BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 6, 2011

~~Melayu itu Kita (Sejarah Melayu)~~


Bab pertama bermula
Tun Seri Lanang menurut perintah
Perintah Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
Apa yang di titah di tinta
Mutiara segala ceritera

Cerita dipanjang kisah Zul-Karnain
Menakluki negeri Hindi
Pengislaman berlaku perkahwinan dilangsung
Salasilah keluarga Zul-Karnain dan Syahrul Bariyah
Akhirnya dengan cucunda Raja Suran

Hasrat di hati menakluki negeri
Negeri China dipilih hati
Bala tentera siap diisi
Angkatan takluk ramai sekali

Gangga Negara negeri pertama
Ditakluki Suran dan rombongannya
Syah Johan dibunuh puteri diperisterikan
Dara Segangga milik Suran

Bahtera berlabuh ke Langgiu
Kota besar dari batu hitam
Perbendaharaan permata Raja Chulan
Mati Chulan..Langgiu ditawan
Onang Kiu diperisterikan Suran

Temasik tempat beristirehat
Khabar berperang diterima China
Akal bijak membuat helah
Khabarnya China jauh disebelah
Suran berkata manakan sampai
Helah berjaya serangan dibubar

Isi laut mahu diteroka
Pandai dan utas berkumpul sua
Bersiap membina peti kaca
berpesawat  di dalamnya
Berkunci berantaikan emas

Turun ke Dika berkaum Bu Sum
Aktabu'l-Ard dihadapnya
Latar diri dikhabari
Raja segala manusia dikenali

Mahtabu'l-Bahri dikahwini
Tiga putera diperolehi
Mahkota Nabi Sulaiman diwasiatkan
Sebelum kembali naik ke bumi

Semberani jantan Farasu'l-Bahri
Ditunggang naik ke bumi realiti
Hakim dititah meletak tanda
Tanda diri merentasi laut ini

Kembali ke Keling memerintah Bija Negara
Salasilah keluarga bermula
Tiga isteri tujuh anaknya
Seorang puteri enam puteranya.
Tamat sudah bab yang pertama...

Astana Bukit Angkasa...15:35 p.m.
Ini sejarah kita.

0 comments: