BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

~~seandainya aku buta~~


Seandainya aku menjadi buta
Ketahuilah yang kau pernah mengenalku..
Kau kenal saat celikku
Saat aku bisa melihat dirimu.
Seandainya aku menjadi buta
bila itu salahku
Aku hanya ingin kau tahu
Aku bahagia bersamamu ketika saat celikku.

Seandainya aku menjadi buta
Penglihatanku akan hilang warna pelanginya
Saat itu aku hanya ingin kau tahu
Pelangi itu ada bersinar dalam hatiku
Sentiasa menemani suram milikku kini

Seandainya aku menjadi buta
Aku tidak meminta supaya kau terus setia
Menemani hidup yang tersisa
Kerana kau lebih berhak bahagia
Dengan jelita yang celik matanya.
Seandainya aku menjadi buta
Aku bermimpi butaku seperti lelayang
Masih mampu aku terbang
Pergi jauh dari kehidupan yang menyenangkan
Hanya demi kebahagiaan
Insan-insan yang ku sayang.

Seandainya aku menjadi buta
Tiada apa lagi yang perlu ku pinta
Hanya menyimpan kenangan suka dan duka
Berlagu bersama irama, rentak dan ritma
Dengan kenangan di mata yang buta.

Seandainya aku menjadi buta
Biarpun mataku tidak mampu lagi berbicara
Menyatakan api asmara cinta
Ketahuilah bahawa mata butaku ini tak pernah alpa
Dari menyimpan bara-bara yang belum terpadam.

Seandainya aku menjadi buta
Jangan ditangisi takdir yang menimpa
Mungkin Si Celik dan Si Buta
Bukan dijodohkan untuk bersama
Untuk belayar dalam satu bahtera

16.:04 pm.
Thursday
25/11/2010

0 comments: