BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 14, 2010

~~hati seorang wanita~~



Topik hari nie ialah mengenal hati wanita.  Topik nie khas buat kaum adam yang tak tahu tentang hati wanita dan kelembutan dalam dirinya.  Maaf kalau ada tersalah kerana topik ini hasil penelitian penulis sendiri.

Wanita merupakan satu anugerah yang diciptakan oleh Allah yang tidak dapat dinilai.  wanita dijadikan dengan pelbagai sifat dan gaya tetapi setiap hati yang dimiliki wanita tetap sama.  Allah menjadikan wanita penuh dengan kelembutan dan keayuan biarpun terkadang kita tidak menyedarinya.

Hati wanita tersangatlah sensitif.  sensitif yang dimaksudkan kat sini bkanlah tabiat suka merajuk tetapi sensitif wanita hanya dengan maksud untuk mendapatkan perhatian.  Wanita suka dibelai dan dimanja kerana dalam lumrah kelembutan diri wanita hanya penuh dengan kasih sayang dan cinta.


Wanita sering dikatakan cerewet tak tentu fasal.  Sebenarnya wanita daripada azali kelahirnya mempunyai sikap cerewat tetapi cerewat wanita bkannye tak tentu hala dan fussy ikut suka saja.  Wanita kadang-kadang cuma ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.  Biasalah kerana wanita dah terkenal dengan idea manjanya dan selalu cuba untuk didengar pendapatnya.  bukannya perlu didengar setiap masa cuma bila dia tersangat ingin kata-katanya diikuti.

Hati wanita nie tersangat halus dan mulus sehingga boleh diibaratkan bagai sehelai sutera yang lembut dan nampak segar pada kehalusannya.  Hati wanita selalu kita lihat lebih mudah disembunyikan pada zahirnya tapi pada hakikatnya hati wanita ni tersangat lembut dan muda hinggakan kerana sekecil-kecil perkara boleh membuatkannya terluka dan kecewa.  

Hati wanita juga sangat mudah melafazkan maaf kepada seseoorang yang telah melakukan kesalahan padanya tetapi kesalahan yang dimaafkan itu tidak akan pernah pudar dari hatinya.  Kesalahan ini disimpan dalam hati wanita bukan sebagai dendam tetapi sebagai pengajaran untuknya.

Ermm..wanita selalu ada keihlasan dalam hatinya.  keikhlasan wanita tidak boleh diragui oleh lelaki.  Hati yang suci dan tulus dalam diri wanita tidak pernah lari dari keikhlasan biarpun sekali hatinya berkata tidak namun ia tetap ditelusuri dengan hati yang ikhlas.  Hati wanita itu tetap ikhlas biarpun kadang-kadang ada duri dalam hatinya itu.

Wanita sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi.  Wanita sanggup menghalalkan apa jua cara biarpun ianya telah dikatakan haram demi untuk menjaga orang-orang yang dia sayang.  Wanita sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan orang yang disayangi daripada sebarang bencana.  dalam hati wanita dia sanggup berkorban demi ibu bapa,adik beradik, suami dan anak-anak serta orang yang tersayang. Hati wanita amat teguh dan tabah melalui hakikat jalan hidupnya biarpun masih berjuta rintangan harus dihadapinya di hadapan dan kemungkinan halangan yang ditinggalkan dibelakang.


Wanita adalah seorang insan yang prihatin.  Wanita tersangat prihatin pada orang yang berada dalam lingkungan persekitarannya.  Wanita sentiasa prihatin pada persekitaran yang mendiami hatinya.  walaupun dalam diam wanita, wanita tetap dan sentiasa prihatin pada apa jua keadaan dan persekitarannya.

Dalam kekasaran diri wanita masih ada manjanya.  Wanita sejak dari azali dilahirkan dengan sifat manjanya.  Wanita ini tersangat-sangat manja dan selalu meraih untuk dimanjai.  Walaupun dia adalah seorang wanita yang tahu berdikari namun naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita.  lahiriah kemanjaannya masih lagi ada dalam hati wanita.  Manja wanita bukan sahaja kepada insan yang bernama lelaki tetapi pada semua insan disekelilingnya.

Wanita dilahirkan dengan ego yang tinggi namun ego yang tinggi dalam hatinya akan mampu dipatahkan dengan cinta dari kekasihnya atau suaminya.  biarpun setinggi mana  ego wanita tapi bila berhadapan dengan orang yang disayangi dan dicintai ego wanita akan luntur jua.  Disebabkan terlalu sayangkan orang yang dicintai wanita akan menepis keegoaannya apabila bersemuka dengan orang yang dicinta.


Cinta merupakan perkara penting dalam hati wanita.  Cinta itu bukan sahaja kepada kekasih tapi pada keluarga dan masyrakat yang menghuni persekitarannya.  Wanita sering mengatakan bahawa cinta pertama adalah cinta yang paling dalam dlm hatinya sehinggakan cinta itu tidak mampu digantikan dengan cinta lain.  Tetapi istilah cinta pertama itu bukan cinta yang dicintainya pada pertama kali tapi cinta yang kekal bersamanya hingga ke hari ini.  Wanita setia hatinya.


Pada wanita seks bukanlah segala-galanya dalam hidup.  Walaupun wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal namun nafsu yang sembilan tetap mampu dipatahkan dengan akal yang satu.  Lelaki dijadikan sebgai pembimbing pada wanita kerana dikurnia sembilan akal dan satu nafsu.  Fungsi lelaki adalah sebagai pembimbing dan bukan sebagai ulat perosak kepada wanita.


0 comments: