Firdiana, gadis kecil molek yang lincah dan bersahaja. Dia kelihatan segak bertudung walaupun sediikit seksi jika dilihat dari luaran. Pelbagai persepsi dan pandangan singgah di telinganya setiap kali dia mengenakan pakaian mahupun 'make up'. Tubuhnya yang genit memudahkannya bergerak aktif ke sana sini tanpa batasan. Disebabkan sikapnya yang bersahaja dia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ramai hati kumbang yang tertarik padanya dan ingin memilikinya. Namun, daripada berjuta yang menggaguminya hanya satu yang terikat di hatinya.
Lima tahun lalu, bibit-bibit cinta mula hadir dalam diri ratu yang kesunyian ini setelah hadirnya putera idaman. Lirikan cinta antara dua merpati ini telah menyatukan mereka. Percintaan yang bermula dari satu pergaduhan kecil membawa mereka jauh ke alam cinta yang realiti. Kebahagiaan mula bertandang dalam jiwa Firdiana menggantikan luluhan perasaan sedih yang ditanggungnya selama ini.
"Woi!!!! tepilah..tak nampak orang nak lalu ke????Dah ler badan besar macam gajah..jalan pulak terhegeh-hegah.blah-blah lah," bentak Firdiana kepada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghalang jalannya. Mereka merupakan pelajar baru tingkatan enam rendah Sek. Men. Keb. Baling. Suara tinggi firdiana menyebabkan mereka merasa tercabar. "Suka hati kitaorang lah nak lepak mana pun..Jangan sibuk bleh ak??. Satu pergaduhan kecil mula melanda menyebabkan perhatian pelajar lain mula bertumpu ke arah Firdiana dan kumpulan pelajar lelaki itu. Muka kecil Firdiana mula kelihatan merah padam, malu. Sedang dalam pergolakkan itu, masih sempat Firdiana mengerling ke arah pelajar lelaki yang sedang berkonflik dengannya. Tiba-tiba, jantungnya berkocakkan, menderu angin memberontak di dadanya seakan-akan ada satu perasaan sedang mencubit hatinya. "Ahhh…apa yang terjadi kepada aku??Kenapa ku rasa seakan-akan ada perasaan yang lain terhadapnya??Perasaan yang sudah lama kutinggalkan menjengah lagi. Kenapa ia datang lagi??" hati kecil Firdiana mulai tertanya-tanya. Dia seolah-olah takut menghadapi perasaan itu. Dia seolah-olah ingin lari jauh dari naluri yang dirasakannya itu.
Tiba-tiba satu tamparan yang perlahan hinggap di belakangnya. Lamunannya sebentar tadi terhenti. Bisikan yang perlahan menderu di telinganya. "Apa yang dimenungkan tu sayang??bisik Faris ke telinganya. Firdiana yang jauh di bawa khayalan kelam kabut memperbetulkan situasi saat itu. Firdiana membalas pertanyaan tunangnya dengan nada yang perlahan, "Tak ada apa-apa lah sayang, cuma sedang mengagumi anugerah yang Tuhan ciptakan". Senyuman yang lebar dilemparkan ke arah tunangnya.
Faris merupakan rakan kelas Firdiana dan mereka sering bertikam lidah. Namun, disebalik konflik antara mereka ada benih-benih cinta yang mulai tersemai. Dari pergaduhan bertukar kepada percintaan. Tunas-tunas cinta antara mereka mula berpaut di hati saat kedua-duanya melafazkan kalimah cinta yang terbuku di sanubari. Saat itu mereka seolah-olah dibayangi oleh keindahan yang dirasakan berpihak di jalan mereka. Bersertakan restu dari kedua pihak keluarga akhirnya mereka disatukan di bawah payung pertunangan. Faris dan Firdiana saling mencintai dan ikatan cinta antara mereka begitu teguh sehingga tidak boleh dileraikan. Buih-buih kemesrasaan ini berkekalan hingga kini.
***
Ruang kecil di dalam rumah kelihatan sayu dan suram. Tiada lagi kemeriahan yang hinggap di dada penghuninya. Berita mengenai Firdiana mula membasahi naluri setiap insan yang menyanyanginya. Air mata penghuninya menggantikan hujan yang sedang mengalir di luar. Mereka seolah-olah tercampak teperosok ke dalam kebuntuan yang tak berhaluan. Sesungguhnya perkhabaran itu membunuh kegembiraan yang selama ini tidak pernah kosong dalam hati penghuninya.
Berita yang tidak disangka singgah ditelinga Mak. Seakan-akan ingin pitam dan pengsan setelah mendengarnya. Luruh dan luluh perasaan yang menguntum selama ini. Air mata mula membahasahi pipi orang tua itu. Lemah longlai tubuhnya sehingga terjelupuk ke sisi dinding. Abah mula kelihatan bingung melihat keadaan mak. Telefon yang erat dipegangan mak diragut abah dengan pantas. Abah mula menitiskan air mata ketika menyambung panggilan itu. Yang terdengar hanya kata "subahanallah". Dengan perlahan abah melepaskan telefon itu, lalu tanpa bicara abah memeluk erat tubuh mak. Berderai air mata keduanya yang hanya beralaskan kesabaran. Kemudian terdengar pekikan dan raungan meronta dan merintih di bilik berdinding konkrit. Air mata mula berkolam di rumah dua tingkat itu. Sepi kian berlabuh bersama tirai kesedihan. Kesunyian rumah itu dihentikan sejenak dengan bicara Adek. Adek memekik dan berteriak mencari mak. Dengan suara yang bersahaja Adek mula bertanya kerana dia buntu melihat mak yang berada di dalam pelukan abah.
"Mak, apa yang terjadi??Kenapa semua orang menangis??Kenapa Mak??Kenapa??. Dengan lembut dan petah mak menarik adek menghampirinya. Perlahan-lahan mak membuka mulut untuk berbicara namun lidahnya kelu tak bersuara. Adek kelihatan bingung dengan reaksi Mak. Mak sedaya upaya cuba berbicara. "Adek, Achik dah tinggalkan kita. Achik dah pergi tinggalkan kita." Sejurus selepas itu suasana kembali gamat. Suara tangisan jelas kelihatan di wajah-wajah insan tersayang.
***
Penderitaan yang ditanggung Firdiana berakhir saat ini. Penderitaan yang ditanggungnya selama ini berakhir bersama usungan air mata keluarga dan tunang yang tercinta. Kesakitan yang ditanggungnya sejak dari kecil kini berkesudahan akhirnya. Satu tahun yang lalu merupakan detik paling perit yang pernah dialami olehnya. Kegirangan yang selama ini terserlah diwajahnya bertukar sedih. Penyakit yang disangkanya tak berpanjang kini mengundang maut kepadanya. Mengimbau kembali saat melihat keputusan pemeriksaan kesihatan fikirannya buntu. Penerangan yang diberikan doktor bercelaru, mengusutkan mindanya.
"Awak, saya harap awak sabar dengan kehendak ilahi. Setelah pemeriksaan dijalankan awak disahkan menghidap komplikasi jantung dan disahkan sebagai penghidap leukemia tahap akhir. Saya bersimpati dengan apa yang awak hadapi," tutur Doktor Lucy dengan nada yang perlahan dan penuh simpati. "Masa yang tinggal buat awak hanya enam bulan sahaja lagi. Saya harap awk akan terus menjalani rawatan," bisik Doktor Lucy perlahan penuh hati-hati agar hati Firdiana tidak terusik. Hati yang mendengar dan menanggung lebih perit dari yang menyatakan. Bercucuran air mata membasahi pipi saat itu. Dada Firdiana kian sebak parah dan pedih terluka dengan cabaran yang terpaksa dilaluinya. Dia tetap pasrah. Pasrah dengan takdir ilahi. "Saya harap doktor dapat merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga dan tunang saya. Saya tak mahu lihat kesedihan di wajah mereka," mohon Firdiana dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak yang melanda di dada.
Hari demi hari dilalui bersama rahsia yang terbuku di hati. Muka riang kian pucat lesi tanpa setitis darah. Kimoterapi, scanner dan x-ray setiap hari dilalui. Pelbagai perubahan yang terjadi namun tetap tak berhasil. Rambutnya yang lebat kini tinggal beberapa helai kesan kimoterapi yang dilalui. Wajahnya tak lagi segirang dulu. Tindaknya tak lagi selincah dulu. Dalam saat rawatan satu puisi Firdiana utuskan buat insan yang tersayang. Saat itu dia berada di saat kritikal. Nyawanya kini hanya berada dihujung tanduk. Maut sedang melambai-lambai memanggilnya mengikuti jejak.
***
Kedengeran bunyi motorsikal yang menderum kuat di luar rumah. Sepantas angin motor itu menghilangkan diri. Tanpa berfikir panjang Faris berlari ke luar rumah menghampiri peti surat. Warkah yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Dengan perasaan yang penuh kegembiraan Faris melabuhkan pinggulnya dan menghenyak ke sofa sambil dengan pantas tangannya membuka surat yang baru diterimanya. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling Faris khusyuk meneliti tulisan itu. Tiba-tiba Faris mengalirkan air mata. Pipinya mula dibasahi terjunan air yang putih bersih dari matanya. Warkah itu membawa khabar hiba kepadanya. Faris kembali menatap warkah itu, satu puisi yang terungkap. Betapa waktu ini tersentaknya batin dan naluri Faris dengan kepiluan dan kesedihan yang teramat mendalam.
PUISI BUATMU SAYANG
Sayang…
Andai saat ini ilahi memanggilku
kembali,
Ku harap kau tabah menghadapi,
Detik-detik dan liku hidup ini,
Kerana…
Aku tak mungkin lagi berada disisimu,
Aku tak lagi dapat mengusap wajah
manjamu itu,
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai
tanganmu,
Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu
dengan..
Tinta-tinta kerinduan,
Warkah-warkah kasih sayang,
Irama-irama kesyahduan,
Bait-bait puisi riang,
Dan baris-baris kenangan yang pernah
kita simpulkan…..
Sayang…..
Andai saat ini saat terakhir aku di
sisimu…
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu,
Izinkan aku mencuit senyum manja,
Izinkan aku selami hatimu,
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu,
Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur
sedetik bahagia,
agar…
Kau takkan mudah melupakan aku,
Kau tak mudah tinggalkan cintaku,
Tak mudah kau usir rindu yang
bertandang saat ini,
Biar ia menjadi sejarah yang tak
mungkin kau lupa,
Cukuplah sehingga kau belum
berpunya…..
Sayang….
Andai masa sudah mengakhiri,
Andai saat yang dinanti tiba di hati..
Ku harap kau rela membiarkan ku pergi,
Ku harap kau dicucuri rahmat dari
ilahi,
Sentiasa bahagia dan hidup ceria,
Akan ku lihat kau dari jauh,
Jangan lupakan aku biarpun kau dah
berpengganti..
Hulurkan doamu padaku tiap malam agar
aku bisa mendengar lagi,
Suara merdumu,
Hadiahkanku bacaan yasin dan doa,
setiap kali kau akhiri tututan mu
sayang…….
Andai saat ini ilahi memanggilku
kembali,
Ku harap kau tabah menghadapi,
Detik-detik dan liku hidup ini,
Kerana…
Aku tak mungkin lagi berada disisimu,
Aku tak lagi dapat mengusap wajah
manjamu itu,
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai
tanganmu,
Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu
dengan..
Tinta-tinta kerinduan,
Warkah-warkah kasih sayang,
Irama-irama kesyahduan,
Bait-bait puisi riang,
Dan baris-baris kenangan yang pernah
kita simpulkan…..
Sayang…..
Andai saat ini saat terakhir aku di
sisimu…
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu,
Izinkan aku mencuit senyum manja,
Izinkan aku selami hatimu,
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu,
Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur
sedetik bahagia,
agar…
Kau takkan mudah melupakan aku,
Kau tak mudah tinggalkan cintaku,
Tak mudah kau usir rindu yang
bertandang saat ini,
Biar ia menjadi sejarah yang tak
mungkin kau lupa,
Cukuplah sehingga kau belum
berpunya…..
Sayang….
Andai masa sudah mengakhiri,
Andai saat yang dinanti tiba di hati..
Ku harap kau rela membiarkan ku pergi,
Ku harap kau dicucuri rahmat dari
ilahi,
Sentiasa bahagia dan hidup ceria,
Akan ku lihat kau dari jauh,
Jangan lupakan aku biarpun kau dah
berpengganti..
Hulurkan doamu padaku tiap malam agar
aku bisa mendengar lagi,
Suara merdumu,
Hadiahkanku bacaan yasin dan doa,
setiap kali kau akhiri tututan mu
sayang…….
***
Faris menerima khabar pemergian tunangnya dengan pasrah. Namun, disebalik kepasrahan itu hanya dia yang mengerti betapa dia amat merindukan kekasihnya. Terpapar kesedihan di raut wajahnya yang pilu dan kehampaan.
"Sayang, kenapa pergi tinggalkan Faris keseorangan di sini?? Dulu kita berjanji untuk sehidup semati dan menjalin cinta seabadi. Kenapa rahsiakan semua ini daripada Faris?? Kenapa sayang??" bisik hati kecil Faris.
Kedengaran bunyi bacaan yasin yang bersahutan. Rumah yang tadinya sunyi kini riuh dengan nyanyian irama Yasin dan bacaan al-Quran. Sekujur tubuh terbaring diselimuti kain putih. Hanya kain putih yang menyelubunginya. Sayup kedengaran bunyi tangis anak kecil yang meratapi pemergian ibu saudaranya. Anak kecil yang masih tak mengerti apa itu kematian. Bertambah sebak jiwa Faris mendengar sayup-sayup suara Hakimi memanggil mummy supaya bangun dari tidurnya.
"Mummy, bangun lah. Jangan tidur lagi. Abang rindu mummy ni. Hakimi janji tak nakal-nakal lagi. Bangunlah tengok Hakimi," Hakimi membentak, mengoncang tubuh yang sudah kaku itu. Ditarik-tariknya kain yang menyeliputi tubuh itu. Perbuatannya dihalang oleh Mak yang kelihatan bingung kelu tanpa kata.
Angah dan Along dari tadi tak henti-henti membaca kitab Allah buat Achik yang telah pergi bersama linangan air mata. Sanak saudara dan jiran tetangga berkunjung tanpa henti. Sahabat handai datang silih berganti. Ucapan takziah tak lekang dari cuping telinga ini. Mendayu-dayu sehingga melirik hatiku menggamit memori saat bersama dia dulu. Saat yang terindah dalam hidupku. Faris berbicara mengenang kembali nostalgia bersama tunang yang tercinta.
Saat indah bersamanya tak akan pernah ku lupa. Kenangan bersamanya di tepian pantai begitu indah tercipta. Melihat wajah girang ratu haitku berkejaran ke sana sini lari-lari anak cukup mendamaikan. Gelak tawa dan senyuman yang diukirnya persis kejora. Lambaian tangannya seakan-akan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lambaian itu menggamit aku mendekatinya. Begitu indah saat itu sehingga sukar untuk kugambarkan. Deruan ombak menerjah dasar pantai seakan-akan akur melihat kami bermadu kasih. Ombak itu seolah-olah sedang menyanyikan lagu asmara mengiringi kami menatapi senja. Ku rangkul erat tubuhnya dipelukku. Menghabiskan masa senja bersama mengamati keindahan warna dunia. Warna yang menghiasi cinta kita. Tapi...tak tersangka itu semua hanya sementara, kau pergi tinggalkan aku akhirnya. Faris terus melayan perasaannya. Mengenang memori indah tika bersama insan tercinta. Memori yang abadi dan tak terbeli. Wajah Faris yang tadinya tersenyum kecil bertukar suram dan sepi. Air jernih mula membasahi. Dia teringat tutur bicara terakhir bersama tunangnya. Bicara yang menghentam jiwanya sehingga parah dan luka yang tak berdarah. Kepiluan menyelubung saat itu.
Masih terngiang-ngiang difikiran Faris permintaan terakhir Firdiana. Permintaan yang begitu menggigit perasaannya. Permintaan yang membunuh impiannya. Permintaan itu benar-benar mengganggu tidurnya.
"Sayang, andai sesuatu terjadi nanti. Ayang pohon supaya abang terima segala suratan itu dengan pasrah dan jangan mengalirkan air mata untuk itu. Satu lagi, ayang mohon abang jangan lupakan ayang dan jangan lupakan cinta kita. Ayang dah tak lama kat sini. Nantikan…abang kena jadi salah seorang yang usung jenazah ayang tau. Abang tolong tengok-tengokkan mak dan abah kalau ayang dah tak sempat. Abang jaga Hakimi tau. Jaga dia macam anak abang sendiri. Bila dia besar nanti abang bagitau Mummy dia sayang sangat-sangat kat dia. Jangan lupa kucup dahi Hakimi untuk ayang setiap hari," bisik Firdiana dengan perlahan sambil menahan air mata dari terus mengalir. Suaranya teramat perlahan dan tersekat-sekat menahan nafas untuk terus berbicara. Itulah kata-kata terakhir yang mengiringi pemergian insan yang disayangi Faris. Kata-kata itu mengalir dalam jiwa dan tidak kelihatan di pandangan mata. Menerajang ruang jiwa, madu kasih Faris tidak kesampaian. Faris amat terkilan dengan pemergian tunangnya. Impiannya yang selama ini terbina terburai sehingga menampakkan segala usus yang ada di dalamnya, kosong.
***
Memenuhi permintaan terakhir insan tercinta, Faris mengusung jenazah di bahagian hadapan bersama Abah dan Adek. Langkah kaki seakan-akan longlai tak bertenaga diselangi dengan bacaan al-Fatihah. Dengan langkah yang perlahan jenazah di bawa ke perkuburan. Selesai upacara pengebumian Tok Imam membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan doa diselangi dengan talkin yang sayup-sayup mendayu. Melihat tanah kubur yang merah, aku kembali sayu. Langsung tidak kelihatan keceriaan diraut wajah Mak dan Abah. Terdengar lagi pekikan Hakimi tak membenarkan Mummynya dibawa pergi tadi.
"Jangan!!..Jangan ambik Mummy abang..Mummy tidur ja tu. Nanti Mummy bangun lah. Jangan lah usik dia. Mummy penat tu. Jangan bawak Mummy pergi jauh. Nanti sapa nak temankan abang main??. Sapa nak bawa abang pergi taman?? Abang nak Mummy." pekikan Hakimi semakin kuat. Dia menarik seluar Abah dan berpaut rapat di kaki Abah, tak membenarkan Abah pergi. Ikatan pelukan Hakimi dilonggarkan oleh Mak. Mak memujuk Hakimi supaya berhenti dari memekik. Berserta dengan pemergiaan jenazah, Hakimi menangis teresak-esak melihat insan yang menyayanginya dibalut dengan kain putih dan dibawa pergi. Aku tak akan pernah lupakan pekikan itu.
Sudah setahun berlalu, namun aku masih tak dapat lupakan dia. Dia benar-benar istimewa di hatiku. Kenangan bersama dia tak pernah lekang dari ingatanku. Sejak pemergiannya, aku sentiasa melawati pusaranya. Bersama di pusara sudah cukup buat aku untuk terus menempatkannya di hati ini. Setiap kali aku melahirkan kerinduan, kerinduanku hanyalah padanya. Senyumku kini tak seghairah bersamanya dulu. Aku tak pernah lupa menunaikan janjiku padanya dulu. "Sayang, Mak dan Abah sihat. Hakimi juga sihat. Mereka semua rindukan sayang. Kenapa sayang tinggalkan dunia ni terlalu awal?? Abang masih memerlukan kasih sayangmu. Abang masih ingin lihat gelak tawa mu yang riang. Abang masih tak dapat mencari kekasih yang seiras wajahmu, secantik bicaramu, seindah hatimu." Konflik ini tak henti-henti menerajang benak hati dan fikiran Faris biarpun peristiwa ini telah setahun berlalu. Baginya, Firdiana akan terus kekal dalam hatinya dan akan terus menjadi ratu cinta hatinya. Cinta itu baginya tak akan lenyap. Dia bertekad akan menamakan anaknya nanti seiring nama Firdiana. Dia akan menamakan anaknya dengan nama Puteri Firdiana Rabiatul Amanda Shifa'.
Faris masih memegang segulung kertas hadiah daripada tunangnya di hari pertunangan mereka. Kertas itu tak pernah ditinggalkannya sejak Firdiana pergi. Segulung kertas itu begitu berharga. Tercoret puisi buatnya yang lahir tulus ikhlas dari hati insan yang menyayanginya, tapi Allah lebih menyanyangi insan itu. Itulah satu-satunya harta yang dimiliki Faris. Harta yang tak mungkin Faris lemparkan malah untuk merenyukkannya juga Faris tak ingin. Begitu kuat cinta antara Faris dan Firdiana sehingga dia sanggup membiarkan dirinya dibasahi hujan dan panas asalkan dapat menjaga pemberian itu. Teguhnya cinta Faris seteguh cinta Balqis pada Sulaiman. Cinta itu berkekalan dalam hatinya sehingga maut yang mendatanginya. Sesungguhnya Faris amat menyanyangi insan yang telah pergi itu. insan yang terlalu istimewa baginya. Insan yang bernama Puteri Rabiatul Amanda Shifa'. Puteri permaisuri raja dihatinya.
MOHD. DANIEL FARIS
Khas Buatmu Insan Tersayang.
Mohd Daniel Faris,
Aku mencintaimu,
Kau bawa seribu kebahagiaan,
Kau suluh sinar harapan,
Kau satu dalam seribu,
Kau teman hidupku,
Kau kekasih hatiku.
Mohd Daniel Faris,
Fikirku hanya wajahmu,
Coretku hanya untukmu,
Bahagiaku hanya denganmu,
Danielku sayang,
Kau ibarat sinar,
Tiba tika kegelapan,
Menerangiku setiap saat,
Kau membunuh impian palsuku,
Membancuh impian baru,
Menghapus khayalan mimpiku,
Membentuk mahligai baldu,
Menanam rumput syahdu,
Menyanyi lagu rindu.
Mohd Daniel Faris,
Kau kegembiraan ku,
Kau kehidupan ku,
Ingin ku bina istana kaca bersama mu,
Ingin ku layari bahtera cinta,
Inginku kongsi suka dan duka.
Mohd Daniel Faris,
Kau suami dalam jiwaku,
Kau penyeri dalam hidupku,
Kau segalanya bagiku.
Mohd Daniel Faris,
Impianmu meragut hatiku,
Memecah kekebalan,
Agar mencintaimu,
Terima kasih sayang,
Atas pengorbananmu.
BEBERAPA KETIKA…..
Beberapa ketika ...
Kini tinggal buat kita..
Aku tak ingin dan kucuba adilinya..
Ku ingin putar..
Putarkan orbit-orbit cinta
Dalam jiwa kita
Sebelum kita saling melupa
Perpisahan…
Bukan untuk seketika
Mungkin tuk slamanya
Sayang..
Benarkan
ku anyam mimpi dipeluk
kusisip janji dihatimu
ku selit cinta dijiwamu
dan..
kukuntum kasih disenyum mu
sayang,
sebelum mengakhiri
ingin ku nyatakan hasrat hati
sesungguhnya aku..
mula mencintai
mula menyayangi
mula mengasihi
dan tak ingin melepaskanmu pergi
sebenarnya..
ku telah jatuh hati……
sayang,
cintaku padamu suci
sesuci cinta abadi
tak mampu ku realiti
tak mungkin ianya terjadi
ku mungkin kan pergi
secepat sisip angin pagi
tinggalkan kau di sini
jangan mengharapkan ku kembali
kerna aku tak ada lagi
0 comments:
Post a Comment