BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 26, 2010

~~hari ini tanpa semalam~~


Semalam telah berlalu pergi
Hari ini mendatang lagi
Sarat dengan kelukaan di hati
Penuh luka yang berselirat dalam diri

Kenangan ku lalui semalam menghantui lagi
Saat aku cuba melemparkannya pergi
Walau ku cuba mencorak dunia ini
Ternyata semalam masih bersekongkol dalam hati

Haruskah semalam ku ingati
Sedangkan semalam penuh dengan duri
kutelusuri semalam lagi
Ku lihat dua jiwa dalam satu hati
tapi kenapa bukan pada hari ini?

Jika semalam kita seperti lelayang
Terbang seiringan di angkasa awan
Tapi hari ini kita tiada lagi bersama
Menongkah birunya awan asmara

Jika semalam perlu ku ingati
Apakah semalam adalah realiti?
Jika semalam perlu ku selak lagi
Haruskah aku lakukan sepanjang hari?
Jika semalam kenyataan hakiki
Mungkinkah semalam perlu ku akhiri?
Hari ini tanpa semalam
Mungkinkah akan terjadi?

9.54am...Flat Bukit Angkasa

Monday, December 6, 2010

~~debaran interview Pensyarah/Guru MARA~~the tipsss


uissshhhh...makin berdebar-debar plak...padahal baru jew dapat tahu..hurmmm....kredit to Abang Zaim and Abang Zamri and Kak Mastura my seniour coz give me some tips for the interview...berdebar gila..xterjangkau dek akal...

Abang Zaim cakap dia akan tanya soal pengalaman mengajar...hu8..xpernah ada pengalaman lagi nie...layak kew aku??..hahah...soalan lain yang bakal di tanya tentang pendapat kita soal pendidikan...hurmm apa la pendidikan tu eh..ada ke sal falsafah pendidikan negara...hu8..kena baca balik la jawabnyer...lain-lain soalan tentang apa itu MARA...hurmmm nak kena hafal lak..nie bnda yg pling lemah nie...lagi abang Zaim ckap sebab kenapa kita nak mengajar di MRSM....nak bagi sebab apa yer??....paling lemah nie la...kena speaking bahasa inggeris dengan panel tiga orang tu..aduyai..dah la english semua broken2 jerk...lemah2...last kali akan di tanya sedikit sal tatabahasa..tatabahasa tu luas..mn satu la nak tnyer..hurmm..hafal lagi...last jugak must be confident...


Abang Zamri punye tips lak cakap kena tahu tentang isu-isu semasa...isu semasa tentang bahasa kew isu semasa tentang masyarakat...hurmmm..xdiperincikan..susahnyer...lagi satu abang Zamri cakap kena tahu macam mana nak jadi guru yng terbaik...hurmm..ciri-ciri guru yang baik cmne yerk...uisshhh..pkirkan..

Tips Kak Mastura pulak tahu bagaimana nak mendapatkan minat student mempelajari sastera dalam komsas...Kak Mas kata cakap je yang cikgu perlu tahu macam mana nak bersajak, bergurindam,n bersyair...dengan tu baru student faham...Kak Mas juga bagi tips panel tu akan tanya bnda yang slain bnda-bnda di atas...dia akan tanya tentang sekolah dulu...guru yang paling kita suka dan kenapa kita pilih guru tu......kak Mas kata klau dia bagi chance kita tanya dia soalan..tanya soalan sampai dia suruh berhenti bertanya...

berdoa dan bertawakal lah..hu8..smga semuanya akan berjalan dengan lancar...amin...



~~3rd interview Pensyarah/Guru Mara~~


Fuhhh...penantian yang dinanti akhirnya berakhir juga hari nie...hurmm xsangka berjaya jugak ke temuduga ketiga pengambilan pensyarah/guru MARA..alhamdulillah...syukur Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan ini..terima kasih mak,abah,along,angah,adik,cyunk,n kengkawan yg mendoakan kejayaan nie..terima kasih semua...bahagianyer rasa setelah berpenat sebelum nie untuk microteaching....alhamdulillah...sekarang perlu bersedia untuk ke tahap yang seterusnya...masih nervous kerana tidak tahu apa yang bakal ditanya nanti...sukar ataupun tidak...hurmmm...takut pulak terasa untuk ke temuduga tu 13 Disember 2010 nanti...harap semuanya akan berjalan lancar...persiapan sijil belum dibuat...sedang cuba untuk bertemu dengan Sifu untuk mendapatkan cop dan tandatangan pengesahan..harap Sifu tidak sibuk...berdoa segalanya akan berakhir dengan baik..amin.....



BAHASA MELAYU  
13.12.2010 ISNIN 
11.00 PAGI  
TINGKAT 20, BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN (MENENGAH) IBU PEJABAT MARA, JALAN RAJA LAUT 50609 KUALA LUMPUR.
 


Sunday, December 5, 2010

~~Pungguk dan Bulan~~

 

 Ku  mulai mendengar suara pungguk memuja sang bulan......Merdu betul iramanya...Indah benar ritmanya..Mendayu-dayu berirama teramat merdu......Beralun-alun bingkisan kata yg diatur sang pungguk.....Seandainya Sang Bulan mampu mendengar rintihan itu sudah pasti sang bulan kan turun keribaan.....Pasti wujud cinta yang tak mungkin diwujudkan

Malam ini ku masih mendengar alunan ritma merdu sang pungguk merayu-rayu sang bulan......Indahnya bahasa yang diukirkannya.....Lembut dan lemah sahaja...Berentak-rentak dalam alun yg lembut...Betapa setianya pungguk menunggu bulan......Seandainya wujud cinta dunia sesetia cinta ini mesti ianya indah..

Seperti malam-malam lalu.....Malam ini aku mendengar lagi kicauan sang pungguk...tapi.....kemerduannya hilang..Ritmanya timbul tenggelam.....Apakah mungkin Sang pungguk sudah berputus asa.....Memujuk rayu pada Sang Bulan yang dipuja......Apakah mungkin Sang Pungguk keletihan atau dilanda kesakitan.....

Seperti biasa.....Malam ini aku ke sana lagi......Mencari-cari Sang Pungguk bernyanyi lagi.....Ternyata ianya terus sunyi.....Tiada ku dengar ia bernyanyi.....Ke mana Pungguk telah pergi.....Apa mungkin ia bermigrasi.....

Esoknya ku ke sana lagi.....Masih aku mencari-cari....Terlalu rindu mendengar  desir suaranya.....Tetap masih lagi hampa......Aku nanti dan masih menanti dan berhari-hari kuulang menanti.....Sang Pungguk tetap tak kembali....Malam ini aku kembali.....Aku memandang ke langit.....Kulihat bulan tiada cahaya.....Seperti merindu sang pemuja....Kesedihannya dapat ku rasa.....Pada akhir baru kusedar.....Sang Pungguk kembali kepada pencipta..

Begitu berakhir cinta Sang Pungguk yang memuja-memuja.....Pada akhir dia tak berdaya.....sperti juga kita dilamun cinta.....Di akhir usia berpisah akhirnya.....Menghadap pencipta yang pastinya kita milik dia....

 

Saturday, December 4, 2010

~~puisi cinta itu~~



Firdiana, gadis kecil molek yang lincah dan bersahaja.  Dia kelihatan segak bertudung walaupun sediikit seksi jika dilihat dari  luaran.  Pelbagai persepsi dan pandangan singgah di telinganya setiap kali dia mengenakan pakaian mahupun 'make up'.  Tubuhnya yang genit memudahkannya bergerak aktif ke sana sini tanpa batasan.  Disebabkan sikapnya yang bersahaja dia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.  Ramai hati kumbang yang tertarik padanya dan ingin memilikinya. Namun, daripada berjuta yang menggaguminya hanya satu yang terikat di hatinya.
Lima tahun lalu, bibit-bibit cinta mula hadir dalam diri ratu yang kesunyian ini setelah hadirnya putera idaman.  Lirikan cinta antara dua merpati ini telah menyatukan mereka.  Percintaan yang bermula dari satu pergaduhan kecil membawa mereka jauh ke alam cinta yang realiti.  Kebahagiaan mula bertandang dalam jiwa Firdiana menggantikan luluhan perasaan sedih yang ditanggungnya selama ini. 
"Woi!!!! tepilah..tak nampak  orang nak lalu ke????Dah ler badan besar macam gajah..jalan pulak terhegeh-hegah.blah-blah lah," bentak Firdiana kepada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghalang jalannya. Mereka merupakan pelajar baru tingkatan enam rendah Sek. Men. Keb. Baling.  Suara tinggi firdiana menyebabkan mereka merasa tercabar.  "Suka hati kitaorang lah nak lepak mana pun..Jangan sibuk bleh ak??.  Satu pergaduhan kecil mula melanda menyebabkan perhatian pelajar lain mula bertumpu ke arah Firdiana dan kumpulan pelajar lelaki itu.  Muka kecil Firdiana mula kelihatan merah padam, malu.  Sedang dalam pergolakkan itu, masih sempat Firdiana mengerling ke arah pelajar lelaki yang sedang berkonflik dengannya.  Tiba-tiba, jantungnya berkocakkan, menderu angin memberontak di dadanya seakan-akan ada satu perasaan sedang mencubit hatinya.  "Ahhh…apa yang terjadi kepada aku??Kenapa ku rasa seakan-akan ada perasaan yang lain terhadapnya??Perasaan yang sudah lama kutinggalkan menjengah lagi.  Kenapa ia datang lagi??" hati kecil Firdiana mulai tertanya-tanya.  Dia seolah-olah takut menghadapi perasaan itu. Dia seolah-olah ingin lari jauh dari naluri yang dirasakannya itu. 
Tiba-tiba satu tamparan yang perlahan hinggap di belakangnya.  Lamunannya sebentar tadi terhenti.  Bisikan yang perlahan menderu di telinganya. "Apa yang dimenungkan tu sayang??bisik  Faris ke telinganya.  Firdiana yang jauh di bawa khayalan kelam kabut memperbetulkan situasi saat itu.  Firdiana membalas pertanyaan tunangnya dengan nada yang perlahan, "Tak ada apa-apa lah sayang, cuma sedang mengagumi anugerah yang Tuhan ciptakan".  Senyuman yang lebar dilemparkan ke arah tunangnya.
Faris merupakan rakan kelas Firdiana dan mereka sering bertikam lidah. Namun, disebalik konflik antara mereka ada benih-benih cinta yang mulai tersemai.  Dari pergaduhan bertukar kepada percintaan.  Tunas-tunas cinta antara mereka mula berpaut di hati saat kedua-duanya melafazkan kalimah cinta yang terbuku di sanubari.  Saat itu mereka seolah-olah dibayangi oleh keindahan yang dirasakan berpihak di jalan mereka.  Bersertakan restu dari kedua pihak keluarga akhirnya mereka disatukan di bawah payung pertunangan.  Faris dan Firdiana saling mencintai dan ikatan cinta antara mereka begitu teguh sehingga tidak boleh dileraikan.  Buih-buih kemesrasaan ini berkekalan hingga kini.

***
Ruang kecil di dalam rumah kelihatan sayu dan suram.  Tiada lagi kemeriahan yang hinggap di dada penghuninya.  Berita mengenai Firdiana mula membasahi naluri setiap insan yang menyanyanginya.  Air mata penghuninya menggantikan hujan yang sedang mengalir di luar.  Mereka seolah-olah tercampak teperosok ke dalam kebuntuan yang tak berhaluan.  Sesungguhnya perkhabaran itu membunuh kegembiraan yang selama ini tidak pernah kosong dalam hati penghuninya. 
Berita yang tidak disangka singgah ditelinga Mak. Seakan-akan ingin pitam dan pengsan setelah mendengarnya.  Luruh dan luluh perasaan yang menguntum selama ini.  Air mata mula membahasahi pipi orang tua itu.  Lemah longlai tubuhnya sehingga terjelupuk ke sisi dinding.  Abah mula kelihatan bingung melihat keadaan mak.  Telefon yang erat dipegangan mak diragut abah dengan pantas.  Abah mula menitiskan air mata ketika menyambung panggilan itu.  Yang terdengar hanya kata "subahanallah".  Dengan perlahan abah melepaskan telefon itu, lalu tanpa bicara abah memeluk erat tubuh mak.  Berderai air mata keduanya yang hanya beralaskan kesabaran.  Kemudian terdengar pekikan dan raungan meronta dan merintih di bilik berdinding konkrit.  Air mata mula berkolam di rumah dua tingkat itu.  Sepi kian berlabuh bersama tirai kesedihan.  Kesunyian rumah itu dihentikan sejenak dengan bicara Adek. Adek memekik dan berteriak  mencari mak. Dengan suara yang bersahaja Adek mula bertanya kerana dia buntu melihat mak yang berada di dalam pelukan abah.
"Mak, apa yang terjadi??Kenapa semua orang menangis??Kenapa Mak??Kenapa??.  Dengan lembut dan petah mak menarik adek menghampirinya.  Perlahan-lahan mak membuka mulut untuk berbicara namun lidahnya kelu tak bersuara.  Adek  kelihatan bingung dengan reaksi Mak.  Mak sedaya upaya cuba berbicara. "Adek, Achik dah tinggalkan kita. Achik dah pergi tinggalkan kita." Sejurus selepas itu suasana kembali gamat.  Suara tangisan jelas kelihatan di wajah-wajah insan tersayang. 
***
Penderitaan yang ditanggung Firdiana berakhir saat ini.  Penderitaan yang ditanggungnya selama ini berakhir bersama usungan air mata keluarga dan tunang yang tercinta. Kesakitan yang ditanggungnya sejak dari kecil kini berkesudahan akhirnya.  Satu tahun yang lalu merupakan detik paling perit yang pernah dialami olehnya.  Kegirangan yang selama ini terserlah diwajahnya bertukar sedih.  Penyakit yang disangkanya tak berpanjang kini mengundang maut kepadanya.  Mengimbau kembali saat melihat keputusan pemeriksaan kesihatan fikirannya buntu.  Penerangan yang diberikan doktor bercelaru, mengusutkan mindanya.
"Awak, saya harap awak sabar dengan kehendak ilahi.  Setelah pemeriksaan dijalankan awak disahkan menghidap komplikasi jantung dan disahkan sebagai penghidap leukemia tahap akhir.  Saya bersimpati dengan apa yang awak hadapi," tutur Doktor  Lucy dengan nada yang perlahan dan penuh simpati.  "Masa yang tinggal buat awak hanya enam bulan sahaja lagi.  Saya harap awk akan terus menjalani rawatan," bisik Doktor Lucy perlahan penuh hati-hati agar hati Firdiana tidak terusik.  Hati yang mendengar dan menanggung lebih perit dari yang menyatakan. Bercucuran air mata membasahi pipi saat itu. Dada Firdiana kian sebak parah dan pedih terluka dengan cabaran yang terpaksa dilaluinya.  Dia tetap pasrah.  Pasrah dengan takdir ilahi.  "Saya harap doktor dapat merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga dan tunang saya.  Saya tak mahu lihat kesedihan di wajah mereka," mohon Firdiana dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak yang melanda di dada.
Hari demi hari dilalui bersama rahsia yang terbuku di hati.  Muka riang kian pucat lesi tanpa setitis darah.  Kimoterapi, scanner dan x-ray setiap hari dilalui.  Pelbagai perubahan yang terjadi namun tetap tak berhasil.  Rambutnya yang lebat kini tinggal beberapa helai kesan kimoterapi yang dilalui.  Wajahnya tak lagi segirang dulu.  Tindaknya tak lagi selincah dulu.  Dalam saat rawatan satu puisi Firdiana utuskan buat insan yang tersayang.  Saat itu dia berada di saat kritikal.  Nyawanya kini hanya berada dihujung tanduk.  Maut sedang melambai-lambai memanggilnya mengikuti jejak. 
***
Kedengeran bunyi motorsikal yang menderum kuat di luar rumah.  Sepantas angin motor itu menghilangkan diri.  Tanpa berfikir panjang Faris berlari ke luar rumah menghampiri peti surat.  Warkah yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.  Dengan perasaan yang penuh kegembiraan Faris melabuhkan pinggulnya dan menghenyak ke sofa sambil dengan pantas tangannya membuka surat yang baru diterimanya.  Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling Faris khusyuk meneliti tulisan itu.  Tiba-tiba Faris mengalirkan air mata. Pipinya mula dibasahi terjunan air yang putih bersih dari matanya.  Warkah itu membawa khabar hiba kepadanya.  Faris kembali menatap warkah itu, satu puisi yang terungkap.  Betapa waktu ini tersentaknya batin dan naluri Faris dengan kepiluan dan kesedihan yang teramat mendalam.

PUISI BUATMU SAYANG
Sayang…
Andai saat ini ilahi memanggilku
kembali,
Ku harap kau tabah menghadapi,
Detik-detik dan liku hidup ini,
Kerana…
Aku tak mungkin lagi berada disisimu,
Aku tak lagi dapat mengusap wajah
manjamu itu,
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai
tanganmu,
Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu
dengan..
Tinta-tinta kerinduan,
Warkah-warkah kasih sayang,
Irama-irama kesyahduan,
Bait-bait puisi riang,
Dan baris-baris kenangan yang pernah
kita simpulkan…..

Sayang…..
Andai saat ini saat terakhir aku di
sisimu…
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu,
Izinkan aku mencuit senyum manja,
Izinkan aku selami hatimu,
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu,
Biarkan sisa hidup ini dengan ku tabur
sedetik bahagia,
agar…
Kau takkan mudah melupakan aku,
Kau tak mudah tinggalkan cintaku,
Tak mudah kau usir rindu yang
bertandang saat ini,
Biar ia menjadi sejarah yang tak
mungkin kau lupa,
Cukuplah sehingga kau belum
berpunya…..

Sayang….
Andai masa sudah mengakhiri,
Andai saat yang dinanti tiba di hati..
Ku harap kau rela membiarkan ku pergi,
Ku harap kau dicucuri rahmat dari
ilahi,
Sentiasa bahagia dan hidup ceria,
Akan ku lihat kau dari jauh,
Jangan lupakan aku biarpun kau dah
berpengganti..
Hulurkan doamu padaku tiap malam agar
aku bisa mendengar lagi,
Suara merdumu,
Hadiahkanku bacaan yasin dan doa,
setiap kali kau akhiri tututan mu
sayang…….
***

Faris menerima khabar pemergian tunangnya dengan pasrah.  Namun, disebalik kepasrahan itu hanya dia yang mengerti betapa dia amat merindukan kekasihnya. Terpapar kesedihan di raut wajahnya yang pilu dan kehampaan. 
"Sayang, kenapa pergi tinggalkan Faris keseorangan di sini?? Dulu kita berjanji untuk sehidup semati dan menjalin cinta seabadi.  Kenapa rahsiakan semua ini daripada Faris?? Kenapa sayang??"  bisik hati kecil Faris.
Kedengaran bunyi bacaan yasin yang bersahutan.  Rumah yang tadinya sunyi kini riuh dengan nyanyian irama Yasin dan bacaan al-Quran.  Sekujur tubuh terbaring diselimuti kain putih.  Hanya kain putih yang menyelubunginya.  Sayup kedengaran bunyi tangis anak kecil yang meratapi pemergian ibu saudaranya.  Anak kecil yang masih tak mengerti apa itu kematian.  Bertambah sebak jiwa Faris mendengar sayup-sayup suara Hakimi memanggil mummy supaya bangun dari tidurnya.
"Mummy, bangun lah.  Jangan tidur lagi.  Abang rindu mummy ni.  Hakimi janji tak nakal-nakal lagi.  Bangunlah tengok Hakimi," Hakimi membentak, mengoncang tubuh yang sudah kaku itu. Ditarik-tariknya kain yang menyeliputi tubuh itu.  Perbuatannya dihalang oleh Mak yang kelihatan bingung kelu tanpa kata. 
Angah dan Along dari tadi tak henti-henti  membaca kitab Allah buat Achik yang telah pergi bersama linangan air mata.  Sanak saudara dan jiran tetangga berkunjung tanpa henti.  Sahabat handai datang silih berganti.  Ucapan takziah tak lekang dari cuping telinga ini.  Mendayu-dayu sehingga melirik hatiku menggamit memori saat bersama dia dulu.  Saat yang terindah dalam hidupku.  Faris berbicara mengenang kembali nostalgia bersama tunang yang tercinta.
Saat indah bersamanya tak akan pernah ku lupa.  Kenangan bersamanya di tepian pantai begitu indah tercipta.  Melihat wajah girang ratu haitku berkejaran ke sana sini lari-lari anak cukup mendamaikan.  Gelak tawa dan senyuman yang diukirnya persis kejora.  Lambaian tangannya seakan-akan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.  Lambaian itu menggamit aku mendekatinya.  Begitu indah saat itu sehingga sukar untuk kugambarkan.  Deruan ombak menerjah dasar pantai seakan-akan akur melihat kami bermadu kasih.  Ombak itu seolah-olah sedang menyanyikan lagu asmara mengiringi kami menatapi senja.  Ku rangkul erat tubuhnya dipelukku.  Menghabiskan masa senja bersama mengamati keindahan warna dunia.  Warna yang menghiasi cinta kita.  Tapi...tak tersangka itu semua hanya sementara, kau pergi tinggalkan aku akhirnya.  Faris terus melayan perasaannya.  Mengenang memori indah tika bersama insan tercinta. Memori yang abadi dan tak terbeli.  Wajah Faris yang tadinya tersenyum kecil bertukar suram dan sepi.  Air jernih mula membasahi.  Dia teringat tutur bicara terakhir bersama tunangnya.  Bicara yang menghentam jiwanya sehingga parah dan luka yang tak berdarah.  Kepiluan menyelubung saat itu.
Masih terngiang-ngiang difikiran Faris permintaan terakhir Firdiana.  Permintaan yang begitu menggigit perasaannya.  Permintaan yang membunuh impiannya.  Permintaan itu benar-benar mengganggu tidurnya. 
"Sayang, andai sesuatu terjadi nanti.  Ayang pohon supaya abang terima segala suratan itu dengan pasrah dan jangan mengalirkan air mata untuk itu.  Satu lagi, ayang mohon abang jangan lupakan ayang dan jangan lupakan cinta kita.  Ayang dah tak lama kat sini.  Nantikan…abang kena jadi salah seorang yang usung jenazah ayang tau.  Abang tolong tengok-tengokkan mak dan abah kalau ayang dah tak sempat.  Abang jaga Hakimi tau.  Jaga dia macam anak abang sendiri.  Bila dia besar nanti abang bagitau Mummy dia sayang sangat-sangat kat dia.  Jangan lupa kucup dahi Hakimi untuk ayang setiap hari," bisik Firdiana dengan perlahan sambil menahan air mata dari terus mengalir.  Suaranya teramat perlahan dan tersekat-sekat menahan nafas untuk terus berbicara.  Itulah kata-kata terakhir yang mengiringi pemergian insan yang disayangi Faris.  Kata-kata itu mengalir dalam jiwa dan tidak kelihatan di pandangan mata. Menerajang ruang jiwa, madu kasih  Faris tidak kesampaian.  Faris amat terkilan dengan pemergian tunangnya. Impiannya yang selama ini terbina terburai sehingga menampakkan segala usus yang ada di dalamnya, kosong.
***
Memenuhi permintaan terakhir insan tercinta, Faris mengusung jenazah di bahagian hadapan bersama Abah dan Adek.  Langkah kaki seakan-akan longlai tak bertenaga diselangi dengan bacaan al-Fatihah. Dengan langkah yang perlahan jenazah di bawa ke perkuburan.  Selesai upacara pengebumian Tok Imam membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan doa diselangi dengan talkin yang sayup-sayup mendayu.  Melihat tanah kubur yang merah, aku kembali sayu.  Langsung tidak kelihatan keceriaan diraut wajah Mak dan Abah. Terdengar lagi pekikan Hakimi tak membenarkan Mummynya dibawa pergi tadi.
"Jangan!!..Jangan ambik Mummy abang..Mummy tidur ja tu.  Nanti Mummy bangun lah. Jangan lah usik dia. Mummy penat tu. Jangan bawak Mummy pergi jauh.  Nanti sapa nak temankan abang main??.  Sapa nak bawa abang pergi taman?? Abang nak Mummy."  pekikan Hakimi semakin kuat. Dia menarik seluar Abah dan berpaut rapat di kaki Abah, tak membenarkan Abah pergi.  Ikatan pelukan Hakimi dilonggarkan oleh Mak.  Mak memujuk Hakimi supaya berhenti dari memekik.  Berserta dengan pemergiaan jenazah, Hakimi menangis teresak-esak melihat insan yang menyayanginya dibalut dengan kain putih dan dibawa pergi. Aku tak akan pernah lupakan pekikan itu.
Sudah setahun berlalu, namun aku masih tak dapat lupakan dia.  Dia benar-benar istimewa di hatiku. Kenangan bersama dia tak pernah lekang dari ingatanku.  Sejak pemergiannya, aku sentiasa melawati pusaranya.  Bersama di pusara sudah cukup buat aku untuk terus menempatkannya di hati ini.  Setiap kali aku melahirkan kerinduan, kerinduanku hanyalah padanya. Senyumku kini tak seghairah bersamanya dulu.  Aku tak pernah lupa menunaikan janjiku padanya dulu. "Sayang, Mak dan Abah sihat.  Hakimi juga sihat.  Mereka semua rindukan sayang.  Kenapa sayang tinggalkan dunia ni terlalu awal?? Abang masih memerlukan kasih sayangmu.  Abang masih ingin lihat gelak tawa mu yang riang.  Abang masih tak dapat mencari kekasih yang seiras wajahmu, secantik bicaramu, seindah hatimu." Konflik ini tak henti-henti menerajang benak hati dan fikiran Faris biarpun peristiwa ini telah setahun berlalu.  Baginya, Firdiana akan terus kekal dalam hatinya dan akan terus menjadi ratu cinta hatinya.  Cinta itu baginya tak akan lenyap.  Dia bertekad akan menamakan anaknya nanti seiring nama Firdiana.  Dia akan menamakan anaknya dengan nama Puteri Firdiana Rabiatul Amanda Shifa'. 
Faris masih memegang segulung kertas hadiah daripada tunangnya di hari pertunangan mereka.  Kertas itu tak pernah ditinggalkannya sejak Firdiana pergi.  Segulung kertas itu begitu berharga.  Tercoret puisi buatnya yang lahir tulus ikhlas dari hati insan yang menyayanginya, tapi Allah lebih menyanyangi insan itu. Itulah satu-satunya harta yang dimiliki Faris.  Harta yang tak mungkin Faris lemparkan malah untuk  merenyukkannya juga Faris tak ingin.  Begitu kuat cinta antara Faris dan Firdiana sehingga dia sanggup membiarkan dirinya dibasahi hujan dan panas asalkan dapat menjaga pemberian itu.  Teguhnya cinta Faris seteguh cinta Balqis pada Sulaiman.  Cinta itu berkekalan dalam hatinya sehingga maut yang mendatanginya.  Sesungguhnya Faris amat menyanyangi insan yang telah pergi itu. insan yang  terlalu istimewa baginya.  Insan yang bernama Puteri Rabiatul Amanda Shifa'. Puteri permaisuri raja dihatinya.

MOHD. DANIEL FARIS
Khas Buatmu Insan Tersayang.
Mohd Daniel Faris,
Aku mencintaimu,
Kau bawa seribu kebahagiaan,
Kau suluh sinar harapan,
Kau satu dalam seribu,
Kau teman hidupku,
Kau kekasih hatiku.

Mohd Daniel Faris,
Fikirku hanya wajahmu,
Coretku hanya untukmu,
Bahagiaku hanya denganmu,

Danielku sayang,
Kau ibarat sinar,
Tiba tika kegelapan,
Menerangiku setiap saat,
Kau membunuh impian palsuku,
Membancuh impian baru,
Menghapus khayalan mimpiku,
Membentuk mahligai baldu,
Menanam rumput syahdu,
Menyanyi lagu rindu.

Mohd Daniel Faris,
Kau kegembiraan ku,
Kau kehidupan ku,
Ingin ku bina istana kaca bersama mu,
Ingin ku layari bahtera cinta,
Inginku kongsi suka dan duka.

Mohd Daniel Faris,
Kau suami dalam jiwaku,
Kau penyeri dalam hidupku,
Kau segalanya bagiku.

Mohd Daniel Faris,
Impianmu meragut hatiku,
Memecah kekebalan,
Agar mencintaimu,
Terima kasih sayang,
Atas pengorbananmu.


BEBERAPA KETIKA…..

Beberapa ketika ...
Kini tinggal buat kita..
Aku tak ingin dan kucuba adilinya..
Ku ingin putar..
Putarkan orbit-orbit cinta
Dalam jiwa kita
Sebelum kita saling melupa

Perpisahan…
Bukan untuk seketika
Mungkin tuk slamanya
Sayang..
Benarkan 
ku anyam  mimpi dipeluk
kusisip janji dihatimu
ku selit cinta dijiwamu
dan..
kukuntum  kasih disenyum mu
sayang,
sebelum mengakhiri
ingin ku nyatakan hasrat hati
sesungguhnya aku..
mula mencintai
mula menyayangi
mula mengasihi
dan tak ingin melepaskanmu pergi
sebenarnya..
ku telah jatuh hati……

sayang,
cintaku padamu suci
sesuci cinta abadi
tak mampu ku realiti
tak mungkin ianya terjadi
ku mungkin kan pergi
secepat sisip angin pagi
tinggalkan kau di sini
jangan mengharapkan ku kembali
kerna aku tak ada lagi


~~mimpi yang pergi~~


Sayu rasa hati memandang ke langit biru
Sedang jiwa berselerak dengan untaian rasa
Dibidas-bidas birai jendela hati
Terlukanya di rasa saat ini

Tertitik manik-manik kecil jernih ke landai pipi
Terbalik memori menongkah masa realiti
Ianya terhenti
Memanjang fikiran mengimbau

Di danau ini kita pernah berlari-larian
Berkejar-kejaran dengan penuh riang
Ku melihat kau tersenyum girang
Indahnya pandangan mata saling bertentang

Sawah hijau itu masih terbentang
Cuma hijaunya sudah bertukar perang
Seperti cinta kita yg mengundur sebelum berperang
Rebah dibuai angin rentang

Seusai rumah usang yang ku diami ini
Seusai itu juga cinta binaan kita
Bertahun sudah berlalu
Namun memori itu masih terpaku

Suatu masa pernah pantai itu menjadi saksi
Untaian bicara janji yang kita mantera
Termeterainya bicara-bicara jiwa
Namun lenyapnya ditelan badai kerakusan kita

Menunggu masa berpatah semula
Ibarat menunggu senja yang tak tiba-tiba
janji yang kita bicara
Bersama-sama kita mengingkarinya

Akhirnya aku tersadai di sini
Bersama insan lain yang cuba ku tanam sedalamnya dalam hati
Agar aku bisa merelakan segalanya pergi
Ikatan yang tak mungkin terikat kembali

Ku cuba berdepan dengan realiti
Masing-masing punyai pilihan sendiri
Ku terus cekalkan hati
Melemparkan semua mimpi itu pegi...
16:39
singgahsana bukit angkasa.

~~LELAKI...antara cinta,dendam,kecewa dan air mata~~




Kata-kata kecil berbuku dihati terluah di sanubari.  Bersendirian menafsir kesalahan diri yang menjadi dosa terabadi.  Memegang dendam pada lelaki yang tak mempunyai hati.  Mengosongkan jiwa membalas segala erti luka dan tersiksa yang mengoncang jiwa.  Bisikkan kecil yang senantiasa berlegar dalam jiwa Natasha. 
31 Julai 2004
“Lelaki kau lah setan yang telah meragut segalanya daripada aku.  Kau benar-benar neraka bagi wanita seperti aku.  Ku telah bersumpah akan memusnahkanmu seandainya tibanya saat yang ku nanti itu.  Kau akan terus musnah di hadapanku. Itu janjiku pada dunia pendusta.  Kewanitaan ku yang kau cabut akan ku ganti dengan serakah nyawamu. Akanku pastikan itu berlaku.  Tunggulah aku dengan penantian yang akan memburumu dan membunuhmu…aku pasti kan tiba…
Secebis nota dari kamar diari Natasha yang mengharapkan pembalasan dendam terhadap lelaki.  Baginya lelaki tidak layak hidup di dunia kerana lelaki ialah binatang yang langsung tiada jiwa manusia malah sama sahaja dengan setan yang sentiasa menyesatkan manusia.  Pengalaman perit yang dilaluinya menyebabkan dia benar-benar membenci lelaki.  Lelaki pada pandangan Natasha tiada sebarang nilai dan harga sekalipun nyawa itu tercabut di depannya.
Sepuluh tahun yang lalu, Natasha ialah seorang gadis periang dan sangat mudah untuk didampingi.  Disebabkan sikapnya ini dia mempunyai ramai kawan dan disenangi oleh semua rakan-rakannya.  Perkenalan dia dengan seorang teman yang baru dikenalinya merubah dirinya.  Roxy kawan yang masih baru dengannya berjaya menjerat Natasha ke dalam dunia khayalan dan nyata yang selama ini menjadi impiannya.  Semakin hari semakin rapat hubungan mereka.  Mereka seolah-olah tidak boleh dipisahkan dan hidup seperti belangkas yang tak mengenal batas agama.  Janji yang dilafazkan oleh Roxy membenamkan segala reality kehidupan Natasha.  Kasih sayang yang diimpikannya dari kecil kini terbayar dengan kehadiran Roxy.  Ternyata dia telah hanyut ke dunia yang akan menempahkan dia tempat di neraka Tuhan.  Sejak itu, Natasha dan Roxy hidup bagai suami dan isteri.  Kehidupan yang penuh penyimpangan.
Keindahan itu tak berpanjangan.  Kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka sebagai kekasih baru Roxy telah melenyapkan impian dan kepercayaan Natasha.   Jiwa Natasha berdarah dan penuh dengan ulat dendam.  Marahkan dirinya yang bodoh dan hina mempercayai cinta songsang yang dari awal tak mendatangkan balasan tetapi menempatkannya di neraka.  Penyesalan dalam diri tidak dapat mengembalikan pandangan masyarakat terhadapnya.  Kehidupan yang dilaluinya selepas itu lebih perit dan sakit.  Kehidupan yang penuh dengan nanah berdarah.
Sejak itu dia sering bersendirian.  Menghabiskan masa dengan termenung di gigi  air di tepi pantai.  Termenung meneliti kesilapan masa silam yang tak dapat diperbetulkan. “Ya Allah, ku mohon keampunan dariMu maha Esa.  Aku sedar aku telah meninggalkan mu jauh dari lorong hatiku.  Ku telah salah dengan memilih lorong hitam itu.  ku pohon jalan dan petunjuk dari Mu tuhanku.  Berikanku jalan keredhaanmu itu dan suluhkanku nur cahaya keinsafan,”  hati kecil Natasha berbicara tika menghadap kekuasaan Yang Esa.
Sekilas pandang hati Natasha tiada yang mengerti.  Keperitan dan kesalahan yang telah dilakukan.  Berbulan bersendirian menghadapi masalah keseorangan dia mula putus asa dengan kehidupan.  Saat dia mula hanyut dengan keputusasaan, hadir seorang jejaka yang mencuci kelukaan.  Dalam saat semua orang membenci, kehadiran Aiman benar-benar membalut luka yang berdarah di hati Natasha.
“Assalammualaikum..dah beberapa hari saya perhatikan saudari.  Kenapa saudari bersendirian di sini?.  Boleh saya bantu saudari atas dasar sahabat.” dengan lembut Aiman menutur kata bicra.
“Waalaikummussalam” Natasha membalas dengan lembut hinggakan seakan tidak bersuara sambil mengalihkan pandangannya ke arah Aiman.  Tanpa sepatah bicara Natasha melabuhkan kepalanya ke atas bahu Aiman yang sedia ada di sisinya.  Dengan lembut dan syahdu Natasha menerangkan segala yang terjadi ke atas dirinya.  Seakan-akan bebas dirasakannya, bagai membuang batu ke lautan.  Aiman benar-benar mamahami apa yang diluahkan kepadanya.  Keakraban antara mereka kian terjalin sejak detik itu.  perasaan teman bertukar kepada kasih.  Mereka mula membina rumpun percintaan dan kasih sayang.  Bahagia mula membayangi kehidupan Natasha.
Malam itu menjadi penamat cinta Natasha.  Sesungguhnya dia benar-benar diperdaya.  Keluhuran cinta yang disangkanya huluran bahagia bertukar menjadi titisan air mata.  Dia termakan kata lelaki pendusta.  Dalam sekelip mata mahkota yang menjadi maharnya diragut jantan durjana.  Malam itu menitikkan noktah dendam dalam jiwanya. Masih terniang-ngiang kata bicara Aiman pada malam itu.  kata durjana setan berupa manusia.
“Sayang, kita dinner kat luar ye malam nie.  Aiman ader surprise untuk awak.” Aiman bertutur bicara dengan manis.
“Ok sayang.  Tasha ikut jew.  Apa surprised tu sayang?. Boleh Tasha tahu?.” Natasha membalas dengan girang mengharapkan malam yang indah. Aiman tersenyum kecil dan berdiam diri tanpa bicara dan tidak menjawab pertanyaan Natasha.  Dia hanya mengerlipkan mata dan ketawa kecil seketika.
Makan malam yang diharapkan indah menjadi kisah buruk hidupnya.  Rupanya Aiman mempunyai niat yang sebaliknya saat berbaik dengan Natasha.  Tanpa diketahui Natasha, Aiman telah meletakkan sedikit serbuk ubat tidur dan dadah di dalam minuman Natasha ketika dia ke tandas. Malam itu mengenalkannya siapa diri Aiman yang sebenarnya.  Dia benar-benar tertipu dengan kata manis janji yang ditaburkan.
Apa yang tinggal kini hanya hati kosong yang penuh dengan dendam.  Saat dia bangun pagi keesokkannya, dia berada di atas katil di sebuah bilik hotel terkemuka.  Tubuhnya hanya dilitupi dengan sehelai selimut putih yang  nipis dan kelihatan pakaiannya bertaburan di atas katil.  Dia membuka kain itu dan melihat tubuhya yang tidak berpakaian dan lebam di setiap anggota badan.  Terasa pedih dan sakit yang teramat di kawasan itu.   Kepalanya terasa sakit sehingga mencucuk ke otak.  Bagaikan hendak pecah dan meletup.
Kini dia tahu dia telah dinodai oleh insan yang dia percayai.  Air mata mula menitis membasahi pipi, namun tak membawa apa-apa erti malah tidak akan mampu membasuhnya luka yang dinodai.  “Aiman setan, Aiman binatang, kau binatang yang tak berperasaan, kau setan yang berjiwa dajal perosak manusia di tika kiamat, Kau akan terima pembalasan dari aku nanti.  Tunggulah masa itu bakal tiba dan maut akan menjemputmu.  Kau akan maut ditanganku..” bentak hati kecil Natasha penuh marah.
Sejak itu dia mula memburu orang yang bernama lelaki.  Dia mula menjadi seorang perempuan yang kejam.  Pembunuh sadis dalam erti dan nama percintaan palsu.  Nyawamu ditanganku. 
Natasha mula merubah kehidupannya. Dia kini bekerja di Safari Night Bar sebagai GRO melayan lelaki dan jantan-jantan setan.  Membawa serumpun dendam kepada lelaki sundal, menghampirinya dan menghadiahi sekalung bunga maut. 
Hari berganti hari, Natasha kian bijak bermain kata racun untuk memusnah jejaka.  Seorang demi seorang menjadi mangsa kerakusan dendam Natasha.  Dengan susuk tubuh yang cantik beserta pakaian yang seksi yang mendedahkan tubuhnya, dia benar-benar memikat hati orang yang bermata keranjang melihatnya.  Disebalik  senyuman manis yang terpamer itu ada  satu rasa yang terpendam menunggu masa sampai bagi mengakhiri nyawamu lelaki. 
Malam itu dia terus dengan bayangan dendamnya..menagih darah untuk dikorbankan.  Meragut nyawa-nyawa pelanggan.  Ikan besar telah terperangkap disangkar Natasha.  Dia telah berjumpa dengan Aiman lelaki yang menodainya dahulu.  Ternyata lelaki itu tidak mengenali Natasha lagi.  “Kau datang lagi setan, masa kau telah tiba. Sudah lama aku menantikan kehadiranmu perosak diriku.  Kau lah penyebab dendamku ini.  Pelakuanmu tak seindah bicara maksud namamu itu.  Setangkai bunga maut akan merenteti hembusan nafas terakhirmu.  Kau akan bernasib malang, menemui aku lagi sebagai dendam,”  kata hati Natasha berbicara dengan sedikit tanda gembira menanti pembalasannya pada Aiman.
Aiman memilih Reven  sebagai peneman dan penghiburnya malam itu.   Saat yang dinanti-nantikan  Natasha akhirnya tiba.  Nyata lah dia yang akan melayani Aiman bersama dalam pelukan maut yang mendamaikan.  “hahahahhahahahah…saat yang ku nantikan tiba akhirnya…Aku rindukan kerakusan kau dulu Aiman,” suara ketawa Tasha menggeletek dadanya.
“hye girl…are u Raven?. I’m yours customer this night. Can we go now??,” tanya Aiman kepada Natasha atau Raven dengan keadaan separuh mabuk. 
“Yes am i.  Let’s go..,” Natasha berbicara.
Di sebuah bilik hotel yang kecil Natasha melayani kehandak Aiman.  Natasha mula membuka bicara saat Aiman kemabukkan.
“hye Aiman. Awak masih kenal saya tak?. Saya Natasha kekasih lama awak yang kini membawa serumpun dendam.  Masih ingat saya????.” herdik Natasha kepada Aiman denga penuh sinis dan marah.
Aiman kelihatan pucat tanpa setitis darah.  Dia mula memutarkan ingatannya kembali kepada perkara lima tahun yang lepas.  Perkara yang telah dilakukannya tapi tak pernah ada penyesalan dalam dirinya.
“Siapa??.  Natasha?, saya tak kenal siapa Natasha,” Aiman menerangkan kepada Raven agar situasi menjadi tenang.
“Kau benar-benar tidak mengenali Natasha??.  Mungkinkah kau boleh lupakan aku setan?.  Aku kembali untuk meragut nyawamu.  Masih kau ingat, dua tahun lalu kau pernah menjanjikan aku sebuah kebahagiaan dan memberikan aku detik hitam?.  Aku tahu tak mungkin kau terlalu mudah melupakan malam itu.  Malam yang meragut daraku. Kau ingat tak lagi, Aiman?,” Natasha mengherdik Aiman hingga terkeronyok Aiman ke sisi katil.
“A-A-Aaaaaaaakuuu memememenyesal Tasha.  Aku minta maaf Tasha.  Aku tahu aku salah.  Maafkan kesalahan lalu itu Tasha.  Aku janji kita akan berkahwin dan memulakan hidup baru.  Aku akan tunaikan itu Tasha.  Lepaskan aku.  Tolong lah,….aku merayu pada kau Tasha,” Aiman berkata-kata dengan penuh gementar memohon simpati Natasha melihat di tangan Natasha sebilah pisau yang dilemuri darah.  Aiman mula merasa takut menantikan pembalasan Tasha.
“Ahhhhhh…aku tak ingin dengar maaf atau percaya pada kata janji kau lagi.  Semua itu palsu belaka.  Plastik..aku tak percayakan kau.  Aku nak kau mati.  Mati kau Aiman. Hahhahahahahaha…bersedialah Aiman menemui maut,” Natasha memarahi Aiman tanpa belas.
“Tasha tolong lah. Aku merayu pada kau jangan buat perkara begini.  Aku insaf Tasha.  Aku dah insaf,” Aiman berbicara dalam teresak-esak.
“Berbayarkah aku kehilangan maruah yang menjadi maharku dengan maafmu??? Berbayarkah air mataku yang berdarah luka mengenangkan segala penipuan mu?? Hhahahahahaha..berbayarkah Aiman??,” suara hilai dan tawa Natasha bergema menggegarkan sekeliling ruang bilik hotel itu.
Seluruh tubuh Aiman menggeletar.  Air peluh mula mengalir deras membasahi baju Aiman.  Aiman sudah tidak keruan dengan tindak tanduk Natasha.  Dia tahu Natasha tidak bermain-main dengan kata-katanya itu.  pisau yang berada di tangan Natasha bakal meragut nyawanya.  Itulah yang ditakutkannya.  Kecut perut dia mendengar semua bisikan Natasha.  Apa sebenar yang diinginkan Natasha benar-benar tidak diketahuinya.
“Aku pemburumu Aiman, aku pemburu mu.  Aku datang untuk melunaskan hutang antara kita.  Bersedialah untuk kita mengakhiri semua ini Aiman,”  Natasha mengucapakan kata-kata mnarah sambil mengangkat pisau setingginya menghampiri Aiman.  Belum  pun sempat pisau itu menghiris dan menyiat tubuh Aiman, tangan kecil Tasha dipegang.  Lembut pegangan itu tetap tidak dapat melenturkan marah yang bernanah di dadanya.  Natasha cuba melepaskan pergelangan tangannya dari sentuhan itu. 
Suara kecil dibelakangnya berbisik, “Tasha jangan lakukan kerja bodoh ni,  awak masih ada masa depan yang lebih panjang.  Jangan sia-siakannya Tasha.  Fikirkan tentang anakmu Tasha.  Dia masih memerlukanmu biarpun dia tak berbapa.  Dia tetap anak kamu Tasha.  Kalau kamu tak mahu berfikir tentang masa depanmu, fikirkan tentang masa depan anakmu itu.  Dia akan membesar, jangan biarkan dia membesar sepertimana kau membesar.  Berikan dia kasih sayang keibuan mu itu Tasha.  Mengucap Tasha dan ingat masih ada yang senantiasa menyayangimu.”
“Saya Hakim.  Suara itu menyambung perbualan mereka lagi.  Sudah lama saya mengekori awak Natasha.  Saya ikhlas ingin menjaga awak dan anak awak.  Saya sanggup menerima awak seadanya Natasha.  Lepaskan dia dan kita bina hidup baru.” Hakim memberikan pengharapan yang besar terhadap Tasha.  Ternyata Hakim ikhlas menerima Tasha seadaanya.
Dengan perlahan Tasha melepaskan pisau yang berada erat digenggamannya.  Jika tidak kerana anaknya Tasha takkan berubah hati.  Tasha tak ingin anaknya hidup di rumah kebajikan seperti dia yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.  Wajah Tasha kelihatan keliru dan sedih.  Hakim merangkul Tasha ke dalam pelukkannya.  Hakim cuba menghentikan keesakan tangisan Tasha.
Sebalik itu, Aiman kelihatan bersyukur kerana terlepas dari maut.  Dia melarikan diri setelah Tasha rebah ke sisi dinding.  Sekarang hanya Hakim tempat Tasha melepaskan rasa yang dialaminya. 
Selepas peristiwa itu, Hakim benar-benar memegang janjinya.  Dia menumpahkan sepenuh kasih sayangnya pada Tasha dan Syafiqa anak Tasha.  Mereka telah selamat melangsungkan perkahwinan atas dasar kasih sayang.  Natasha telah bebas dari dendamnya.  Ternyata kini dia telah merubah pendiriannya pada lelaki. 
30 Julai 2008
Hidupku kini bahagia seindah yang aku inginkan.  Hakim benar-benar seorang suami yang baik.  Aku bernasib baik mengenali Hakim.  Dia tidak pernah kisah mengenai kisah silamku malah dia  menerima aku seadanya.  Kini, kehidupanku sungguh indah dan bahagia.  Aku telah mempunyai sepasang anak yang comel dan cantik.  Nur Shafiqah Shakirah dan Muhammad Haikal Hakimi kini mewarnai hidupku.   Mereka kini menjadi permata hatiku dan Hakim.  Baru kini aku tahu masih ada lagi insan yang menyayangiku.  Aku juga mengerti kini yang bukan semua lelaki itu setan ataupun binatang.  Masih ada lagi lelaki sejati yang meletakkan wanita setinggi-tinggi kelembutan.  Masih ada lagi lelaki yang mampu menangis bersama dalam mengharung kesusahan dan masih ada lagi lelaki yang berperikemanusiaan.  Aku bersyukur memiliki Hakim menjadi teman hidupku.  Terima kasih Hakim kerana menerima Tasha seadaanya dan seikhlasnya. 
Ya Allah, terima kasih kuucap padamu kerana kau berikanku cahaya itu.  terima kasih kerana kau hadiahkan aku cinta sejati yang mencuci dan menggantikan lukaku dengan cinta dari Mu Ya Allah.  Aku berdoa agar ikatan kami berkekalan hinggal ajal yang memisahkan kami. 
Sehelai lagi kata dari diari hidup Natasha.  Kata-kata ini penutup diari Natasha yang dibuka dulu.  Tertutupnya diari ini bersama tertutupnya luka yang pernah menyengat di dada.  

Thursday, December 2, 2010

~~untaian doa jika kita sdg jatuh cinta~~


Post ini bukanlah sebuah puisi yang dikarangkan tetapi ini merupakan untaian doa dihulurkan pada maha pencipta seandainya tika itu kita sedang dilamun cinta..InsyaAllah seandainya Allah memberkati doa ini kita akan mendapat segala kerahmatannnya...amalkanlah pada tiap masa tika saat kita berduka,riang,gembira mahupun sedang terluka,,,Allah maha mendengar tiap untaian bisikan kata yang kita bisikkan pada alamnya....

Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…

~~lirikan kasih cinta dan sayang~~

Dalam bahagia yang kau cipta
Ada getir yang tak tergambar
Dalam rela yang kau pasrah
Ada derita yang tak indah

Sayap panji malammu menghembuskan kedamaian pada buaian tidurku..
Aku lena dibuai lilitan kasih asmara milikmu
Sedangkan kau dihimpit bara kepedihan berselingkuh di kelopakmu
Kerelaanmu bertapa demi bahagia yang ingin kau cipta

Mentarimu tersinar tiap pagi dengan sambutan cahaya memilau
Kau hulur senyuman manis manja 
Milik kudrat yang masih tersisa dari saki baki derita
Walau senyummu tidak sehambar rasa

Sakit lelah derita dan luka tiada pernah kau gambar
Yang tersedia rupa kau sedang berbahagia
Wajah tawa gembira dan suka
Menemani harimu walau siang yang gelita masih terpana indahnya

Intuisi itu atau intuisi ini tidak kau hirau
Intuisi itu sendiri tidak kau faham
Kau cuma tahu berjemur di sinaran mengangkat tangan meratah pepohonan
Yang terjanji akan ada cairan melimpah di bekas
Hasil lelah dan keringat

Ku terlahir dibentuk dari kacuk lelah dan keringat
Ku dibesar dari titis-titis nafas yang tersesat
Ku dibelai dari tangan yang keras dan kesat
Ku ajar dari kata yang memikat
Ku disekolah dari kumpulan-kumpulan penat
Ku disini berdiri di sini
Dari kudrat yang kau gadaikan
Pada keringat yang lelah dan lemah

tersadai titisan-titisan untaian manik jernih
seringkali aku melihatnya
tika kau bersendiri bersandar di dinding batu
memikirkan cara membesarkan anak-anakmu

ibu,ayah,abah,mak atau ummi
kau penginap tetap jiwaku
kerna sejak kecil ku tahu 
pahit derita yang kau sapu
hanya kerana diriku....
15.45 pm..
singgahsana bukit angkasa


Wednesday, December 1, 2010

~~fever,illness..~~

As Salam blogger...hurm...dah hmpir 2 mggu kena serang ngn demam,selesema n batuk..hbis skit tekak..smpai xsempat nak tulis entry..sowie pd yg mngikuti blog..xsmpat nak mnulis..lgpun kelam kabut ngn exam master..hehe..skrg nie pun lom ok lg...tgu next entry esok la...td baru tkar streamyx jd Unifi...so skunk internet dh laju skit..hehe..see u all soon..

Saturday, November 27, 2010

~8G yang ada pada lelaki yang tidak disukai wanita~~


Hurm...apa yang 8G tu?...haha sila lihat entry di bawah..

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb)
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut dan penuh dengan kasih sayang.  Wanita bukannya mainan yang boleh senang-senang disepak terajang dan dibuang bila tak diperlukan..

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tidak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb)
Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.  Rasa gementar akan membuatkan wanita tidak yakin dengan kredibiliti lelaki tersebut.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.  Jika lelaki sebegini yang mnjadi temannya, wanita merasakan yang dirinya tidak akan sempurna kerana lelaki ini tidak boleh menjadi pembimbing yang baik.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.  Wujudkan perasaan hormat itu pada kedua-dua diri pasangan.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.  Wanita paling membenci lelaki yang membohonginya.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.