BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

MELANKOLIK CINTA (Ekspansi daripada cerpen kepada novel melalui teori intertekstualiti) 2

PART 2 : BAB 1
Meniti keremajaan, menaruh harapan
Membuktikan impian dengan cinta dan kepalsuan
Mematikankan angan dengan sandiwara angan-angan

Ain gadis comel bertubuh kecil. Aksinya sentiasa menjadi tumpuan pelajar di sekolah. Dia benar-benar aktif hinggakan kesalahan yang dilakukan tidak diberikan tindakan dan hukuman. Bermula dari sekolah rendah dia sentiasa melibatkan diri secara aktif dan memberikan sepenuh komitmen pada acara sukan dan aktif dalam kadet. Masanya banyak terluang dengan aktiviti itu hinggakan masa belajarnya sendiri terabai. Apa pun dia tetap bijak menyelesaikan masalah itu.
Ain digilai jejaka di sekolahnya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja surat layang yang terutus di meja studynya. Melambak hinggakan dia seringkali luak dan bosan. Kadang-kadang bukan saja surat malah ada yang mengirim bunga dan coklat untuknya. Rasa serba salah pun ada juga menghantui dirinya. Bukan sekadar itu, dia juga dicemburui rakan sekelas yang tidak sekufu dengannya. Mana tak nya hari-hari ada saja barang dan hadiah untuknya.
Suatu masa…
“Hye cute. Nak kenal awak boleh ke?. Nama awak Ain kan?. Atlet terbaik sekolah.” sapa seorang pelajar lelaki.
“Eee..yerk..pehal awak nie. Tetiba emo ngan saya nie kenapa?. Tangkap lentok pulak dia.” Ain membalas.
“Arghh..memang betul cakap budak-budak laki. Awak ni memang kerek lah. Ntah apa-apa ntah. Perasan giler. Macam lah saya syok sangat kat awak tu. Saya just nak kawan-kawan jew. Awak kew saya yang emo sekarang ni?, paku buah keras dipalingkan semula kepada Ain.
“Ahh..malu aku. Pipi pun dah merah gila macam ada sekati blusher. Nampaknya seperti ada gaya perang dunia ketiga nak terjadi. Bom nuklear dah nak meletup nampaknya. Saja je jantan ni cari pasal. Nak kena agaknya dia ni. Takpe-takpe, dia belum kenal siapa lagi Ain,” Ain bermonolog sendirian dengan senyum sinis dan pipi yang kemerahan.
“Apasal awak ni?. Dah takde masalah nak cari masalah ke?. Jangan nak bermelankolik kat sini. Tak da masa saya nak layan orang macam awak ni. Tak tahu menghargai wanita.” Ain melempiaskan kemarahannya bernada berapi.
“Tak ada apa-apa pasal. Saja nak mengganggu hidup awak. Tak boleh kew supergirl?, lelaki itu manyambung bicaranya.
“Haha..ntah kenapalah si mangkuk ayun ni yang aku ganggu pulak.” getus hati jejaka itu. Dia mula berkonflik dengan dirinya sendiri.
“Ntah apa-apa lah awak nie. Pelik betul. Tiba-tiba datang jumpa nak kenal. Tak ada angin tak ada ribut pulak tu. Buang tebiat ke?.” angin perbalahan mula menyirap terselit pada ucapan Ain.
“Awak. Awak. Awak nie selalu jew buat first impress sendiri. Cuba le positive think sikit. Jangan asyik menilai orang je. Saya Haikal. Muhammad Haikal Hakimi. Salam perkenalan. Awak Ain kan?. Gembira dapat berkenalan dengan awak.” pemuda bergelar Haikal itu terus menyambung celoteh.
“Perghh…dah la. Tak kuasa saya nak terus layan awak Encik Muhammad Haikal Hakimi. Saya nak kena pergi latihan nie. Nanti terlewat pulak. Saya pergi dulu ye. Bye…”, Ain menyambut perbualan itu dengan nada sinis yang berbaur kebencian lagi.
Seraya dengan melabuhkan kata-kata itu Ain melangkahkan kaki menjauhi pemuda itu dan terus masuk ke padang sambil memohon maaf atas kelewatannya. Terdetik di hati Ain kerana pemuda itu dia terlambat menjalani latihan, malah dia turut didenda berlari seratus kali mengelilingi padang.
“Aduhai…apalah nasib aku hari ini. Malang betul. Terpaksa aku habiskan seratus pusingan larian. Datang lah lambat lagi. Sapalah suruh aku layan mamat skema tu tadi. Tak fasal-fasal aku kena lagi dengan coach. Dah nak lembut lutut aku ni berlari. Malu aku. Kawan-kawan atlet semua sedang ketawakan aku. Aku benci diketawakan kawan-kawan terutamanya si Aisya dan Sarah tu. Habislah kedudukan aku sebagai atlet berdisiplin tercalar hari ni. Ini semua gara-gara lelaki tu. Siaplah kau nanti aku kerjakan,” Ain bermonolog sepi dengan dirinya. Hatinya ternyata baran dengan denda yang dikenakan ke atasnya itu. Apa tidaknya, dia didenda kerana seorang lelaki.

***
Hari baru Ain bermula lagi. Pagi yang indah dimulai dengan alunan lagu Lost and Found nyanyian Alyson Stoner yang diminatinya. Sejak awal pagi lagu itu berkumandang mengegarkan ruang biliknya hinggakan kadang-kadang Mama selalu memarahi Ain kerana kenakalannya itu. Suara lembut Ain mula bergema memenuhi pelusuk bilik. Pekikan dan suara Mama di bawah semakin lantang kedengaran.l

This is my world
four walls and a view
I stare at the ceiling
Chasing these feelings
around in my head
I'm so confused
constantly wishing
for what I've been missing
in my life
I learn to be strong
when the walls are crumbling
all around my heart

You might say I feel lost and found
You might say I'm all turned around
this is the first time that I know who I am
Cause now my feet are on solid ground
before I didn't know up from down
It won't be long 'till I find
were I'm goin' now

I must confess
I was a mess
I tried not to show it
didn't want them to know it
Cause everyone has
their own flaws(?) to bear
and mine is still waiting
for everything to
fall back into place
But I learned to be strong
When the rain is falling
all around my heart

You might say I feel lost and found
You might say I'm all turned around
this is the first time that I know who I am
Cause now my feet are on solid ground
before I didn't know up from down
Thanks to love, I know were I'm going now

You might say I feel lost and found
You might say I'm all turned around
this is the first time that I know who I am
Cause now my feet are on solid ground
before I didn't know up from down
It won't be long 'till I find
were I'm goin' now

Don't look back
Learn from the past
Livin' for now is what keeps me going
don't look back but hold the memories
I can do this
I must do this

This is my world
A much better view
I feel myself growing
without even knowing
what lies ahead
(what lies ahead)
but who really knows
I'll just embrace it
with love, I can face it

You might say I feel lost and found
You might say I'm all turned around
this is the first time that I know who I am
Cause now my feet are on solid ground
before I didn't know up from down
Thanks to love, I know were I'm going now

You might say I feel lost and found
You might say I'm all turned around
this is the first time that I know who I am
Cause now my feet are on solid ground
before I didn't know up from down
Thanks to love, I know were I'm going now

I know were I'm going now
I know were I'm going now
I know were I'm going now

Kedengaran diluar bilik pintu diketuk oleh Mama. Ketukan dipintu tidak dihiraukan oleh Ain. Dia senggaja membiarkan Mamanya membuka sendiri helai pintu itu. Dia tahu kehadiran Mamanya akan mengundang leteran panjang yang bernada ekspansi dan personafikasi.

“Assalamualaikum anak Mama. Kenapa dengan Ain ni sayang. Dari semalam Mama tengok bad mood je. Makan pun tidak dan asyik terperap je kat bilik. Ada apa-apa yang tak kena ke kat sekolah semalam?. Balik dari sekolah semalam mama tengok masam jew muka tu macam tikus mondok dah tu pulak terkurung je kat dalam bilik ni. Agaknya dalam bilik ni ada aura kut. Senyum sikit sayang.” Mama memulakan bicara dengan seloroh dan berlelucon dengan Ain. Mama ketawa sendirian.

“Waalaikumussalam Mama. Tak ada apa-apalah Mama. Kalau cerita pun Mama mana faham jiwa Ain. Ain kan remaja lagi sedangkan Mama dah berusia. Mama takkan faham Ainlah.” Ain menyambung perbicaraan dengan Mama. Dia menjawab sekadar hendak tak hendak sahaja. Menjawab sekadar acuh tak acuh.

“Ermm…Mama memang dah berusia tapi jiwa Mama remaja lagi tau. Kalau Ain ada apa-apa masalah kongsilah dengan Mama, nanti tak lah stress kepala awak tu. Ceritalah kat Mama ok.” Mama mengukir senyuman beserta jawapan.

“Yelah…yelah. Ain cerita kat Mama. Sibuk je Mama nak tahu pulak. He..he..he.. Macam ni mama, semalam Ain kena denda dengan coach. Ain kena lari seratus kali pusing padang. Kaki ain ni dah lembik dah ni. Nak berjalan pun dah tak larat ni kan pulak nak makan. Mana Ain ada selera Mama.” Ain menundukkan kepalnya ke lantai sambil bercerita. Kelihatan ada manik-manik jernih dikelopak matanya.
“Let me guess, Ain lambat disebabkan seorang budak lelaki kan?.” Mama melambungkan pertanyaan.
“Arr..macam mana Mama tahu. Kalau dah tahu kenapa Mama tanya lagi kat Ain. Mama nie…” muka Ain kelihatan terkejut, merah padam dan geram dengan keletah Mamanya.
“Tengok muka Ain pun Mama dah dapat baca dah. Mama ni kan Mama Ain. Mesti le Mama kenal siapa anak Mama. Baik buruk dia and semualah.” Mama kembali menyambung celoteh. Kali ini Mama menyendol-yendol bahu Ain.

“Ada-ada jelah Mama ni. Mana Mama tahu nie. Beritahu lah Ain. Please Mama. Tell me how u know it.” Natasha merayu pada Mama.
Ok..ok..im gotta tell you my dear. Mama ada surat untuk Ain. Nama pengirim tu Muhammad Haikal Hakimi and that’s why Mama guess dia yang buat Ain ada masalah.” Mama memandang Ain dan menghulurkan sepucuk surat. Seraya dengan itu mama menepuk-nepuk bahu Ain dan beredar keluar dari biliknya. Daun pintu yang sedari tadi terkopak ditarik Mama. Kamar Ain kembali sunyi. Tiada lagi hiruk pikuk dan hingar bingar bunyi melodi metafora.

“Thanks Mama. Sayang Mama.” Ain menjerit kepada Mama.

Ain membuka bucu sampul itu dengan penuh pertanyaan dan persoalan. Hatinya dirundung rasa geram yang tak sudah dan rasa ingin tahu kian membuak. Dua helaian kertas keluar dari sampul itu. Panjang lebar coretan dan bisikan hati Haikal diutuskan pada Ain. Ain menghenyakkan pinggulnya ke atas tilam baldu seraya mula menghayati tiap baris kata nada bingkisan itu.

Assalamualaikum..
Maafkan saya seandainya warkah ini mengganggu pemerhatianmu apatah lagi menggores naluri wanitamu. Mungkinkah awak sudah lupa pada zaman kanak-kanak kita dulu?. Satu ketika dulu kita pernah bersama berlari-larian berdua di taman. Telah lupakah awak pada saya?.
Cuba awak kembalikan memori awak pada zaman kanak-kanak kita. Zaman kegilaan masa kecil yang kita agungkan. Suatu masa dulu saya pernah tinggalkan awak di situ dengan janji saya akan kembali mencari awak suatu masa nanti. Saya pernah tinggalkan awak di situ dengan nilai jati seorang sahabat dan masih diingatiku tangisan kanak-kanak mu itu.
Awak..maafkan kehadiran saya mengganggu hidup awak. Tak terniat di hati saya melukai awak apatah lagi membuatkan tangisan jernih tika saya tinggalkan awak berdarah lagi. Saya Cuma hadir menagih janji setia kita tika zaman kanak-kanak. Masih lagi terngiang-ngiang di benak fikir ini suara dulu meminta persahabatan kita tak terputus di situ. Awak mungkinkah tiada lagi ingatan itu?. Mungkinkah tiada lagi ingatan tentang saya pada awak?.
Awak…saya kembali bersama janji persahabatan kita. Saya kembali meraih awak di sisi saya sebagai teman lama. Mungkin awak tak mengenali saya kerana nama tapi saya mengenali awak dengan suara. Kelunakan suaramu takkan pernah saya lupa. Cubalah awak kenang kembali. Mungkin awak akan dapat mengenali siapa saya. Awak…saya ada sertakan satu rungkaian kata puisi daripada bait-bait lagu untuk awak. Semoga awak dapat menghayatinya dan mengingati anugerah persahabatan itu.

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan
Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam

Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya

P/S : Maafkan saya kerana saya awak kena denda dan semoga ingatan itu tak terlupus. Jumpa awak kat sekolah esok. Have a nice day dearly friends. Growing up both n together.
Muhammad Haikal Hakimi.

“Muhammad Haikal Hakimi?. Siapa sebenarnya dia?. Zaman kanak-kanakku?. Aku hanya menantikan kehadiran temanku Khai. Mungkinkah dia Khai yang aku kenal dulu. Adakah dia telah kembali menunaikan janji setia yang pernah terpateri antara kami?.” Berbagai-bagai persoalan menolak perasaan dan membebankan ingatan. Makin difikirkan semakin Ain menemukan kebuntuan. Ain terburu dengan janji dan kenangan dulu. Terimbau masa kanak-kanak bersama Khai dulu. Kata-kata Khai menjebak jantung kanak-kanaknya.

“Ain, saya nak kena pindah ke kampung. Saya kena ikut papa saya. Dia dah ditukarkan ke sana. Saya akan pindah esok. Saya janji dengan awak di taman ni bahawa saya akan kembali meraih kasih seorang sahabat daripada awak satu masa nanti. Awak saya janji ok. Semoga jumpa awak lagi. Saya kena pergi dulu. Bye Ain. Saya sayang awak.” Khai menamatkan perbualan mereka dan terus berlalu pergi dengan secangkir senyuman manis di bibinya. Ain terdiam. Tiada kata yang terungkap di bibirnya.

Satu tamparan hinggap di bahu Ain. Lamunan Ain terhenti berserta tamparan itu. Ain lantas memalingkan wajahnya ke arah tamparan itu. Kelihatan Mama berdiri tegak di sisi Ain. Ain kelihatan sedikit kalut. Dia sebolehnya tidak mahu melibatkan Mama dengan masalahnya. Cukuplah sekadar Mama tahu dia boleh selesaikannya sendiri.
“Apa yang dimenungkan tu sayang?. Mama ketuk pintu berkali-kali pun tak dengar sampai Mama masuk pun Ain tak sedar. Ain ingat kat siapa tu?. Pemilik surat tu ke?.” Mama mengajukan mutiara-mutiara persoalan.

“Ish…Mama ni ada-ada je. Kalau tak menyakat Ain sehari kira tak sah le hidup Mama. Buat apalah Ain nak ingat kat mamat tu. Sebab dialah Ain kena denda Mama tahu tak. Tak sudi pun Ain nak maafkan dia. Ain teringat zaman kanak-kanak Ain dulu. Sekarang Ain dah remaja pun. Mama ingat tak lagi Khai?,” Ain cuba menafikan apa yang berada difikirannya. Ternyata Mama cuba membaca apa yang tersirat disebalik kegaluan hatinya.

“Yelah tu sayang. Apa yang tergenggam kat tangan Ain tu?. Mama belum buta lagi sayang. Mama kenal le anak Mama. Tak payah le nak sorok-sorok apa-apa dari Mama ok.” Mama tergelak kecil dan beredar dari sisi Ain. Soalan yang diajukan Ain dibiarkan kosong tak berjawaban.

Ain malu sendirian. Kertas tadi dilepaskan ke meja. Pipinya kelihatan merah padam. Sudah dua kali dia terkantoi dengan Mama hari ni. Kenapalah permulaan hari riang berakhir tanpa senyuman. Ain melepaskan kepalanya ke atas bantal. Semuanya terhenti di situ.


***
PART 2 : BAB 2

Meniti impian airmata adalah pengharapan
Meniti perjalanan penantian adalah impian
Meniti kehidupan ketabahan adalah dahan
Jangan kau terpegang ranting kerapuhan


“Selamat pagi Mama. Breakfast apa yea hari ni?.”, terserlah kegembiraan diraut wajah Ain.
“Ain lapar lah Mama…dari semalam lagi Ain tak makan. Hehehe…”, Ain menyambung bicaranya dengan mulut yang dipenuhi sandwich.
“Buat le perangai lagi sampai tak makan. Penat Mama masak semalam tak ada siapa pun makan sampai makanan tu basi kat bawah tudung saji ni.”, sindiran kecil dihulurkan Mama kepada Ain.
“Ala…so sorry Mama. Ain penat sangat semalam Mama. Maafkan Ain ye Mama. Lain kali tak ada lagi keadaan macam semalam yea.”, Ain cuba memujuk rajuk Mamanya. Berkecil hati orang tua itu.
“OK…OK…Mama tak marah pun. Dah cepat makan nanti lewat sampai sekolah pulak. Nanti tak pasal-pasal Ain kena denda dengan guru disiplin pulak.’, Mama bercoloteh panjang lebar.
OK Mama…Ain pergi dulu. Assalamualaikum.”, semanis ciuman hinggap di pipi Mama sebelum Ain beredar meninggalkannya.

***

“Hai Khai. Awak Khai kan?.”, Ain menyapa lembut pemuda yang menyebabkan dia didenda semalam.
“Hai, ya saya Khai teman sepermainan awak zaman kanak-kanak dulu. Maafkan saya kerana kepulangan saya tak diundang. Maafkan saya juga kerana sebabkan awak di denda semalam.”, pemuda itu membuka bicaranya dengan Ain melalui ucapan maaf.
“Tak kisah lah. Saya ok je cuma penat ja semalam. Dulu awak gemuk dan sihat. Sekarang dah lain. Saya dah tak dapat nak kenal awak langsung. Lagipun nama awak lain lah. Apa sebetulnya nama awak Khai?.”, Ain mula bersoal siasat seperti Khai adalah penjenayah negara.
“Saya memang dah lain. Zaman kanak-kanak biasa la masih tak tahu jaga diri. Sekarang kan dah besar. Makan minum semua dah kena control. Nama saya Muhammad Haikal Hakimi. Sudah lama saya tak berjumpa dengan awak. Awak dah semakin cantik sekarang Ain. Tak ubah seperti seorang puteri.”, Haikal menjawab persoalan yang diutarakan Ain dengan nada selamba.
“Yelah tu. Awak pun apa kurangnya. Saya dah boleh cakap macam putera Raja Suran macam dalam Sejarah Melayu. Hehehe…”, Natasha mengusik Haikal.
“Awak saya ada sesuatu nak bagi kat awak. Awak simpan tau. Tanda persahabatan kita yang tak pernah luntur.”, Aiman berbicara sambil tangannya menyeluk kocek seluar mencari sesuatu. Haikal mengeluarkan secebis kertas dan membacakannya di hadapan Ain tanpa segan dengan orang di sekitar yang melihatnya.
Puteri Ain
Kau insan pertama yg meragut
tali yang tersimpul erat
tali yang menjarakkan ikatan
tali yang memisahkan hubungan
antara talian dan perasaan

Ain
kewujudanmu…
menerajang jauh dimensi buta
membawaku ke dimensi nyata
mengenalkanku erti shabat setia

Ain
saat hati terluka
kau sejukkan naluri dengan bahagia
saat aku tersiksa
kau jadi pendengar yang setia

sahabatku,
kau insan terakhir brtakhta
dalam istana kaca
kau insan pertama menemui hartanya
dan kau tak perlu hadir dengan bicara
kerana aku tahu kau satu-satunya
sahabat alam maya….

Ain,
Kau ketuk naluri yang terluka
Kau gumpal lukanya
Kau anyam istana
Persahabatan antara kita

Ain,
Jiwa ini hitam kelam
Penuh semak dan lalang
Kehadiranmu,
Menongkah kehidupan
Melenyapkan semak dan lalang
Menitipkan kasih sayang
Mentintakan kerinduan
Dan kasih sayang
Dalam naluri persahabatn

Ain,
Dengan mesra ku mengenali
Dengan santun kau memberi
Erti sahabat yang tak terbeli
Erti teman yang tak terperi
Pengalaman yang bererti

Ain,
Saat bara tergengam di jari
Kau rampas dan membawanya pergi
Kau ganti dengan hati suci
Naluri penuh simpati
Untuk mengenali diri ini
Kau ku ibaratkan sahabat sejati

Ain,
Seandainya illahi memanggil ku pergi
Jangan lupa kenangkan ku di hati
Cukuplah selama kau tak berpengganti
Kirimkanku doamu padaku setiap hari

Sahabat yang disayangi,
Ku tak ingin kau pergi
Tinggalkan ku lagi
Ku harap kau kan setia
Temaniku ku disini


Puteri Ain ataupun Ain,
Kau masih insan yang sama
Yang sangat aku syangi
Dan tak mungkin kulupai
Kerana kau teman sejati
Hanya kau yang mengenali
Attitude diri ini

Teman, sahabat yang mengertii
Aku akan selamanya disisi
Menemani persahabatan ini
Sehingga panggilan ilahi
Yang dinanti membawaku pergi
Kata-kata yang dilafazkan Haikal menyentuh sukma Ain. Ada saja kemboja tersenyum andai setiap kata dibicarakan untuknya. Bukan sekadar kemboja malah ros juga turut bersinar mendengar kata yang terungkap menyentuh bida bahagia. Tidak pernah disangka Ain perubahan Haikal yang dikenali dulu jauh bezanya dengan sekarang. Watak Khai zaman kanak-kanaknya terlalu jauh dibandingkan dengan sekarang. Dewasa telah mengajar dia mengejar kesempurnaan.

***
PART 2 : BAB 3

Bicara laut bisa didengar pantai, bisik pasir begeselan
Arca kehidupan, realiti kehampaan
Tidak mendamaikan keharuan tapi menambahkan kekusutan
Mengelirukan keadaan.

Bibit kemesraan antara Haikal dan Ain telah menghubungkan mereka dalam ikatan percintaan. Semuanya berlabuh dengan impian dan harapan. Mereka masing-masing menjaga hati pasangan agar tiada yang terluka. Haikal memahami Ain dan Ain turut memahami langkah Haikal. Permulaan cinta mereka penuh bahagia tanpa secubit derita. Kasih sayang yang terhambur saat itu bagai intan dan permata yang bersinar. Malahan sinarnya lebih indah dari permata di laut ketujuh dan sejuknya lebih dari angin dari langit ketujuh. Mereka dikenali sebagai “hot couple” di sekolah dan hingga tamat masih ada yang memanggil mereka dengan panggilan itu.
Saat indah percintaan, berlarian di tepi pantai bersandarkan ombak kedamaian hati berputar bagai beliung tidak akan dapat menembusi. Saling berkongsi udara, menyedut dan menghembus walau ada bau yang menyeringai tetap tak terasa busuknya. Tika menyita duka walau ada sengsara yang menerpa tetap tak terasa kerana hati keras umpama besi pesaka.
Impian yang melebarkan harapan hancur sebagai libasan angin di ufuk selatan. Semua kenyataan tidak seperti impian kenangan silam. Sekian lama mengenali rupanya masah ada udang di sebalik batu. Kegadisanku tercalar kerana cintaku padamu. Ku ibaratkannya seperti mimpi kerana aku lupa cinta itu satu pengorbanan. Kelapa ditebuk tupai mana ada lagi tupai yang akan mendekatinya jika tahu sudah ia ditebuk. Tupai juga tahu mencari makanan yang segar inikan pula manusia.
Kata-kata kecil berbuku dihati terluah di sanubari. Bersendirian menafsir kesalahan diri yang menjadi dosa terabadi. Memegang dendam pada lelaki yang tak mempunyai hati. Mengosongkan jiwa membalas segala erti luka dan terseksa yang mengoncang jiwa. Bisikkan kecil yang senantiasa berlegar dalam jiwa Ain.
31 Julai 2000
“Lelaki kau lah setan yang telah meragut segalanya daripada aku. Kau benar-benar neraka bagi wanita seperti aku. Ku telah bersumpah akan memusnahkanmu seandainya tibanya saat yang ku nanti itu. Kau akan terus musnah di hadapanku. Itu janjiku pada dunia pendusta. Kewanitaan ku yang kau cabut akan ku ganti dengan serakah nyawamu. Akanku pastikan itu berlaku. Tunggulah aku dengan penantian yang akan memburumu dan membunuhmu…aku pasti kan tiba…

Secebis nota dari kamar diari Ain yang mengharapkan pembalasan dendam terhadap lelaki. Baginya lelaki tidak layak hidup di dunia kerana lelaki ialah binatang yang langsung tiada jiwa manusia malah sama sahaja dengan setan yang sentiasa menyesatkan manusia. Pengalaman perit yang dilaluinya menyebabkan dia benar-benar membenci lelaki. Lelaki pada pandangan Ain tiada sebarang nilai dan harga sekalipun nyawa itu tercabut di depannya.
Terpandang kisah silam yang meragut mahkota kemegahan wanita. Antara rela dan terpaksa menyerahkan dengan titisan air mata. Habis manis sepah dibuang. Bukan bertanggungjawab sebaliknya melesap. Terkapar-kapar aku sendirian bangun menjejak dendam menyuci kotor dengan asid berbotol.

***

Malam itu menjadi penamat cinta Ain. Sesungguhnya dia benar-benar diperdaya. Keluhuran cinta yang disangkanya huluran bahagia bertukar menjadi titisan air mata. Dia termakan kata lelaki pendusta. Dalam sekelip mata mahkota yang menjadi maharnya diragut jantan durjana. Malam itu menitikkan noktah dendam dalam jiwanya. Masih terniang-ngiang kata bicara Haikal pada malam itu. Kata durjana setan berupa manusia.
“Sayang, kita dinner kat luar ye malam nie. Haikal ader surprise untuk awak.” Haikal bertutur bicara dengan manis.
“Ok sayang. Ain ikut jew. Apa surprised tu sayang?. Boleh Ain tahu?.” Ain membalas dengan girang mengharapkan malam yang indah. Haikal tersenyum kecil dan berdiam diri tanpa bicara dan tidak menjawab pertanyaan Ain. Dia hanya mengerlipkan mata dan ketawa kecil seketika.
Makan malam yang diharapkan indah menjadi kisah buruk hidupnya. Rupanya Haikal mempunyai niat yang sebaliknya saat berbaik dengan Ain. Tanpa diketahui Ain, Haikal telah meletakkan sedikit serbuk ubat tidur dan dadah di dalam minuman Ain ketika dia ke tandas. Malam itu mengenalkannya siapa diri Haikal yang sebenarnya. Dia benar-benar tertipu dengan kata manis janji yang ditaburkan.
“Tidak pernah aku menyangka ini semua terjadi. Engkau insan yang aku percaya lakukan perkara begini pada aku insan yang benar dan tulus mencintaimu. Tidak pernah aku tersangka perkenalan kita dari kanak-kanak hanya mengundang derita di hatiku tak terbanding sedikit pun dengan bahagia yang kau beri. Sekarang nyatalah kau benar-benar berubah. Perubahanmu yang menjelekkan. Kau perlu bimbang dengan kehadiran aku nanti mencarimu Haikal.”, Ain membentak-bentak marah. Hatinya benar-benar bengkak dan merah.
Apa yang tinggal kini hanya hati kosong yang penuh dengan dendam. Saat Ain bangun pagi keesokkannya, dia berada di atas katil di sebuah bilik hotel terkemuka. Tubuhnya hanya dilitupi dengan sehelai selimut putih yang nipis dan kelihatan pakaiannya bertaburan di atas katil. Dia membuka kain itu dan melihat tubuhya yang tidak berpakaian dan lebam di setiap anggota badan. Terasa pedih dan sakit yang teramat. Kepalanya terasa sakit sehingga mencucuk ke otak. Bagaikan hendak pecah dan meletup saat itu.
Kini dia tahu dia telah dinodai oleh insan yang dia percayai. Air mata mula menitis membasahi pipi, namun tak membawa apa-apa erti malah tidak akan mampu membasuhnya luka yang dinodai. “Haikal setan, Haikal binatang, kau binatang yang tak berperasaan, kau setan yang berjiwa dajal perosak manusia di tika kiamat, Kau akan terima pembalasan dari aku nanti. Tunggulah masa itu bakal tiba dan maut akan menjemputmu. Kau akan maut ditanganku..” bentak hati kecil Ain penuh marah.

***

PART 2 : BAB 4
Bisa di hati racun di jiwa
Nota di kali impian berkaca
Terlerai retak musnah menyilau bisa
Menyukat cahaya gelap angkasa



“Shasha…Ain rasa tak sedap badan le. Dah beberapa kali Ain muntah hari ni. Ain dah tak sanggup nak ulang-alik ke toilet lagi. Ain pun langsung tak ada selera nak sentuh makanan. Jangankan sentuh cuit pun Ain tak mahu.”, Ain memberitahu Sasha satu-satu teman baiknya yang teguh menyimpan rahsia. Hanya pada Shasha tempat Ain mengadu dan meluahkan masalah.
“Ain ada yang tak kena dengan awak tu. Jom saya temankan awak pergi klinik ye. Saya rasa awak dah hamil Ain. Mungkin awak dah hamilkan anak lelaki tak guna tu.”, Shasha memberikan pandangan.
“Shahsa…sudah tiga bulan perkara tu berlalu. Aku tak rasa ingin mengingati semua tu. Aku rasa ada benar juga kata kau tu. Aku patut buat pemeriksaan. Jom temankan aku Shasha.”, Ain menjerit kecil kepada Tasha dan memohon Tasha menemaninya.
“Untuk kau apa sahaja aku sanggup Ain.”, Shasha sedikit berseloroh.
Kedua sahabat baik itu melangkah pergi menuju ke klinik di pusat bandar. Selepas pemeriksaan igauan buruk Ain kembali. Tenyata apa yang menjadi teka teki tadi benar. Ain disahkan hamil tiga bulan. Ain mengandungkan bayi benih dari seorang lelaki yang berupa setan. Apalah salah anak kecil itu dan kenapalah kehadirannya tidak tepat. Anak itu tak berdosa.
Penodaan terhadapnya meninggalkan benih insan kecil di dalam perutnya. Sudah jatuh Ain benar-benar kini ditimpa tangga. Apa tidaknya sudah dinodai berbadan dua pula yang menerusi. Semuanya berlaku kerana kesalahan diri mempercayai masih ada cinta sejati.
Kehidupan Ain berubah sepenuhnya sejak perkara itu terjadi. Mindanya hanya disetkan dengan api dendam terhadap lelaki. Sejak dia menamatkan pelajaran Ain menghabiskan masa setahun melawan kebatilannya dan cuba bangkit melunaskan janji sengsara. Hari-harinya dipinggir kota melawan bisa yang terasa mencucuk naluri dan jiwa. Panas dan kesakitan serta bisa yang mengalir di rahimnya terasa. Darah yang mencurah masih belum terhenti. Ain meletakkan setiap titisan darah yang mengalir membasahi tubuhnya itu sebagai nadi pembalasan dendam kesumat. Tiada apa yang dapat menggantikan kebebasan Ain kecuali dengan patukkan nyawa.

***

Seharian Ain termenung di tirai bilik. Mengenangkan nasib dirinya yang hina dan menjadi mangsa. Puas dia memikirkan apa yang hendak dibuat terhadap janin kecil di rahimnya itu. Mahu dibuang dia tak bersalah kerana hadir dia juga tanpa meminta. Seandainya disimpan malu besar merundum keluarga.
Sisa malam Ain menghabiskan masa di hadapan computer meneliti buku-buku mengenai kehamilan dan pengguguran. Ain menggamati cebisan tulisan di laman web mengenai proses pengguguran dan gambar-gambar janin yang digugurkan. Semua itu menyanyat hatinya. Dia kembali menelaah artikel itu.
Pengguguran pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan)

Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah boleh merasakan sakit, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.
Pengguguran dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras.
.
Fakta itu cukup menggangu fikiran Ain. Bayi dalam kandungannya perlu dihapuskan kerana ia akan mengundang malu besar pada keluarganya. Akhirnya Ain mengambil keputusan dan menggugurkan kandungannya itu. Kini dia sudah bergelar pembunuh kerana terpaksa.
“Maafkan Mama kerana menggugurkan mu. Maafkan mama kerana tidak sempat membiarkanmu menghidu bayu dunia.”, Ain memegang perutnya sambil melepaskan keluhan serba salah.
Selesai pengguguran Ain memulakan lagi pencarian dendamnya. Sejak hari terakhir dia dinodai kelibat Haikal tidak pernah muncul lagi dan kerana itulah lintasannya dinanti Ain dengan rakus. Walau apapun yang bakal terjadi Ain nekad melunaskan dendamnya dan meragut nyawa Haikal. Lelaki seperti Haikal tidak layak hidup di dunia.
Sejak itu dia mula memburu orang yang bernama lelaki. Dia mula menjadi seorang perempuan yang kejam. Pembunuh sadis dalam erti dan nama percintaan palsu. Nyawamu ditanganku. Ain menghabiskan masa malamnya bekerja di Safari Night Bar sebagai pelayan melayan lelaki dan jantan-jantan setan. Membawa serumpun dendam kepada lelaki sundal, menghampirinya dan menghadiahi sekalung bunga maut.
Hari berganti hari, Ain kian bijak bermain kata racun untuk memusnah jejaka. Seorang demi seorang menjadi mangsa kerakusan dendam Natasha. Dengan susuk tubuh yang cantik beserta pakaian yang seksi yang mendedahkan tubuhnya, dia benar-benar memikat hati orang yang bermata keranjang . Disebalik senyuman manis yang terpamer itu ada satu rasa yang terpendam menunggu masa sampai bagi mengakhiri nyawamu lelaki.
Malam itu dia terus dengan bayangan dendamnya..menagih darah untuk dikorbankan. Meragut nyawa pelanggan yang dinantinya. Ikan besar telah terperangkap disangkar Ain. Dia telah berjumpa dengan Haikal, lelaki yang menodainya dahulu. Ternyata lelaki itu tidak mengenali Ain lagi. “Kau datang lagi setan, masa kau telah tiba. Sudah lama aku menantikan kehadiranmu perosak diriku. Kau lah penyebab dendamku ini. Pelakuanmu tak seindah bicara maksud namamu itu. Setangkai bunga maut akan merenteti hembusan nafas terakhirmu. Kau akan bernasib malang, menemui aku lagi sebagai dendam,” kata hati Ain berbicara dengan sedikit tanda gembira menanti pembalasannya pada Haikal.
Haikal memilih Christien sebagai peneman dan penghiburnya malam itu. Saat yang dinanti-nantikan Ain akhirnya tiba. Nyatalah dia yang akan melayani Haikal bersama dalam pelukan maut yang mendamaikan. “Hahahahhahahahah…saat yang ku nantikan tiba akhirnya…Aku rindukan kerakusan kau dulu Haikal,” suara ketawa Ain menggeletek dadanya.
“Hye girl…are u Christien?. I’m your customer . Can we go now??,” tanya Haikal kepada Ain atau Christien dengan keadaan separuh mabuk.
“Yes am i. Let’s go..,” Ain berbicara.
***

Di sebuah bilik hotel Ain melayani kehaedak Haikal. Bilik hotel yang menjadi nostalgia dendamnya. Ain mula membuka bicara tika Haikal kemabukkan.
“Hye Haikal. Awak masih kenal saya tak?. Saya Ain kekasih lama awak yang kini membawa serumpun dendam. Masih ingat saya????.” herdik Ain kepada Haikal dengan penuh sinis dan marah.
Haikal kelihatan pucat tanpa setitis darah. Dia mula memutarkan ingatannya kembali kepada perkara satu tahun yang lepas. Perkara yang telah dilakukannya tapi tak pernah ada penyesalan dalam dirinya.
“Siapa??. Haikal?, saya tak kenal siapa Ain ,” Haikal menerangkan kepada Christien agar situasi menjadi tenang.
“Kau benar-benar tidak mengenali Ain??. Mungkinkah kau boleh lupakan aku setan?. Aku kembali untuk meragut nyawamu. Masih kau ingat, tahun lalu kau pernah menjanjikan aku sebuah kebahagiaan dan memberikan aku detik hitam?. Aku tahu tak mungkin kau terlalu mudah melupakan malam itu. Malam yang meragut daraku. Kau ingat tak lagi, Haikal?,” Ain mengherdik Haikal hingga terkeronyok Haikal ke sisi katil.
“A-A-Aaaaaaaakuuu memememenyesal Ain. Aku minta maaf Ain. Aku tahu aku salah. Maafkan kesalahan lalu itu Ain. Aku janji kita akan berkahwin dan memulakan hidup baru. Aku akan tunaikan itu Ain. Lepaskan aku. Tolong lah,….aku merayu pada kau Ain,” Haikal berkata-kata dengan penuh gementar memohon simpati Ain melihat di tangan Ain sebilah pisau yang dilemuri darah. Haikal mula merasa takut menantikan pembalasan Ain.
“Ahhhhhh…aku tak ingin dengar maaf atau percaya pada kata janji kau lagi. Semua itu palsu belaka. Plastik..aku tak percayakan kau. Aku nak kau mati. Mati kau Haikal. Hahhahahahahaha…bersedialah Haikal menemui maut,” Ain memarahi Haikal tanpa belas.
“Ain tolong lah. Aku merayu pada kau jangan buat perkara begini. Aku insaf Ain. Aku dah insaf,” Haikal berbicara dalam teresak-esak.
“Berbayarkah aku kehilangan maruah yang menjadi maharku dengan maafmu??? Berbayarkah air mataku yang berdarah luka mengenangkan segala penipuan mu?? Hahahahahaha..berbayarkah Haikal??,” suara hilai dan tawa Ain bergema menggegarkan sekeliling ruang bilik hotel itu.
Seluruh tubuh Haikal menggeletar. Air peluh mula mengalir deras membasahi baju Haikal. Haikal sudah tidak keruan dengan tindak tanduk Ain. Dia tahu Ain tidak bermain-main dengan kata-katanya itu. pisau yang berada di tangan Ain bakal meragut nyawanya. Itulah yang ditakutkannya. Kecut perut dia mendengar semua bisikan Ain. Apa sebenar yang diinginkan Ain benar-benar tidak diketahuinya.
“Aku pemburumu Haikal, aku pemburu mu. Aku datang untuk melunaskan hutang antara kita. Bersedialah untuk kita mengakhiri semua ini Haikal,” Ain mengucapakan kata-kata marah sambil mengangkat pisau setingginya menghampiri Haikal.
Tanpa sedar tangan Ain sudah berlumuran darah. Jasad Haikal terbaring di katil. Terpancut-pancut darah daripada tubuh Haikal membasahi cadar putih bilik hotel. Akhirnya dendam Ain terlunas tapi dia telah menjadi pembunuh. Walau apapun yang terjadi selepas ini Ain sudah puas dengan apa yang telah dia berjaya dapatkan. Nyawa seorang lelaki setan. Sedang Ain membersihkan kesan agar dirinya tidak dijadikan suspek, lampu bilik terpadam dan satu lembaga hitam membawanya pergi dari tempat itu. Ternyata pembunuhan yang dilakukannya dilihat mata lain. Kegusaran bermain lagi di jiwanya. Tanpa Ain sedari ada mata yang memerhatikannya selama ini. Ada mata yang menjejak tiap langkah dan mengenali tiap kerja yang Ain lakukan. Ternyatalah dia penyelamat dalam hidup Ain. Kes pembunuhan Haikal ditutup dengan alasan kemalangan. Masih ada lagi insan yang menyanyangi Ain dan mengambil berat. Dosa-dosa Ain turut dipikulnya. Kini baru Ain tahu masih lagi ada jejaka yang tidak menilai wanita hanya dari luaran tetapi mendalami tiap pelusuk dalaman. Bukan hanya naluri tapi apa sahaja yang telah terabadi.

0 comments: