BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 4, 2010

~~LELAKI...antara cinta,dendam,kecewa dan air mata~~




Kata-kata kecil berbuku dihati terluah di sanubari.  Bersendirian menafsir kesalahan diri yang menjadi dosa terabadi.  Memegang dendam pada lelaki yang tak mempunyai hati.  Mengosongkan jiwa membalas segala erti luka dan tersiksa yang mengoncang jiwa.  Bisikkan kecil yang senantiasa berlegar dalam jiwa Natasha. 
31 Julai 2004
“Lelaki kau lah setan yang telah meragut segalanya daripada aku.  Kau benar-benar neraka bagi wanita seperti aku.  Ku telah bersumpah akan memusnahkanmu seandainya tibanya saat yang ku nanti itu.  Kau akan terus musnah di hadapanku. Itu janjiku pada dunia pendusta.  Kewanitaan ku yang kau cabut akan ku ganti dengan serakah nyawamu. Akanku pastikan itu berlaku.  Tunggulah aku dengan penantian yang akan memburumu dan membunuhmu…aku pasti kan tiba…
Secebis nota dari kamar diari Natasha yang mengharapkan pembalasan dendam terhadap lelaki.  Baginya lelaki tidak layak hidup di dunia kerana lelaki ialah binatang yang langsung tiada jiwa manusia malah sama sahaja dengan setan yang sentiasa menyesatkan manusia.  Pengalaman perit yang dilaluinya menyebabkan dia benar-benar membenci lelaki.  Lelaki pada pandangan Natasha tiada sebarang nilai dan harga sekalipun nyawa itu tercabut di depannya.
Sepuluh tahun yang lalu, Natasha ialah seorang gadis periang dan sangat mudah untuk didampingi.  Disebabkan sikapnya ini dia mempunyai ramai kawan dan disenangi oleh semua rakan-rakannya.  Perkenalan dia dengan seorang teman yang baru dikenalinya merubah dirinya.  Roxy kawan yang masih baru dengannya berjaya menjerat Natasha ke dalam dunia khayalan dan nyata yang selama ini menjadi impiannya.  Semakin hari semakin rapat hubungan mereka.  Mereka seolah-olah tidak boleh dipisahkan dan hidup seperti belangkas yang tak mengenal batas agama.  Janji yang dilafazkan oleh Roxy membenamkan segala reality kehidupan Natasha.  Kasih sayang yang diimpikannya dari kecil kini terbayar dengan kehadiran Roxy.  Ternyata dia telah hanyut ke dunia yang akan menempahkan dia tempat di neraka Tuhan.  Sejak itu, Natasha dan Roxy hidup bagai suami dan isteri.  Kehidupan yang penuh penyimpangan.
Keindahan itu tak berpanjangan.  Kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka sebagai kekasih baru Roxy telah melenyapkan impian dan kepercayaan Natasha.   Jiwa Natasha berdarah dan penuh dengan ulat dendam.  Marahkan dirinya yang bodoh dan hina mempercayai cinta songsang yang dari awal tak mendatangkan balasan tetapi menempatkannya di neraka.  Penyesalan dalam diri tidak dapat mengembalikan pandangan masyarakat terhadapnya.  Kehidupan yang dilaluinya selepas itu lebih perit dan sakit.  Kehidupan yang penuh dengan nanah berdarah.
Sejak itu dia sering bersendirian.  Menghabiskan masa dengan termenung di gigi  air di tepi pantai.  Termenung meneliti kesilapan masa silam yang tak dapat diperbetulkan. “Ya Allah, ku mohon keampunan dariMu maha Esa.  Aku sedar aku telah meninggalkan mu jauh dari lorong hatiku.  Ku telah salah dengan memilih lorong hitam itu.  ku pohon jalan dan petunjuk dari Mu tuhanku.  Berikanku jalan keredhaanmu itu dan suluhkanku nur cahaya keinsafan,”  hati kecil Natasha berbicara tika menghadap kekuasaan Yang Esa.
Sekilas pandang hati Natasha tiada yang mengerti.  Keperitan dan kesalahan yang telah dilakukan.  Berbulan bersendirian menghadapi masalah keseorangan dia mula putus asa dengan kehidupan.  Saat dia mula hanyut dengan keputusasaan, hadir seorang jejaka yang mencuci kelukaan.  Dalam saat semua orang membenci, kehadiran Aiman benar-benar membalut luka yang berdarah di hati Natasha.
“Assalammualaikum..dah beberapa hari saya perhatikan saudari.  Kenapa saudari bersendirian di sini?.  Boleh saya bantu saudari atas dasar sahabat.” dengan lembut Aiman menutur kata bicra.
“Waalaikummussalam” Natasha membalas dengan lembut hinggakan seakan tidak bersuara sambil mengalihkan pandangannya ke arah Aiman.  Tanpa sepatah bicara Natasha melabuhkan kepalanya ke atas bahu Aiman yang sedia ada di sisinya.  Dengan lembut dan syahdu Natasha menerangkan segala yang terjadi ke atas dirinya.  Seakan-akan bebas dirasakannya, bagai membuang batu ke lautan.  Aiman benar-benar mamahami apa yang diluahkan kepadanya.  Keakraban antara mereka kian terjalin sejak detik itu.  perasaan teman bertukar kepada kasih.  Mereka mula membina rumpun percintaan dan kasih sayang.  Bahagia mula membayangi kehidupan Natasha.
Malam itu menjadi penamat cinta Natasha.  Sesungguhnya dia benar-benar diperdaya.  Keluhuran cinta yang disangkanya huluran bahagia bertukar menjadi titisan air mata.  Dia termakan kata lelaki pendusta.  Dalam sekelip mata mahkota yang menjadi maharnya diragut jantan durjana.  Malam itu menitikkan noktah dendam dalam jiwanya. Masih terniang-ngiang kata bicara Aiman pada malam itu.  kata durjana setan berupa manusia.
“Sayang, kita dinner kat luar ye malam nie.  Aiman ader surprise untuk awak.” Aiman bertutur bicara dengan manis.
“Ok sayang.  Tasha ikut jew.  Apa surprised tu sayang?. Boleh Tasha tahu?.” Natasha membalas dengan girang mengharapkan malam yang indah. Aiman tersenyum kecil dan berdiam diri tanpa bicara dan tidak menjawab pertanyaan Natasha.  Dia hanya mengerlipkan mata dan ketawa kecil seketika.
Makan malam yang diharapkan indah menjadi kisah buruk hidupnya.  Rupanya Aiman mempunyai niat yang sebaliknya saat berbaik dengan Natasha.  Tanpa diketahui Natasha, Aiman telah meletakkan sedikit serbuk ubat tidur dan dadah di dalam minuman Natasha ketika dia ke tandas. Malam itu mengenalkannya siapa diri Aiman yang sebenarnya.  Dia benar-benar tertipu dengan kata manis janji yang ditaburkan.
Apa yang tinggal kini hanya hati kosong yang penuh dengan dendam.  Saat dia bangun pagi keesokkannya, dia berada di atas katil di sebuah bilik hotel terkemuka.  Tubuhnya hanya dilitupi dengan sehelai selimut putih yang  nipis dan kelihatan pakaiannya bertaburan di atas katil.  Dia membuka kain itu dan melihat tubuhya yang tidak berpakaian dan lebam di setiap anggota badan.  Terasa pedih dan sakit yang teramat di kawasan itu.   Kepalanya terasa sakit sehingga mencucuk ke otak.  Bagaikan hendak pecah dan meletup.
Kini dia tahu dia telah dinodai oleh insan yang dia percayai.  Air mata mula menitis membasahi pipi, namun tak membawa apa-apa erti malah tidak akan mampu membasuhnya luka yang dinodai.  “Aiman setan, Aiman binatang, kau binatang yang tak berperasaan, kau setan yang berjiwa dajal perosak manusia di tika kiamat, Kau akan terima pembalasan dari aku nanti.  Tunggulah masa itu bakal tiba dan maut akan menjemputmu.  Kau akan maut ditanganku..” bentak hati kecil Natasha penuh marah.
Sejak itu dia mula memburu orang yang bernama lelaki.  Dia mula menjadi seorang perempuan yang kejam.  Pembunuh sadis dalam erti dan nama percintaan palsu.  Nyawamu ditanganku. 
Natasha mula merubah kehidupannya. Dia kini bekerja di Safari Night Bar sebagai GRO melayan lelaki dan jantan-jantan setan.  Membawa serumpun dendam kepada lelaki sundal, menghampirinya dan menghadiahi sekalung bunga maut. 
Hari berganti hari, Natasha kian bijak bermain kata racun untuk memusnah jejaka.  Seorang demi seorang menjadi mangsa kerakusan dendam Natasha.  Dengan susuk tubuh yang cantik beserta pakaian yang seksi yang mendedahkan tubuhnya, dia benar-benar memikat hati orang yang bermata keranjang melihatnya.  Disebalik  senyuman manis yang terpamer itu ada  satu rasa yang terpendam menunggu masa sampai bagi mengakhiri nyawamu lelaki. 
Malam itu dia terus dengan bayangan dendamnya..menagih darah untuk dikorbankan.  Meragut nyawa-nyawa pelanggan.  Ikan besar telah terperangkap disangkar Natasha.  Dia telah berjumpa dengan Aiman lelaki yang menodainya dahulu.  Ternyata lelaki itu tidak mengenali Natasha lagi.  “Kau datang lagi setan, masa kau telah tiba. Sudah lama aku menantikan kehadiranmu perosak diriku.  Kau lah penyebab dendamku ini.  Pelakuanmu tak seindah bicara maksud namamu itu.  Setangkai bunga maut akan merenteti hembusan nafas terakhirmu.  Kau akan bernasib malang, menemui aku lagi sebagai dendam,”  kata hati Natasha berbicara dengan sedikit tanda gembira menanti pembalasannya pada Aiman.
Aiman memilih Reven  sebagai peneman dan penghiburnya malam itu.   Saat yang dinanti-nantikan  Natasha akhirnya tiba.  Nyata lah dia yang akan melayani Aiman bersama dalam pelukan maut yang mendamaikan.  “hahahahhahahahah…saat yang ku nantikan tiba akhirnya…Aku rindukan kerakusan kau dulu Aiman,” suara ketawa Tasha menggeletek dadanya.
“hye girl…are u Raven?. I’m yours customer this night. Can we go now??,” tanya Aiman kepada Natasha atau Raven dengan keadaan separuh mabuk. 
“Yes am i.  Let’s go..,” Natasha berbicara.
Di sebuah bilik hotel yang kecil Natasha melayani kehandak Aiman.  Natasha mula membuka bicara saat Aiman kemabukkan.
“hye Aiman. Awak masih kenal saya tak?. Saya Natasha kekasih lama awak yang kini membawa serumpun dendam.  Masih ingat saya????.” herdik Natasha kepada Aiman denga penuh sinis dan marah.
Aiman kelihatan pucat tanpa setitis darah.  Dia mula memutarkan ingatannya kembali kepada perkara lima tahun yang lepas.  Perkara yang telah dilakukannya tapi tak pernah ada penyesalan dalam dirinya.
“Siapa??.  Natasha?, saya tak kenal siapa Natasha,” Aiman menerangkan kepada Raven agar situasi menjadi tenang.
“Kau benar-benar tidak mengenali Natasha??.  Mungkinkah kau boleh lupakan aku setan?.  Aku kembali untuk meragut nyawamu.  Masih kau ingat, dua tahun lalu kau pernah menjanjikan aku sebuah kebahagiaan dan memberikan aku detik hitam?.  Aku tahu tak mungkin kau terlalu mudah melupakan malam itu.  Malam yang meragut daraku. Kau ingat tak lagi, Aiman?,” Natasha mengherdik Aiman hingga terkeronyok Aiman ke sisi katil.
“A-A-Aaaaaaaakuuu memememenyesal Tasha.  Aku minta maaf Tasha.  Aku tahu aku salah.  Maafkan kesalahan lalu itu Tasha.  Aku janji kita akan berkahwin dan memulakan hidup baru.  Aku akan tunaikan itu Tasha.  Lepaskan aku.  Tolong lah,….aku merayu pada kau Tasha,” Aiman berkata-kata dengan penuh gementar memohon simpati Natasha melihat di tangan Natasha sebilah pisau yang dilemuri darah.  Aiman mula merasa takut menantikan pembalasan Tasha.
“Ahhhhhh…aku tak ingin dengar maaf atau percaya pada kata janji kau lagi.  Semua itu palsu belaka.  Plastik..aku tak percayakan kau.  Aku nak kau mati.  Mati kau Aiman. Hahhahahahahaha…bersedialah Aiman menemui maut,” Natasha memarahi Aiman tanpa belas.
“Tasha tolong lah. Aku merayu pada kau jangan buat perkara begini.  Aku insaf Tasha.  Aku dah insaf,” Aiman berbicara dalam teresak-esak.
“Berbayarkah aku kehilangan maruah yang menjadi maharku dengan maafmu??? Berbayarkah air mataku yang berdarah luka mengenangkan segala penipuan mu?? Hhahahahahaha..berbayarkah Aiman??,” suara hilai dan tawa Natasha bergema menggegarkan sekeliling ruang bilik hotel itu.
Seluruh tubuh Aiman menggeletar.  Air peluh mula mengalir deras membasahi baju Aiman.  Aiman sudah tidak keruan dengan tindak tanduk Natasha.  Dia tahu Natasha tidak bermain-main dengan kata-katanya itu.  pisau yang berada di tangan Natasha bakal meragut nyawanya.  Itulah yang ditakutkannya.  Kecut perut dia mendengar semua bisikan Natasha.  Apa sebenar yang diinginkan Natasha benar-benar tidak diketahuinya.
“Aku pemburumu Aiman, aku pemburu mu.  Aku datang untuk melunaskan hutang antara kita.  Bersedialah untuk kita mengakhiri semua ini Aiman,”  Natasha mengucapakan kata-kata mnarah sambil mengangkat pisau setingginya menghampiri Aiman.  Belum  pun sempat pisau itu menghiris dan menyiat tubuh Aiman, tangan kecil Tasha dipegang.  Lembut pegangan itu tetap tidak dapat melenturkan marah yang bernanah di dadanya.  Natasha cuba melepaskan pergelangan tangannya dari sentuhan itu. 
Suara kecil dibelakangnya berbisik, “Tasha jangan lakukan kerja bodoh ni,  awak masih ada masa depan yang lebih panjang.  Jangan sia-siakannya Tasha.  Fikirkan tentang anakmu Tasha.  Dia masih memerlukanmu biarpun dia tak berbapa.  Dia tetap anak kamu Tasha.  Kalau kamu tak mahu berfikir tentang masa depanmu, fikirkan tentang masa depan anakmu itu.  Dia akan membesar, jangan biarkan dia membesar sepertimana kau membesar.  Berikan dia kasih sayang keibuan mu itu Tasha.  Mengucap Tasha dan ingat masih ada yang senantiasa menyayangimu.”
“Saya Hakim.  Suara itu menyambung perbualan mereka lagi.  Sudah lama saya mengekori awak Natasha.  Saya ikhlas ingin menjaga awak dan anak awak.  Saya sanggup menerima awak seadanya Natasha.  Lepaskan dia dan kita bina hidup baru.” Hakim memberikan pengharapan yang besar terhadap Tasha.  Ternyata Hakim ikhlas menerima Tasha seadaanya.
Dengan perlahan Tasha melepaskan pisau yang berada erat digenggamannya.  Jika tidak kerana anaknya Tasha takkan berubah hati.  Tasha tak ingin anaknya hidup di rumah kebajikan seperti dia yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.  Wajah Tasha kelihatan keliru dan sedih.  Hakim merangkul Tasha ke dalam pelukkannya.  Hakim cuba menghentikan keesakan tangisan Tasha.
Sebalik itu, Aiman kelihatan bersyukur kerana terlepas dari maut.  Dia melarikan diri setelah Tasha rebah ke sisi dinding.  Sekarang hanya Hakim tempat Tasha melepaskan rasa yang dialaminya. 
Selepas peristiwa itu, Hakim benar-benar memegang janjinya.  Dia menumpahkan sepenuh kasih sayangnya pada Tasha dan Syafiqa anak Tasha.  Mereka telah selamat melangsungkan perkahwinan atas dasar kasih sayang.  Natasha telah bebas dari dendamnya.  Ternyata kini dia telah merubah pendiriannya pada lelaki. 
30 Julai 2008
Hidupku kini bahagia seindah yang aku inginkan.  Hakim benar-benar seorang suami yang baik.  Aku bernasib baik mengenali Hakim.  Dia tidak pernah kisah mengenai kisah silamku malah dia  menerima aku seadanya.  Kini, kehidupanku sungguh indah dan bahagia.  Aku telah mempunyai sepasang anak yang comel dan cantik.  Nur Shafiqah Shakirah dan Muhammad Haikal Hakimi kini mewarnai hidupku.   Mereka kini menjadi permata hatiku dan Hakim.  Baru kini aku tahu masih ada lagi insan yang menyayangiku.  Aku juga mengerti kini yang bukan semua lelaki itu setan ataupun binatang.  Masih ada lagi lelaki sejati yang meletakkan wanita setinggi-tinggi kelembutan.  Masih ada lagi lelaki yang mampu menangis bersama dalam mengharung kesusahan dan masih ada lagi lelaki yang berperikemanusiaan.  Aku bersyukur memiliki Hakim menjadi teman hidupku.  Terima kasih Hakim kerana menerima Tasha seadaanya dan seikhlasnya. 
Ya Allah, terima kasih kuucap padamu kerana kau berikanku cahaya itu.  terima kasih kerana kau hadiahkan aku cinta sejati yang mencuci dan menggantikan lukaku dengan cinta dari Mu Ya Allah.  Aku berdoa agar ikatan kami berkekalan hinggal ajal yang memisahkan kami. 
Sehelai lagi kata dari diari hidup Natasha.  Kata-kata ini penutup diari Natasha yang dibuka dulu.  Tertutupnya diari ini bersama tertutupnya luka yang pernah menyengat di dada.  

0 comments: