Setelah hampir seminggu meninggalkan blog nie kosong tanpa tulisan. Hari nie kita akan berbicara tentang 24 Ciri Orang yang Mencintai Kamu. Dalam kehidupan nie terkadang kita tidak sedar perlakuan seseorang yang ditunjukkan pada kita adalah tanda dia mencintai kita. Pada zahirnya kita kurang prihatin dengan tanda-tanda tersebut. perkataan merupakan ungkapan yang sukar untuk dilafazkan oleh orang yang mencintai seseorang tetapi dia lebih sedia menunjukkan gaya dari perbuatannya.
Ciri yang pertama ialah orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Satu-satunya perkara yang dia tahu dan peka adalah hanya kamu di matanya. Tiada orang lain pada pandangannya mahupun kisah-kisah lalunya. Kamu adalah satu-satunya insan itu.
Ciri yang kedua ialah walaupun kamu sudah dimiliki oleh seeorang mahupun kamu sudah mempunyai kekasih atau teman istimewa tetapi dia tidak pernah peduli . Pada tanggapannya kamu terlalu penting. kebahagiaan kamu adalah priorty pertama dalam hidupnya biarpun bukan bahagia bersamanya tetapi bahagia kamu bersama pasangan lain. Walaupun kamu telah ada hubungan intim dia tetap menginginkan kamu sebagai impiannya.
Ciri yang ketiga ialah orang yang mencintai kamu seikhlasnnya akan menerima kamu apa adanya dan apa jua sikap dan perilaku kamu padanya. Di hati dan di matanya cuma terlihat wajah kamu yang anggun,tampan mahupun cantik. Padanya kamu adalah insan yang paling dan ter dalam segala hal padahal pelbagai perubahan berlaku dalam diri kamu.
Ciri yang keempat ialahorang yang mencintai kamu akan sentiasa ingin tahu tentang apa sahaja yang berkaitan dengan kamu. Segala kegiatan harian kamu menjadi ingatannnya. Malah dia akan selalu cuba mendekati kamu hanya untuk mengetahui apa yang bakal kamu lakukan kerana terkadang dia berfikir untuk tidak melihat kamu berbuat salah.
Ciri yang kelima ialah orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengirimkan SMS pada kamu walaupun ternyata SMS itu tidak akan mendapat balasan daripada kamu. SMSnya berbaur ayat biasa tetapi dalam maknanya. Walau cuma bertanya dan mengucapakan kata "Selamat Pagi", "Selamat Malam","Take care" dan ayat-ayat biasa lain namun di dalamnya terselindung azimat cinta dia pada kamu walau bukan dengan mengucap kata "I Love U".
Ciri yang keenam ialah kamu telah mengadakan party hari lahir kamu tanpa menjemput dia namun dia tidak mengambil hati malah tetap mengirimkan kamu SMS atau menelefon kamu untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan kekadang mengirimkan hadiah pada kamu walaupun pemberian dia kamu anggap tidak penting.
Dia adalah orang yang tidak pernah lupa pada tanggal kelahiran kamu.
Ciri yang ketujuh ialah orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati segala dan setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu walaupun mungkin pada kamu kejadian itu tidak penting. Walau kamu telah melupakan kejadian itu dia tetap membajakan ingatannya dengan kenangan-kenangan itu keraba saat itu tidak boleh diulang semula walau waktu berputar ke belakang.
Ciri yang kelapan ialah orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap bait kata kamu yang telah kamu ucapkan padanya. Walaupun kamu lupa apa yang kamu bicarakan namun ingatannya masih pada kata-kata tersebut. walaupun kata yang kamu bicarakan itu menyakiti dan melukakannya atau memberi harapan untuknya tetap dia semat di dalam hatinya sebagai kata cinta dari kamu. kamu pasti lupa tetapi tidak pada orang yang mencintai kamu.
Ciri yang kesembilan ialah orang yang mencintai kamu akan belajar menggeari lagu-lagu kegemaran kamu dan segala yang kamu minati bahkan sehingga dia mungkin akan meminjam CD milik kamu. Hanya kerana mahu mendekati dan menguasai kegemaran kamu dia sanggup berhabis duit untuk itu. Bagi dia kesukaan kamu adalah kesukaannya walaupun sukar baginya meminati kesukaan kamu pada awalnya tapi pada akhirnya dia akan berjaya.
Ciri yang kesepuluh ialah jika kali terakhir kamu bertemu dengan dia dan keadaan kamu kurang baik kerana dijangkiti selesema ataupun batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon kamu untuk bertanya tentang keadaan kamu. Segala perbuatannnya yang prihatin kerana dia bimbangkan tentang kamu dan sentiasa peduli segala perkara tentang kamu.
Ciri yang kesebelas ialah jika kamu menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian tersebut berlangsung dan masanya agar dia dapat menghantar SMS sebagai perangsang semangat pada kamu. walau kamu merasakan itu tidak penting tapi padanya ia sangat penting kerana dia merasakan dia sentiasa ada untuk kamu.
Ciri yang keduabelas ialah orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin pada kamu hanyalah barang biasa yang tidak berharga. Padanya barang tersebut sangat-sangat istimewa dan berharga.
Ciri yang ketigabelas ialah orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika bercakap dengan kamu dalam telefon dengan kamu sehingga membuatkan kamu menjadi binggung. Pada hakikatnya dia sebenarnya sedang merasa gugup kerana panggilan kamu telah menggegarkan dunianya.
Ciri yang keempatbelas ialah orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan setiap saat masanya hanya bersama dengan kamu. Baginya hanya kamu yang menjadi penawar dan duka hatinya.
Ciri yang kelimabelas ialah jika ditakdirkan suatu masa kamu harus berpindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan kamu nasihat supaya kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh tidak baik pada kamu. Dia sangat bimbang dengan kamu kerana terpaksa berjauhan.
Ciri yang keenambelas ialah dihatinya dia benar-benar takut untuk kehilangan kamu kerana baginya kamu adalah segalanya. Walaupun kamu jauh di mata tetapi kamu tetap dekat dihatinya.
Ciri yang ketujuhbelas ialah orang yang mencintai kamu akan bertindak seperti saudara bukan seperti kekasih. Dia lebih mengambil berat tentang kamu jauh dari saudara kamu sendiri.
Ciri yang kelapanbelas ialah orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara yang membuatkan dia nampak sengal seperti menelefon kamu sebanyak 100 kali dalam masa sehari. Atau dia mungkin akan mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Pada hakikatnya dia sedang memikirkan kamu pada ketika itu.
Ciri yang kesembilanbelas ialah orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu. Dia akan melakukan hal-hal yang akan membuatkan kamu pening kepala. Pada ketika kamu menyatakan perasaan tidak suka kamu dengan tindakannya dia akan memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Ciri yang keduapuluh ialah jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan mengajar kamu dengan penuh sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia. Dia akan merasa begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan tersebut.
Ciri yang keduapuluhsatu ialah jika kamu melihat hanphone-nya maka nama kamu menghiasi sebahagian besar inbox-nya. dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun telah dikirim oleh kamu berbulan-bulan atau bertahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala yang diberikan oleh kamu menjadi benda yang berharga buatnya.
Ciri yang keduapuluhdua ialah jika kamu menjauhkan diri daripadanya atau kamu menyatakan reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu akan membunuh hatinya.
Ciri yang keduapuluhtiga ialah jika suatu saat kamu merindukannya da ingin memberinya kesempatan dia akan ada untuk meninggu kehadiran kamu itu. Ketika ini dia tidak pernah mencari orang lain sebagai pengganti kamu tetapi masih menanti kamu.
Ciri yang keduapuluhempat ialah orang yang begitu mencintai kamu tidak akan pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahuinya. dia tidak mahu membebani kamu dengan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu dia akan pergi tanpa menyalahkan kam kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Ciri yang terakhir ialah dia akan sentiasa mencintai kamu biarpun kisah cinta antara kamu dan dia telah lama berlalu. Dia akan sentiasa mengingati kamu biarpun kamu telah melupainya dan dia akan sentiasa mengingati kenangan bersama kamu sampai akhir hayatnya.
0 comments:
Post a Comment