan paling manis Airiel tinggalkan untuk uncle dan keluarga. Uncle minta diri dahulu. Assalamualaikum Puteri”, lelaki itu beredar dan memasuki keretanya. Air jernih menitis membasihi pipi gebu lelaki itu. Anak lelaki tunggalnya telah pergi dulu tinggalkan dia.
Bersama-sama dengan itu air mata Puteri tidak henti-henti mengalir. Hidupnya terasa bengkang bengkok. Kaki dan tangannya longlai tak bermaya hinggakan untuk melangkah pun Puteri tak mampu. Tersisip ditangannya satu sampul surat besar dengan satu kotak rahsia. Berita pemergian Airiel yang menyayat hati membuatkan jantung Puteri bagai luruh ke bumi. Terasa dirinya bersalah kerana menolak cinta Airiel. Mungkin kerana dia tahu ajalnya bakal tiba kerana itulah dia melangsaikan cintanya. Puteri semakin lemah memikirkan Airiel yang telah pergi. Dia terjelupuk ke dinding bangunan. Segalanya berderai dalam sehari. Persahabatan dan impiannya hancur ditelan masa.

***

Mata Puteri kelihatan cengkung dan tak bermaya. Dia kelihatan terlalu lemah. Kematian Airiel benar-benar menguji kekuatan Puteri. Selesai seusai bacaan talkin diiringi yasin semua hadirin yang hadir di tanah perkuburan kian lenyap. Cuma yang tinggal kini hanya Puteri dan ibu Airiel. Keduanya meratapi pemergian Airiel. Puteri meneruskan ratapannya di pusara Airiel dengan bacaan Yasin berselang air mata. Tanpa Puteri sedari tangan lembut ibu Airiel memegang bahunya.
“Puteri, jangan diratapi insan yang telah pergi. Dia tetap tidak akan kembali bersama kita lagi. Maafkan segala dosa-dosa dia pada Puteri dan halalkan apa yang pernah diberi. Tabahkan hatimu nak. Aunty balik dulu. Assalamualaikum Puteri. Jangan bersedih lagi anakku.”, tangan dibahu dilepaskan perlahan-lahan. Puteri merangkul tangannya bersalaman dan mencium jari jemarinya. Sesisip bayu kelibat aunty hilang dipandangan. Kini tinggallah Puteri keseorangan.
“Airiel, kenapa awak pergi dalam keadaan begini?. Kenapa Airiel…Kenapa?. Kenapa awak mungkiri janji yang awak paterikan pada saya Airiel?. Kenapa awak mesti pergi?.” Natasha mula berhujah sendiri dengan pusara Airiel. Tangannya sedari tadi tidak henti menggenggam liontin yang diberikan oleh Airiel sebelum semua ini terjadi.

***

Wajah muram Puteri masih kelihatan. Dipandangnya kotak milik Airiel di meja. Terasa berat tangannya untuk membuka apatah lagi untuk melihat isinya. Puteri meringankan tangannya mencapai bungkusan itu dan kotak milik Airiel dan dibawanya ke katil. Kotak itu ditenung berulang kali silih berganti. Akhirnya Puteri membukanya jua. Biarlah semua rahsia terkunci di sini selepas ini.
Kotak milik Airiel dirapatkan keribanya. Perlahan-lahan kuncinya dibuka dengan seribu kesedihan yang menjalar. Isi kotak itu begitu mengejutkan Puteri. Ketabahannya benar-benar tergugat. Tidak pernah dia menyangka begitu dalam cinta Airiel padanya. Kotak itu menyimpan sejuta kenangan Airiel bersama Puteri. Apa sahaja yang dilakukan Airiel bersama Puteri, dia akan menyimpannya di kotak itu. Kotak itu menyimpan kenangan kesedihan Airiel kerana ketidaksampaian cintanya. Gambar-gambar Puteri sepanjang mereka menjadi pasangan tarian dan ketika keluar berjalan-jalan semua tersimpan di situ. Ada saja kata yang terungkap di belakang setiap gambar yang menyatakan cintanya pada Puteri. Tiket-tiket wayang dan apa sahaja yang dilakukan bersama Puteri terkandung di dalamnya. Jiwa Puteri dibelasah rasa bersalah dan diburu kenangan sudah. Setelah melihat setiap inci kotak itu serta isinya, Puteri menutupnya perlahan-lahan. Kotak itu kembali diletakkan di atas meja.
Puteri mencapai sampul surat besar yang diberikan bersama-sama kotak milik Airiel. Perlahan-lahan Puteri membuka sampul surat bergam itu. Satu persatu kandungannya diteliti. Airiel meninggalkan Puteri sejumlah besar wang insuran melalui polisi insurannya yang diletakkan Puteri sebagai penerima. Terkejut besar Puteri. Sekali lagi Airiel memberikan dia kejutan besar.
“Airiel, apa yang awak fikirkan. Mengapa awak bebankan jiwa saya dengan penyesalan. Untuk apa saya simpan wang ini?. Semua ini tidak terbanding dengan kehadiran awak Airiel. Wang RM100,000 tidak akan mengembalikan awak pada saya Airiel.”, Puteri bermonolog dengan kelukaannnya.
Isi sampul itu diteliti lagi. Kali ini Puteri meneliti surat daripada Jabatan Agama Islam yang menyatakan pengesahan Airiel memeluk Islam. Tertera di atas kertas itu nama Islam Airiel. Muhammad Airiel Haqziq. Nama yang selalu Puteri berikan pada Airiel. Ternyata Airiel benar-benar menghargai tiap kata yang disuarakan Puteri.
Kandungan terakhir sampul itu ialah sepucuk surat. Diatasnya tertera nama Puteri. Surat Airiel untuk Puteri yang tak pernah mendiami lubuk hatinya. Surat terakhir yang diterima Puteri daripada Airiel. Surat penamat yang menyempitkan perasaan Puteri. Surat yang menjadi bukti cinta sejati Airiel Pada Puteri.

Assalamualaikum Puteriku,
Maafkan aku kira warkah ini kembali mengganggu hidupmu. Aku Cuma ingin berikan kau penjelasan sayang. Walaupun cinta suci ku kau ketepikan tetapi keputusanmu ku terima sayang. Sememangnya tiada paksaan dalam percintaan. Mungkin tiada jodoh antara kita.
Puteriku sayang,
Saat kau baca tulisanku ini aku sudah tidak berpijak di bumi Tuhan lagi. Mungkin telah jauh di langit Tuhan. Semua yang terjadi bukan inginku dan bukan rancangku. Seandainya aku pergi, ku mohon dirimu tabah sayang. Walau kita tak bersama dirimu sentiasa dihatiku sampai akhir hayat dan pada saat kematianku nanti akan ku sebut namamu bersama kalimat Allah.
Puteri impianku,
Sampul yang kau pegang sekarang mengandungi sesuatu buatmu dan kotak milikku itu sebuah impian yang ku simpan. Puteri, kau telah meninggalkan kenangan manis dalam hidup aku. Tiada lagi kenangan yang terindah selain seindah kenangan bersamamu. Walau aku tak mampu menjejaki hatimu tapi aku tetapi merasai panas cintamu sayang. Masih ingat lagi semua gambar-gambar milikmu itu ku tangkap sebagai kenangan kita. Simpanlah sayang dan pandanglah tiap kali kau mengingati aku. Telah ku coretkan kata di sebalik foto-foto ungu itu.

Puteri, Perjalanan hidupmu masih panjang. Telah aku sediakan sebuah harta bagi mengejar impianmu. Ku tinggalkan padamu insuran nyawa berharga RM 100,000 untuk kau gunakan menjalani kehidupanmu. Aku tidak mahu melihat dirimu kesusahan setiadanya aku di sisimu. Semua ini telah kurancangkan sejak dari awal perkenalan kita. Biarpun cintaku kau tolak semua ini tetap akan tertunai sayang. Ku harap kau terima tanpa pelbagai soalan. Semua yang aku lakukan hanya untuk kebahagiaan dirmu sayang.

Sayang, Tiada apa lagi yang mampu aku coretkan padamu. Aku memohon diri untuk pergi menemuiyang abadi. Doakan ku di sana. Pesanku sayang, jangan kau lupakan aku dan jangan kau lupakan sedekahkan padaku seusai bacaan Yasin setiap kali kau akhiri tuntutan ilahi. Ku sertakan puisi-puisi rinduku padamu sayang.
Salam sayang buat puteriku yang terindah. Sentiasa mencintaimu selamanya.


Muhammad Airiel Haqziq

Kehadiranmu

lautan kematian ombak
tenang pantai tiada terusik
begitu tasik hatiku
sejak kehadiranmu

hatiku dipenuhi kerinduan
jiwaku diisi kegembiraan
diriku berlagu riang
walaupun dibelenggu keresahan

ketahuilah...
hadirmu
memberi sejuta makna dalam hidupku
kau berikan cahaya tika
diriku dalam kegelapan
kau beri kekuatan
tika aku diuji dengan dugaan
saat ku kehilangan keyakinan
kau nyalakan obor pengharapan
mekar dan tidak pernah layu

ketahuilah...
dirimu membuatkan
hatiku mekar dan mewangi
seperti sekuntum bunga di tasik
madu
yang tidak akan layu
ibarat asyiknya sungai yang mengalir
memberi sumber kepada hidupan

tiada kata
yang dapat kugambarkan
betapa
aku hargai
kehadiranmu
doa khudus aku panjatkan
semoga dirahmati
perhubungan ini.
Sedetik Buat Kita
Sayang…
Andai saat ini ilahi memanggilku
kembali,
Ku harap kau tabah menghadapi,
Detik-detik dan liku hidup ini,

Kerana…
Aku tak mungkin lagi berada di sisimu,
Aku tak lagi dapat mengusap wajah
manjamu itu,,
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai
tanganmu,
Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu
dengan..
Tinta-tinta kerinduan,
Warkah-warkah kasih sayang,,
Irama-irama kesyahduan,
Bait-bait puisi riang,
Dan baris-baris kenangan yang pernah
kita simpulkan…..

Sayang…..
Andai saat ini saat terakhir aku di
sisimu…
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu
Izinkan aku mencuit senyum manja,
Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu,
Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur
sedetik bahagia
agar…
Kau takkan mudah melupakan aku.
Kau tak mudah tinggalkan cintaku,
Tak mudah kau usir rindu yang
bertandang saat ini,
Biar ia menjadi sejarah yang tak
mungkin kau lupa
Cukuplah sehingga kau belum
berpunyai…..

Sayang….
Andai masa sudah mengakhiri,
Andai saat yang dinanti tiba di hati..
Ku harap kau rela membiarkan ku pergi..
Ku harap kau dicucuri rahmat dari
ilahi,
Sentiasa bahagia dan hidup ceria,
Akan ku lihat kau dari jauh
Jangan lupakan aku biarpun kau dah
berpengganti..
Hulurkan doamu padaku tiap malam agar
aku bisa mendengar lagi
Suara merdumu,
Hadiahkanku bacaan yasin dan doa
setiap kali kau akhiri tututan mu
sayang…….



PART 3 : BAB 3
Di mana letak surga itu, biar kugantikan
Tempatmu denganku, adakah tangga surga
Biar ku temukan untuk bersamamu

Sejak pemergian Airiel hidup Puteri menjadi sunyi. Dia sentiasa murung dan lebih banyak mengurung dirinya di dalam bilik. Pemergiaan Airiel benar-benar membuatkan luka di hatinya berdarah. Tidak pernah dia menyangka akan ada lagi gerimis di matanya setelah luka-luka lama Puteri tinggalkan.
Dunia tarian yang menjadi impian Puteri dan Airiel telah Puteri tinggalkan jauh ke belakang. Studio tarian tempat perkenalan dan penyambung nadi persahabatan mereka terasa sunyi. Tiada lagi keriuhan senda gurau dan ucapan ketawa bisikan Airiel untuk Puteri. Tiada lagi untaian bunga mewarnai harum kemboja angkasa di bilik studio tarian itu. Hilaian kemesraan kian layu tanpa kehadiran Airiel. Rindu yang sentiasa bertamu di hati Airiel tidak lagi terhambur untuk Puteri. Kini baru Puteri sedari Airiel begitu bererti dalam dirinya. Bukan Puteri tidak mencintai Airiel tetapi tersirat dan tersurat pelbagai sebab yang menjadikan penolakannya itu.
“Airiel, kini hanya bayangmu yang menyentuh hatiku menemani sepi. Semua cinta yang kau hulurkan telah pergi dan tinggalkan diriku dalam kelukaan dan sendiri. Waktu dan masa terus berjalan dan meninggalkan perit di hatiku. Airiel, sewaktu ada mu aku buta, ketika tiadamu aku rindu huluran cahaya. Dulu kau seperti matahari dan tetap bercahaya walaupun malam menjelma cahaya kau pada bulan tetap menerangi hidupku walau kekadang gerhana terjadi tetapi akhirnya akan kembali juga kecerahan.”, Puteri mengimbau kenangan silam ketika bersama Airiel dan kerinduannya pada Airiel jelas kelihatan.
Puteri berjalan ke arah almari untuk mendapatkan sesuatu. Tangannya meraba-raba perut almari mencari kotak kenangan milik Airiel. Puteri kembali ke katil dan bersila sambil erat memeluk kotak itu. Perlahan-lahan kotak dibuka. Puteri menyingkap kenangan disebalik foto-foto keriangan masa bersama Airiel dulu. Baginya kini hanya foto-foto itu mampu membuatnya tersenyum.
“Airiel, cuba awak lihat foto-foto kita, semua ini mengungkap kenangan terindah antara kita. Senyuman di wajah awak sungguh indah sekali. Manis dan sentiasa bersahaja. Saya rindukan semua kenangan itu. Airiel, saya sayangkan awak..”, Puteri berbicara seorang diri dengan harapan Airiel mendengarnya.
Terimbau lagi kenangan silam bersama Aireil.
“Airiel..Airel saya ada sesuatu nak bacakan pada awak,”, Puteri menjerit kecil memanggil-manggil nama Airiel.
“Puteri. Apa yag awak nak bacakan untuk saya?. Awak nak baca Yasin ke Puteri?. Hehehehe” Airiel menjengahkan kepalanya ke luar pintu bilik persalinan di studio sambil tertawa mengusik.
“Yelah nak bacakan yasin untuk arwah awak. Awak ni kan Airiel kalau tak menyakat saya satu hari tak sempurna hidup awak. Saya nak bacakan awak puisi saya tulis semalam. Nak dengar tak?.”, Puteri menyambung seloroh Airiel.
“Mestilah nak sayang.”, Airiel menjawab dengan raut wajah gembira.
“Dengar ok.”, Puteri membisik ke telinga Puteri.

Lukisan Wajahmu
saat aku menatap lukisan wajahmu...
yang mewah dengan senyuman
yang sarat dengan pandangan
yang indah dengan renungan kasih dan sayang
aku kehilangan diriku...


aku tidak pernah puas menatapmu
seperti hatiku yang tak pernah puas menyayangimu
seperti diriku yang tak pernah puas merinduimu seperti bibirku yang tidak puas menyebut namamu
aku bagai milikmu...



bila datangnya pagi yang cerah
secerah wajahmu memancarkan keriangan menyinarkan harapan memalsukan kedukaan
aku terasa akulah insan paling bertuah insan punya anugerah
berdampingan denganmu satu yang indah bukan mudah
bila datang pula malam yang berbintang indah , cantik dan gah
berkemilauan seperti sinar matamu ketika menatapku
terasa merona merah dan hangat wajahku
aku termalu..terusik naluri halusku...


begitulah sayang...
saat ku menatap lukisan wajahmu
sepertinya kau di hadapanku
mengotakan impian kita untuk bersatu
dalam mahligai rindu...

Kenangan itu mengusik kalbu Puteri. Air jernih tersia di kelopak mata tak dapat tertadah lagi. Mengungkap kenangan persahabtan dengan Airiel membuatkan Puteri bersedih dan kecewa. Sedih kerana kehilangannya dan kecewa kerana terpaksa kehilangannya di dalam tragis.
Ketiadaan Airiel membuatkan Puteri mengambil keputusan meninggalkan bidang tarian. Terlalu banyak kenangan bersama Airiel yang terungkap bersama tarian. Puteri tidak sanggup berhadapan dengan kenangan-kenangan itu dan takut mengakui kerana dia Airiel menjadi korban.
Kematian Airiel membuatkan Puteri tidak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri. Ada sahaja yang dikaitkan dengan dirinya apabila soal Airiel disebut. Jika diikutkan hati mahu sahaja Puteri menggantikan tempat Airiel. Takdir suratan seringkali Puteri ketepikan dalam pendirian. Tiap kali berbicara, hatinya hanya mengikut kata perasaan.
Begitu cinta Airiel ditolak, cinta-cinta lain yang menghampirinya turut ditolak. Puteri rela membiarkan dirinya diselubungi sunyi daripada ada yang menjadi mangsa nasib malangnya. Puteri sebolehnya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu perkara yang terjadi kepada Airiel berlaku lagi. Puteri sudah tidak sanggup menghadapi malam-malam suram bersama impian dan kenangan Airiel. Hatinya dilambung kesayuan yang memedihkan. Kalau tidak kerana Airiel pun Puteri ada sebab lalin. Puteri tidak mahu luka lama menggores hatinya semula. Dia bimbang bekam akan pecah dan menjadi nanah.

0 comments: