Thursday, November 4, 2010
~~pinjamkan waktumu buatku seketika~~
embun pagi
kau sering mengiringi air mata ini
tiap kali ia mengalir
kau mengesat kedukaan itu
wahai bintang malam
ku ingin insan lain memahamiku
ku ingin benar diri ini disayangi
bukan lagi disakiti
kerana…
kehidupanku tinggal sesingkat waktu
ku ingin gembira selalu
oh bulan harapan
bantulah aku dengan suluhan cahaya mu
berikanku santapan naluri bahagia
tenangkan duka di hati
biarkan suram itu pergi
tapi mengapa??
bulan dan bintang
hidupku tak seindah sinarmu
hatiku tak setenang cahayamu
jiwaku tak secerah sinarmu
hanya silau yang terbias dalam perjalananku….
wahai dunia
ku ingin kau selami hatiku
ku ingin kau fahami jiwaku
kau ikut tiap lirik kataku
ku cuma pinta
masamu sesingkat cuma
curahkan kasihmu untuk ku sebentar
biarkan aku bahagia seketika
sebelum pergi selamanya……….
Posted by puteri aleesya natasha at 8:08 PM
Labels: puisi/poems
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment