Wednesday, October 13, 2010
~~Ya Allah~~
Posted by puteri aleesya natasha at 12:43 PM 1 comments
Labels: puisi/poems
Saturday, October 9, 2010
``MaK``
Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak
Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Posted by puteri aleesya natasha at 1:37 AM 0 comments
Labels: puisi/poems
Thursday, October 7, 2010
~~Jalan Takdirku~~
terkadang aku alpa hingga sesekali aku mnyalahkan takdirku..aku tahu jalan takdirku tlah ditentukan olehMu Ya Allah..sesekali aku terleka kerana aku sering melihat kebahagiaan di mata insan lain tika aku sdg mngintai kamar mereka..sesekali aku cmburu melihat mereka bergandingan mesra di paparan foto2 mereka..sesekali penyesalan bermain difikiran kerana aku mlpaskn apa yg tlah pasti mnjadi milikku...sesekali aku cuba redha dgn takdirMu memikirkan dia bukan milikku...sesekali aku terjaga dr mimpi yg indah bepelamin di atas angkasa bersamanya..
namun..
sesekali yg kufikirkan hnya igauan dan tidak mungkin akn mnjadi knyataan..dan sesekali yg aku fikirkan itu bknnya harapan tapi ingatan palsu...dan sesekali yang kubicarakan itu bknnya melawan realiti Mu tuhan..dan sesekali insan yg ku dambakan itu, tlah kau gantikn dgn insan lain yg ada di saat ku tiada...dan sesekali yang terlaung di hati itu bukannya buat masa lalu tapi sesekali itu untuk insan yg bersamaku masa kini...dan sesekali itu yang dicemburui bkn kerana aku tidak memiliki cinta tp kerana cinta yg ku miliki mgkin lbh setia...dan sesekali itu juga membruku dengan mainan kata tapi sesekali itu aku lupa tiada kata yg pernah xdikota oleh Mu Maha Esa..dan sesekali aku memandang ke belakang aku lihat itu hnyalah byangan dan realitiku hdup sekarang dia yg sentiasa ada sbgai peneman..sesekali yg aku terlupakan masa lalu itu derita yg ada indahnya tapi masa kini bahagia yg tiada sudahnya..sesekali itu selalu menguji ku dan ujianNya itu untuk memberitakn padaku manusia sama pad zahirnya tapi beza pada hatinya...
Thanks Mohd Hasbullah Hamzah coz u always be there wif me no matter what happen..no matter im sick or or not..u always care of me..thanks a lot coz u be mine....
Posted by puteri aleesya natasha at 6:59 AM 0 comments
Labels: feelings
Sunday, October 3, 2010
~~my big day~~
my big day will come soon on 22 November 2010 and 29 November 2010. i will be attend 4 da 1st time examination as postgraduate student..nervous n dunno what kind of question will be out soon..hopefully i can answer all da quwstion and get a good cgpa..welcme my big day
Posted by puteri aleesya natasha at 8:39 AM 0 comments
Labels: feelings
Friday, September 24, 2010
~~namamu dihatiku~~
Purnama yang mengintai seri diwajahku
Bagaikan turut berlagu seiring irama dihatiku
Irama asyik bila terkenangkanmu…
Saat kulepaskan keluhan yang bertahta dihati
Bayu bagaikan turut tertahan
seperti nafasku saat kau merenungku…
deruan ombak yang gemersik berbisik ditelingaku
lambaian dedaun yang meriah mengusik pandanganku
bagaikan turut mengalunkan seiring nada dijiwaku
nada pesona bila membayangkanmu…
saat terukir senyuman menguntum dibibir
ombak bagaikan turut gelora
seperti perasaanku saat kau mengodaku…
untaian bicaramu bagaikan tali melingkari jiwaku
imbasan wajahmu bagaikan bayangan yang mengekoriku
bagaimana mungkin kupergi mahupun berlari
kerana namamu telah pun terpahat di hatiku…
Posted by puteri aleesya natasha at 1:30 AM 0 comments
Labels: puisi/poems
Wednesday, September 22, 2010
kesilapan demi kesilapan
kesilapan demi kesilapan dah aku lakukn sepanjang aku hdup nie....pelbagai cara aku guna untuk btulkn ksilapan yg tlah terjadi tp ttp xberhasil...kslpan berlaku lagi saban hari...jenuh aku mencongak kesilapan yg terjadi tapi penyelesaiannya blom tiba lagi...sampai bila kesilapan nie akn berpanjangan?..buntu!!!!!!!!
Posted by puteri aleesya natasha at 9:32 AM 0 comments
Labels: feelings
~~simpang siur jiwaku~~
Posted by puteri aleesya natasha at 8:52 AM 0 comments
Labels: feelings


