BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

MELANKOLIK CINTA (Ekspansi daripada cerpen kepada novel melalui teori intertekstualiti) 1

PART 1 :BAB 1
Cinta itu kian menghilang, meninggalkan pedih luka tika sendirian,
Mengenang secebis kelukaan, membuahkan seribu kekusutan
Membunuh impian melepaskan harapan

Kendengaran derap kaki melangkah kasar melewati tiap anak tangga membingitkan anak telinga. Tapak kaki seolah-olah dihempap-hempap sekuat mungkin sehingga memungkinkan anak-anak tangga konkrit itu luruh ke bumi. Langkah diatur semakin laju dan sesekali terdengar keluhan berat dari mulut kecilnya. Berkali-kali dia berdehem dan kembali mendengus seperti meluahkan ketidakpuasan hati. Keadaan ini berlarutan sehingga berada di depan pintu rumah.
Perlahan-lahan tangan mulus wanita itu meraba-raba ke dalam beg tangannya mencari sesuatu. Setelah mendapatkan anak kunci pintu dibuka dengan pantas seraya menutup semula pintu dengan hentakan yang kuat sehingga rumah yang tadinya sunyi di landa keriuhan. Bunyi dentuman itu seolah-olah bunyi sebuah rumah yang diletupkan oleh senjata nuklear.
Rasa malas dan ngilu mula membeku di hati. Natasha menekan picu suis kipas dan menetapkan ke nombor lima. Perlahan-lahan di menghenyakkan pinggulnya ke sofa dan sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Peristiwa di pejabat tadi telah menjatuhkan maruahnya. Semua yang terjadi seolah-olah luka lama yang bertandang kembali membakar hati.
Pagi tadi dengan wajah girang dan ceria seperti hari-hari biasa Natasha ke pejabat. Wajah cerianya itu sentiasa menghiburkan rakan-rakan sejawatnya. Natasha sering saja memulakan perbualan dengan lawak setiap kali dia membuka bicara bersama rakan-rakan sejawatnya. Seperti kebiasaannya Natasha bersapa dengan rakan-rakannya namun sapaannya tidak dibalas, malah ada yang membelakangkan dia dan mula menghindar darinya. Natasha mula kehairanan sendirian dan kelihatan di satu sudut papan kenyataan dia melihat sekumpulan pekerja memerhatikannya dengan penuh kebencian dan rasa marah. Natasha mula menghampiri ke arah mereka dan bersama dengan itu dia mula merasakan larva marah dalam hatinya kian membuak.
Satu laporan kenaikan pangkat kelihatan di papan kenyataan dan nyatalah yang nama Natasha turut tersenarai. Sekarang Natasha faham kenapa dan mengapa dia menjadi isu hangat di kalangan rakan-rakan sejawatnya. Natasha kelihatan kaku dan terdiam sebentar. Hatinya mula berbicara sendirian.
“Ermmm..patutlah aku tak dilayan seperti biasa. Kenaikan pangkat aku tak disenangi rupanya. Apa yang patut aku buat?. Semua ini berkat hasil usaha aku membanting tulang sepanjang bekerja makan gaji di sini. Semua penat lelah aku terbayar dengan pengisytiharan ini. Ahhhh..tak kisahlah apa pandangan mereka,” bisik hati Natasha.
Natasha mengalihkan pandangannya ke arah siling rumah. Warna hijau muda yang mendamaikan kelihatan di kaca matanya. Beban yang sedari tadi mengganggu perasannya terasa berkurang. Wajahnya kembali kelihatan tenang dan terukir sedikit senyuman. Terrlintas di benak fikir Natasha kebenaran kata-kata ahli psikik tentang kekuatan yang dimiliki oleh warna hijau. Hijau merupakan warna yang mendamaikan dan mampu menyerap segala masalah yang bermain di fikiran orang yang melihatnya. Warna hijau seiring warna alam yang dijadikan Allah untuk mendamaikan jiwa hambanya yang berada dalam dugaan.
Pandangan Natasha beralih ke arah kipas yang berputar ligat menyejukkan kawasan perhabaan di ruang tamu rumahnya. Angin yang dihasilkan terasa lembut dan menyamankan. Natasha memerhatikan keadaan di dalam rumahnya. Sunyi seperti tidak berpenghuni. Di hujung sudut sebuah dinding kelihatan beberapa ekor semut sedang mengusung seekor lipas untuk di bawa pulang ke sarang mereka. Natasha memerhatikan tiap gerak tingkah semut-semut itu. Seketika kemudian….

***
Kegelapan mula mengaburi penglihatan Natasha. Tidak kelihatan sedikit pun ruang cahaya menyinar ke arahnya. Natasha mula gelisah dan tidak tentu arah. Keadaanya bagaikan ibu yang kehilangan anaknya. Duduknya serba tak kena. Natasha lantas bangun dari perbaringan namun badannya seolah-olah ditarik dengan kuat dan rakus oleh sesuatu. Semakin keras Natasha cuba melepaskan diri semakin kuat tubuhnya ditarik ke bawah.
Ruang yang gelap seketika tadi kemudiannya menjadi semakin cerah. Tubuh Natasha dibaluti kanvas berwarna putih yang menutupi keseluruhan tubuhnya sehingga ke bahagian kepala. Natasha mula kelemasan tanpa oksigen untuk bernafas. Keadaannya semakin sesak. Natasha tidak mampu menghirup udara nyaman.
Liang kerongkongnya makin sesak, ketandusan udara. Natasha kegelisahan berselang kegalauan dan keresahan. Berkali-kali mengeluh dan bergusar dirinya akan selamanya berkeadaan begitu. Rasa sesak kian mencekik hinggakan saraf-saraf otak yang sedia normal berfungsi menjadi mesin yang kehilangan skru. Berputar pun salah membengkok lagilah susah.
Sedaya upaya Natasha melawan arus untuk melepaskan diri dari belitan kain yang semakin cekang dan ketat. Badannya kian mengecil dibalut seperti sedang dimamah pengisar. Natasha kehilangan arah lagi. Berlari-lari akalnya memikirkan jalan untuk keluar dari musibah. Semakin pantas ia membelit makin jauh ingatan dari penyelesaian.
Cahaya itu menyilaukan matanya yang terkurung disebalik selimut tebal. Terkebil-kebil kelopak matanya bergerak mengelak disentuh cahaya. Kilauan cahaya itu makin menikam anak matanya seolah-olah ada salah yang tersembunyi di balik mata itu. Mungkin kerana anak mata itu menyimpan rahsia yang tidak sepatutnya disimpan atau mungkin juga kerana mata itu telah membuat penipuan. Makin keras cahaya itu cuba menembusi makin lemah Natasha menghadapi. Kelopak matanya terbuka sendiri walau cuba dia tutupi. Makin Natasha cuba menutup matanya, makin kuat terasa matanya di kopak agar terjegil bijik matanya. Usaha Natasha semakin mengendur. Dia mula lemah dan mahu sahaja dia mengalah kepada cahaya itu. dia sedar dia tidak mempunyai kekuatan untuk terus berlawan dan memenangi pertelingkahan itu.
“Siapakah kau yang berlindung di sebalik cahaya itu?. Kenapa kau ganggu aku?, beserta dengan soalan itu, seraya Natasha mendengus keras dan kuat. Dia kelihatan seperti tidak keruan dan ada sesuatu sedang mengganggunya.
Dengusan kuat mengganggu cuping telinga Natasha. Makin lama semakin kuat dengusan itu berdengus. Terlalu kasar dan kuat mendengus. Kemudian, beberapa kali suara itu berdehem tanpa suara. Soalan yang diajukan Natasha tadi tiada jawaban. Suara itu kembali membisu dan membakukan diri. Tiada lagi pergerakan yang kelihatan dari pandangan mata Natasha. Jiwa Natasha kembali menjadi sedikit aman dan gelora jiwanya kembali tenang.
Seketika kemudian segalanya kembali ke keadaan asal. Kedengaran lagi suara itu mengganggu Natasha. Kali ini suara itu sedikit lembut. Natasha mula kehairanan kerana dia seolah-olah sangat mengenali suara-suara itu. Dia merasakan seperti suara-suara itu sentiasa berada di sisinya. Semakin mendayu-dayu tiupan bayu suara-suara itu teralun makin Natasha kegelisahan.
“Itu suara Mama, Papa dan Aiman. Aku yakin itu suara mereka. Kenapa dan mengapa?. Apa yang telah terjadi kepada aku?. Di manakah aku sebenarnya?,” Natasha berkata-kata sendirian. Hatinya kembali dilambung resah.
Memikirkan dirinya yang diselubung kelam itu, Natasha terdengar nyanyian merdu bacaan syahdu al-Quran diselangi dengan talkin yang mendayu-dayu. Sepasang anak matanya ternampak pancaran cahaya dari atas lubang yang menutupinya. Tempat itu kelihatan seolah-olah lutsinar pada pandangan matanya. Dia dapat melihat kelibat Papa dan Mama. Kelihatan sebuah kertas usang ditangan mereka yang sedang ditatap dan dibaca. Ternyata kertas usang itu merupakan titik-titik huruf suci yang mengandungi kalimah Allah.
Kini baru Natasha sedari dia berada di satu alam baru yang tidak pernah disangkanya dia akan tiba. Dia benar-benar terkeliru bagaimana agaknya dia boleh berada di situ tanpa dia tahu sebab musababnya. Suara Papa dan Mama kembali menagih anak telinganya mendengar. Kelihatan air jernih mengalir dari pipi Mama dan Papa. Ternyata pemergianku diratapi. Natasha kemudiannya ternampak kelibat Aiman. Tangis teman hidupnya itu tidak pernah dia melihat sebelum ini. Sayu kian meyebak dada Natasha. Dia sayu melihat orang-orang yang tercinta menangis kerananya. Ternyata benar dia begitu disayangi.
Natasha mula menggamit kenangan bersama keluarganya. Dia kemudian cuba bangun dari pembaringan itu. Usahanya kini cuma sia-sia. Dia tidak mampu mengangkat semua anggota tubuhnya apatah lagi ingin bangun dengan kudrat yang tak terlelah itu. Semakin Natasha cuba makin perit yang dia rasa.
“Mama…tolong Natasha. Natasha ada dekat dalam lubang ni. Kenapa tanam Natasha kat sini?. Natasha belum mati lagi.”
Jeritan Natasha itu hanya setakat di kerongkongnya sahaja. Sudah dia mencuba sekuat hati mengeluarkan kata dengan keras agar dapat didengari. Dia meronta-ronta lagi cuba menjerit dan menagih simpati terhadapnya.
Jerat kain yang mengikatnya terasa longgar. Sedikit demi sedikit ikatan kain itu terasa dilepaskan. Natasha sedikit kegirangan walau gusar tetap teguh bertakhta dihatinya. Natasha cuba perlahan-lahan bangun dan melepaskan ikatan kain itu. Ruang itu terasa sempit dan gelap. Anak mata Natasha terkelip-kelip mencari sinar cahaya. Natasha cuba melangkahkan kaki dari tempat pembaringan itu.
“Mama..nak pergi mana tu???”, beserta dengan pertanyaan itu suara tangisan bayi dan hilaian tawa mula kedengaran silih berganti. Kebuntuan memenuhi benak fikir Natasha semula.
“Dari mana datangnya suara anak kecil itu?”. Dia gelarkan aku ‘mama’, getus hati kecil Natasha. Kegusaran dihatinya menular lagi. Dia mula memikirkan masa lalunya. Adakah mungkin dia pernah memiliki anak sebelum ini. Hati Natasha keliru dan gelisah. Bimbang pada kesalahan yang telah dilupakan.
Jantung Natasha seakan terhenti bila melihat dia sudah berada di dalam rumahnya. Kelihatan wajah seorang wanita menghantui anak matanya. Natasha meliarkan matanya ke arah bawah katil. Nafasnya tertahan-tahan bimbang diganggu. Bunyi tapak kaki di bendul pintu membuatkan jantung Natasha berhenti tiba-tiba. Pintu bilik tiba-tiba dikopak kuat dan perlahan-lahan terkuak.
Natasha mengecilkan badan masuk ke bawah perut katil. Dia mengesotkan dirinya sehingga mengenai dinding katil. Natasha kelihatan benar-benar takut dan matanya yang bulat terbuntang luas. Air jernih mengalir di kelopak matanya.
Sepasang kaki melangkah masuk menghampiri katil. Di kakinya masih tersisa tanah yang kelihatan lembab. Kemudian Natasha kedengaran lagi bunyi tangisan bayi yang mebingitkan suasana. Lantai dipijak berdetap-detap dan kuat. Kelihatan kaki itu milik seorang wanita dan ditangannya ada seberkas kain. Tangan Natasha menekup mulutnya dan air mata kian lebat turun mencurah bumi.
Bungkusan kain di tangan wanita itu dilepaskan ke lantai. Kedengaran tangisan bayi semakin kuat. Terbeliak bijik mata Natasha melihat sekujur tubuh bayi terkapar-kapar di atas lantai menangis kelantangan. Kelihatan wanita itu mengangkat kaki setingginya untuk dihenyakkan ke atas bayi itu. Sifat kemanusiaan Natasha tidak tertahan lagi seraya dia menjeri dan menggesot keluar dari bawah katil menuju kea rah bayi yang terkapar-kapar itu.
Natasha kelihatan marah dan memandang sinis kearah wanita itu. Wajah wanita itu seiras sepertinya seolah-olah ada dua orang Natasha.
“Awak sudah gila nak bunuh bayi ni?. Dia tak bersalah. Kau rela nak bunuh anak yang kau lahirkan dari rahim kau sendiri?.” Natasha mengherdik marah.
Kemarahan Natasha tidak merubah reaksi wanita itu. Lama wanita itu menunduk dan kemudian wajahnya bertukar riak sedih dan seolah-olah kecewa dengan dirinya. Tak semena-mena tangisan yang kuat dan menyakitkan telinga berlabuh.
“Kenapa kau menangis?.” Natasha memberanikan diri untuk bersuara.
Perempuan itu mendiamkan diri sekali lagi dan kali ini dia berjalan mundar mandir di dalam bilik. Perempuan itu berbicara sendiri
“Seandainya aku tahu semua ini akan terjadi sebolehnya aku menghindar dosa-dosa ini sebelum terlanjur. “, wanita itu berbicara dengan nada melankolik dan berbisik.
Natasha kebingungan dengan jawapan wanita itu. Bayi yang ada diribaannya diletakkan ke lantai. Tanpa Natasha menduga bayi itu bertukar menjadi rangka janin seperti sedang meringkuk di dalam perut. Berserta dengan itu hilaian kuat dan mersik kedengaran dan semakin menjauh. Kelibat wanita yang seiras wajahnya sudah tiada.
***
Tak semena-mena bahunya dicuit lembut. Dia tersedar dan terkejut besar tika lamunan dan igauan buruknya terhenti di situ. Natasha kembali ke dunia nyatanya dan kini berpijak di bumi sendiri.
“Sayang, apa yang awak igaukan hingga pekikan saya tidak awak dengari?. Awak ok ke tak nie sayang?. Terkejut besar je abang nampak. Ada apa-apa yang tidak kena ke sayang?,” bicara lembut Aiman kepada Natasha. Dia bimbang Natasha sakit.
Natasha tersenyum kecil menutup kegusaran dan kebimbangan di hatinya agar tidak diketahui Aiman. Dia sedaya upaya menyembunyikan kegelisahan itu agar tidak menambahkan beban fikiran Aiman.
“Tak ada apa-apalah sayang. Cuma mimpi buruk aje. Biasa le mainan tidur. Lagipun tadi ayang penat sangat. Banyak kerja kat office tu. Letih.” bicara Natasha kepada Aiman sambil melemparkan senyuman mesra.
Kerisauan Aiman terhenti di situ selepas mendengar Natasha bertutur. Kemesraan antara mereka kian terlihat tika Aiman melabuhkan pinggulnya ke sofa bersebelahan dengan Natasha. Bahu Natasha dirangkul mesra ibarat merpati dua sejoli. Kemesraan itu yang menjalinkan hubungan erat antara mereka.


PART 1 : BAB 2
Hanyunan buaian mimpi semalam, Merantai usia pada peringatan
Memgingatkan malam pesona, malam merangkul nyawa
Pada kisah silam umpama


“Sayang, apa sayang nak buat kat rumah pagi nie?. Hari ni kan kita offday kerja. Abang ingat nak ajak sayang cuci stor kat belakang rumah tu. Sayang nak tak tolong abang. Kita bersihkan sama-sama. Abang takut nanti jadi sarang ular pulak stor tu. Boleh kan sayang?,” Aiman membuka bicara selembut sutera mengujarkan cadangan kepada isterinya. Natasha tergelak kecil melihat telatah suaminya itu yang sedikit merengek-rengek meminta simpati. Kelucuan dengan sikap Aiman menggelegak di dalam hati Natasha.
“Ok sayang, nanti Tasha tolong abang ye. Tasha pun tak ada apa-apa plan hari ni. Tasha ingat nak duduk rumah je. Rehat-rehat. Bersantai ngan abang. Abang tak payah le merayu-rayu kat Tasha macam tu. Merengek-rengek macam budak-budak jew. Abang buat Tasha rasa lucu je.” Natasha berbicara dengan melontarkan bibit senyuman manis ke arah suaminya. Kelihatan senyum sinis bernada ketawa di bibirnya.
“Kenapa tersenyum sinis tu. Ada yang tak kena ke pada abang?. Ok jom kita tukar baju dan pergi cuci stor kat belakang tu. Sarapan dulu ok.” Aiman tidak selesa dengan tawa sinis Natasha.
“Ok. Jom. Tasha pun dah kenyang ni. Tasha naik bilik tukar baju dulu ye.”, Natasha ketawa besar sambil melangkah menaiki anak tangga.
***
Bersama bayu menghembus, ku kaitkan utas-utas bicara yang terhimpun di lubuk rasa..
terus terlanjur mengisi kekosongan perasaan
airmata pilu luluh menyembam bumi
mengenang memori kita bersama

Takdir tuhan menjadi hakikat mengikut perhitungan jadualnya
masa kita terus berlalu pergi
menjadi kenangan yang abadi di kali sepi
membanjiri hati yang diulit mimpi
Suka duka, tangis tawa dalam adunan kenangan yang mencoret nostalgia
untuk tatapan bersama dikala rindu memuncak datang menerpa
di kala sunyi ditusuk hati yang lara

Mungkin rindu berkocak memberontak dipedalaman hati yang terpukau dengan sihir kenangan
lantas megenbalikan ingatan dalam memori silam bersama paduan keceriaan yang diwarnai

Sesungguhnya kita pasrah dalam kabus reda

teruskanlah sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki
demi mencapai kejayaan.. pandanglah kehadapan untuk mencari sinar masa yang gemilang
dan tolehlah sebentar ke belakang untuk mengutip mutiara panduan dari pengalaman semalam

Aku ibarat rembulan yang bergemerlapn
merindui bumi dengan cahayaku yang tulus suci
disetiap tirai malam melabuhkan kelambu kegelapan bersama mu sayang
Terimbau kisah lama tika lembaran ini dibuka. Kisah silam Natasha yang mengingatkannya pada luka, cinta dan airmata. Puisi ini pernah mengutus hatinya sepi tanpa penghuni. Hanya serasa airmata yang menemani. Air jernih itu kembali menuruni pipi gebu Natasha. Terasa dirinya bagai di kenangan silam yang menyakitkan.
Memorinya kembali ke masa silam. Hatinya mula kerisauan. Dia mula kegelisahan. Mencari punca pada pertemuan yang mengingatkannya pada kesakitan. Terimbau lagi kisah luka itu. Sudah cuba dia buang jauh-jauh memori kesakitan itu. Ternyata ia kembali menganggu emosinya hari ini.
Natasha kembali menyambung kerjanya membersihkan stor. Semakin lama semakin banyak kenangan dan memori silam yang menjengahnya. Dia mula kelihatan penat dan lelah. Kepenatan itu bukan kerana kerja yang dibuat tapi kerana emosi yang semakin kuat. Satu lagi puisi miliknya ditemui.

MOHD. HAIKAL HAKIMI
Khas Buatmu Insan Tersayang.
Mohd Haikal Hakimi,
Aku mencintaimu,
Kau bawa seribu kebahagiaan,
Kau suluh sinar harapan,
Kau satu dalam seribu,
Kau teman hidupku,
Kau kekasih hatiku.
Mohd Haikal Hakimi,
Fikirku hanya wajahmu,
Coretku hanya untukmu,
Bahagiaku hanya denganmu,

Haikal ku sayang,
Kau ibarat sinar,
Tiba tika kegelapan,
Menerangiku setiap saat,
Kau membunuh impian palsuku,
Membancuh impian baru,
Menghapus khayalan mimpiku,
Membentuk mahligai baldu,
Menanam rumput syahdu,
Menyanyi lagu rindu.

Mohd Haikal Hakimi,
Kau kegembiraan ku,
Kau kehidupan ku,
Ingin ku bina istana kaca bersama mu,
Ingin ku layari bahtera cinta,
Inginku kongsi suka dan duka.
Mohd Haikal Hakimi,
Kau suami dalam jiwaku,
Kau penyeri dalam hidupku,
Kau segalanya bagiku.
Mohd Haikal Hakimi,
Impianmu meragut hatiku,
Memecah kekebalan,
Agar mencintaimu,
Terima kasih sayang,
Atas pengorbananmu.

“Haikal?. Ermm…kenapalah aku mesti mengingati apa yang telah berlalu. Semuanya hanya tinggal kenangan yang memeritkan. Mengapa perlu aku mengimbau nostalgia-nostalgia ini sedangkan aku telah punya hidup bahagia sekarang. Aku mula mengheret aku ke dunia realiti dulu.” Natasha berbicara sendiri dan tanpa sedar….

0 comments: