BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 29, 2011

~~syukur melewati jalanMu~~


Kegembiraan itu sememangnya tiada batas...walau sebesar mana rasa duka yang dihadapi akhirnya pasti kita akan gembira juga....kekuasaan Allah itu teramatlah besar sehingga mampu membahagiakan kita walau dalam apa jua keadaan kita...jauh sekali untuk Allah meninggalkan kita ke jalan kesesatan...apatah lagi meninggalkan kesakitan dan kedukaan yang berpanjangan pada kita...

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan berteduh di bumiMu dengan segala kurnia dan kebaikanMu....terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku ruang keampunan dan kesejahteraan dalam melalui jalanMu...

Ku serahkan segala ketentuan dan takdirku dengan pasrah dan redha terhadapMu Ya Allah....Aku cuba memaafkan dan menerima kemaafan dengan berkat sayangMu...aku cuba berjalan dan bertatih di laluan kecintaan padaMu...ku bermohon padaMu semoga aku memperoleh kehidupan baru yang barakah dan sentiasa berada di jalanMu Ya Allah..

Kerana kecintaan padaMu dan ketentuanMu aku melepaskan jalan-jalan yang berliku bersama dengan sungai-sungai dendam...tapi maafkan aku Ya Allah kerana biarpun aku melepaskan segalanya bersama redha yang kupinta dariMu tetapi aku tidak akan mampu memaafkan kesalahan terbesar yang pernah dilakukan ke atas diriku...sesungguhnya hanya kau sahaja maha memahami Ya Allah...kupohon agar kau berikan aku jalan yang terindah dalam melalui kehidupan ini..terima kasih Ya Allah...

0 comments: