BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

~~tak dapat kubayangkan~~



Tak dapat kubayangkan bagaimana agaknya diriku seandainya ditarik nikmat keindahan yang kumiliki sekarang...nikmat berkeluarga..
Tak dapat kubayangkan bagaimana agaknya persepsiku pabila aku kehilangan dirimu Abah tercinta..adakah akan aku kuat menghadapinya?..
Tak dapat kubayangkan bagaimana agaknya diri ini andai ku kehilanganmu Mak tersayang..mampukah aku berdiri dengan sendiri tanpa kasihnya..
Tak dapat aku bayangkan andai Along, Angah dan Adik pergi...adakah aku akan kuat seperti hari ini dengan semangat dari mereka..
Tak dapat kubayangkan bagaimana celarunya diri ini andai ku kehilangan kedua putera dan puteri hidupku..adakah aku masih mampu menatap pada langit biru ciptaanMu Tuhan?..
Sesungguhnya..aku masih memerlukan limpahan kasihmu abah, nikmat sayangmu Mak dan sokonganmu saudara...
Tak dapat kubayangkan apa yang bakal terjadi kepadaku seandainya mereka tiada bersamaku...mungkin aku bukan aku yang ada hari ini..
Kasih sayang, dorongan, semangat dan keikhlasan kalian tiada galang gantinya..
Walau aku tahu semua akan pergi tapi aku kan tetap berharap agar aku cukup dewasa untuk mengerti apa itu perpisahan abadi...

Wednesday, June 29, 2011

~~syukur melewati jalanMu~~


Kegembiraan itu sememangnya tiada batas...walau sebesar mana rasa duka yang dihadapi akhirnya pasti kita akan gembira juga....kekuasaan Allah itu teramatlah besar sehingga mampu membahagiakan kita walau dalam apa jua keadaan kita...jauh sekali untuk Allah meninggalkan kita ke jalan kesesatan...apatah lagi meninggalkan kesakitan dan kedukaan yang berpanjangan pada kita...

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku kesempatan berteduh di bumiMu dengan segala kurnia dan kebaikanMu....terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku ruang keampunan dan kesejahteraan dalam melalui jalanMu...

Ku serahkan segala ketentuan dan takdirku dengan pasrah dan redha terhadapMu Ya Allah....Aku cuba memaafkan dan menerima kemaafan dengan berkat sayangMu...aku cuba berjalan dan bertatih di laluan kecintaan padaMu...ku bermohon padaMu semoga aku memperoleh kehidupan baru yang barakah dan sentiasa berada di jalanMu Ya Allah..

Kerana kecintaan padaMu dan ketentuanMu aku melepaskan jalan-jalan yang berliku bersama dengan sungai-sungai dendam...tapi maafkan aku Ya Allah kerana biarpun aku melepaskan segalanya bersama redha yang kupinta dariMu tetapi aku tidak akan mampu memaafkan kesalahan terbesar yang pernah dilakukan ke atas diriku...sesungguhnya hanya kau sahaja maha memahami Ya Allah...kupohon agar kau berikan aku jalan yang terindah dalam melalui kehidupan ini..terima kasih Ya Allah...

Saturday, May 7, 2011

alone...


im sitting home alone
everything gonna be changed
a day pass by day's
one to another one
its flow fast and slow

im telling my heart
quietly and slow
elegies of my heart and soul
there's something differ

i keep dreaming of time
dreaming the best moments together
our dreams for the future
our hope's in the middle

im sitting here again
passing through time
paint the colour of my heart
a pain here and there

i feel a wave of sadness
i feel a tought of painfull
i feel a touch of hurts
i feel the devils of heart
its crash
its crash upon the shores of my heart

it just a lie
from the start to the end
hardly broken with lots of pain
crazies damn thing on my brain

full of angers andfull of fears
escaping from the minds games
rushes for the heart beat
it began the emptiness

there a thousands teardrops here
cross the distance of life
once its going to dry
welcome abroad a wild

you stole my happiness
you stole my dreams
you stole peaceful mind
you stole everything of mine

i believe in every words you says
but...
you lie from morning till night
i experience it's
that all you were do it

i feel like im invisible
there's no more me yet
lets just became a figment
be the end in imagination

Astana Bukit Angkasa
-princess-

~~layu~~


alun lembut sayapku itu indah tapi....
sayapku kini patah .....
dibelah badai duka...
yang tinggal kini cuma luka yang berdarah...
amat menyakitkan..

malam ini bukan malam-malam yang indah..
bukan seperti malam-malam biasa...
malam ini ada duka dan darah...
malam ini menundukkan aku pada pasrah...
malam yang membawa rasa kecewa yang tiada sudah...

jiwa ini menangis dan merintah...
tiada lagi airmata yang tersisa....
kering menjadi lurah duka yang terluka...
pedih dan ada parut di jiwa....

sendu yang menikam ombak dada....
seolah duri tajam yang menusuk penuh bisa...
terkotak-kotak menadah rasa seksa...
dibawah alunan nestapa...

terkulai layu di sini...
ada bersama bara di jiwa...
pedih sudah teramat merasakannya...
parah jiwa berbalamkan garis-garis luka
terhakis olehnya asid-asid  bisa
pedih.......

di sini aku malam ini
melayari jiwa duka ini
menelusuri antagonis dan protagonis watak jiwa
mengenali siapa diri aku sebenar......

Astana Bukit Angkasa
-princess-



Sunday, April 3, 2011

sowie coz no update for long time

so sorry my follower coz i didn't update my blog so long...im busy while doing my asgmnt..so n to busy..
i have no time to write...thanks coz visit me..love u all

Monday, December 6, 2010

~~3rd interview Pensyarah/Guru Mara~~


Fuhhh...penantian yang dinanti akhirnya berakhir juga hari nie...hurmm xsangka berjaya jugak ke temuduga ketiga pengambilan pensyarah/guru MARA..alhamdulillah...syukur Ya Allah kerana memberikan aku kesempatan ini..terima kasih mak,abah,along,angah,adik,cyunk,n kengkawan yg mendoakan kejayaan nie..terima kasih semua...bahagianyer rasa setelah berpenat sebelum nie untuk microteaching....alhamdulillah...sekarang perlu bersedia untuk ke tahap yang seterusnya...masih nervous kerana tidak tahu apa yang bakal ditanya nanti...sukar ataupun tidak...hurmmm...takut pulak terasa untuk ke temuduga tu 13 Disember 2010 nanti...harap semuanya akan berjalan lancar...persiapan sijil belum dibuat...sedang cuba untuk bertemu dengan Sifu untuk mendapatkan cop dan tandatangan pengesahan..harap Sifu tidak sibuk...berdoa segalanya akan berakhir dengan baik..amin.....



BAHASA MELAYU  
13.12.2010 ISNIN 
11.00 PAGI  
TINGKAT 20, BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN (MENENGAH) IBU PEJABAT MARA, JALAN RAJA LAUT 50609 KUALA LUMPUR.
 


Wednesday, December 1, 2010

~~fever,illness..~~

As Salam blogger...hurm...dah hmpir 2 mggu kena serang ngn demam,selesema n batuk..hbis skit tekak..smpai xsempat nak tulis entry..sowie pd yg mngikuti blog..xsmpat nak mnulis..lgpun kelam kabut ngn exam master..hehe..skrg nie pun lom ok lg...tgu next entry esok la...td baru tkar streamyx jd Unifi...so skunk internet dh laju skit..hehe..see u all soon..

Thursday, November 25, 2010

~~misunderstood~~

Salam blogger....maaf la sbb ada kesalahtafsiran kat blog saya nie...sebenarnya most of my post is original from my writing and some was my editing...maaf yer saya bkan mnciplak karya atau hak milik sesiapa...semua karya saya confidential....mohon sesiapa yang nak ambik karya saya tlg write a comment below n then if im allow u can do it..sorry...saya xnak ada kesalahtafsiran dari mana-mana pihak lagi yer..

Wednesday, November 10, 2010

~~its me~~


bila kita terlalu sukar melupakan kisah silam..ermm terasa perit yg masih menikam2 dalam hati kita...bila semuanya terjadi buat kedua kalinya baru kita sedari masa lalu adalah sebuah kesilapan yg harus dan mesti kita lupakan...cuba buang jauh2 memori dan semua kenangan yg pernah tersimpan...semuanya sudah tiada guna utk disimpan kerana sudah tiada tunasnya untuk terus menginginkan bersama,,,,kebahagiaan mereka(dia dan pasangan baru) mgkin jauh lbih indah dr memori yg pernah kita ungkapkan bersamanya...mgkin lebih gmbira dari dulu...


apapun yg terjadi kita harus bergerak tuntas ke hadapan...yang pasti kita tlah dianugerahkan kebahagiaan dan kbhgiaan itu sentiasa ada dsamping kita...bagi aku yg berlalu biarlah berlalu kerana masa depan yg pnjang msih perlu ditempuh...aku tersalah memandang dunia dulu tp sekarang aku lbh dan sudah terlebih mngenal dunia...aku akan mnghargai insan yg bertakha di hatiku kini...terlalu banyak pengorbnan dia pada diriku...aku sangat mencintainya...

kehadiran insan yg benar2 memahami dan mnyayangiku teramat2 aku hargai...dia sentiasa ada untuk aku bila aku perlukan...dia terlalu istimewa...sntiasa aku merindui dirinya biarpun dia xpernah jauh dr aku...kasih sayang dia adalah amarah cinta aku...dia terlalu istimewa buat aku kini dan selamanya...tak mungkin pisang akan berbuah dua kali dan bertandan songsang...aku tidak akan menyesal ttg masa laluku kerana masa laluku hanyalah igauan...


Mohd Hasbullah bin Hamzah....terima kasih kerana sentiasa ada untuk diri ini...sanggup mnerima semua kekurangan yg telah tertulis dan terlihat pada diri ini..terima kasih kerana sentiasa memahami hati dan perasaan diri ini...terima kasih kerana slalu hadir bila dan ketika dirimu diperlukan...kaulah cahaya dan kegelapan hdupku..hnya kamu,,,,


bergerak maju ke depan dan hanya dari situ kita akan mengenal diri kita yang sebenar...hanya kita yg mampu menilai siapa kita dan bukan orang sekeliling kita atau melalui masa lalu yg tidak bernilai...masa indah menanti di depan dan kebahagiaan yg tak terpandang selalu ada...

dedication 2 my lovely
thanks cayang...Mohd Hasbullah Hamzah

Thursday, November 4, 2010

~~microteaching Guru MARA~~


suddenly found out i can go trough to micro teaching MARA teacher..siap dapat sms lagi dari pihak mara...xsangka lak bleh lulus ujian personaliti 2...skrg nie kna buat persediaan untuk pg microteaching..ssah lak rasa...nervous...dah lama xbuka mulut mngajar bebudak yg sama bdak cam aku nie...hehe..dah mula lupa camne ni..cmne nak buat rancangan pengajaran nie...takut pun ada jgak..ish2...cmne nie...ketaq abeh kaki..jap g tkut dok dpan penilai tersengih2 lak...fail lak jawabnyer...hu8...

kalau la rumah angah dekat KL nie dah lama aku g bertapa kat sana...nak ambik ilmu cara nak mngajar..aku nie dah la suka sengih2 dan senyum je bila nengok org...ssah2..harap2 semuanya akan jadi ok...hopefully...may allah bless me...

Monday, November 1, 2010

~~surat buat kekasih~~

ermm..arinie aku jadi posmen karat sbb nak hantar surat dari kekasih untuk kekasih...bahaya jgak la klau berbicara soal cinta..mcam2 mnusia sggup buat sbb cinta..dan tak tersangka aku dengan cerita kawanku nie..atas dasar sahabat n teman yang lama aku sggup tlong aweks nie untuk sampaikan surat pada kekasihnya tapi officially dah ptus la..ermm cian dia..aku xtaw la aku bkan knal mamat nie...main nak p hntar jer 2 pun bertemankan no phone...hahaha...mmg lucu la..main hentam..hopefully dia nak jmpa aku sbb aku nk smpaikan amanah org nie...(^_^)

Monday, October 25, 2010

~tekanan, stress dan hyperstress~

akhir-akhir nie bnyak sgt tekanan yg dtg..pelbagai msalah yang di hadapi..ermm sukarnya mnjalani hdup nie bla msalah dtg tnpa henti..tp redha je dgn segala takdir allah..bnyak betul asgmnt yg belum disiapkan..apa lagi dgn karya2 kreatif yg tertangguh..bosan  betul bila idea terhenti di tengah jalan..mla la tak ada mood nak teruskan penulisan..ermm..msalah-masalah..
sekarang tgh sibuk sediakan proposal utk kertas pnyelidikan kuantitatif..terpaksa bekerja keras dgn software SPSS..software yg tak pernah digunakan..terpaksa buat kajian baru lah boleh buat pnyelidikan..pening btoi ngn software nie..asgmnt kualitatif msih la terbengkalai setakat nie..entah la..mggu nie mggu terakhir dan wajib submit paper..tawakal dan berusaha keras nak siapkan..
due date untuk pghntaran cerpen dan puisi pada editor juga dah hmpir..semuanya belum disiapkan lagi..idea-idea puitis belum sampai..dah hlg semuanya..skrg cuma mampu bsabar..habiskan asgmnt baru tumpu semula pada penulisan kreatif..insyaallah akan mampu siapkan asgmnt dlm masa bbrapa hari nie..
InsyaAllah...

Thursday, October 7, 2010

~~Jalan Takdirku~~

terkadang aku alpa hingga sesekali aku mnyalahkan takdirku..aku tahu jalan takdirku tlah ditentukan olehMu Ya Allah..sesekali aku terleka kerana aku sering melihat kebahagiaan di mata insan lain tika aku sdg mngintai kamar mereka..sesekali aku cmburu melihat mereka bergandingan mesra di paparan foto2 mereka..sesekali penyesalan bermain difikiran kerana aku mlpaskn apa yg tlah pasti mnjadi milikku...sesekali aku cuba  redha dgn takdirMu memikirkan dia bukan milikku...sesekali aku terjaga dr mimpi yg indah bepelamin di atas angkasa bersamanya..

namun..
sesekali yg kufikirkan hnya igauan dan tidak mungkin akn mnjadi knyataan..dan sesekali yg aku fikirkan itu bknnya harapan tapi ingatan palsu...dan sesekali yang kubicarakan itu bknnya melawan realiti Mu tuhan..dan sesekali  insan yg ku dambakan itu, tlah kau gantikn dgn insan lain yg ada di saat ku tiada...dan sesekali yang terlaung di hati itu bukannya buat masa lalu tapi sesekali itu untuk insan yg bersamaku masa kini...dan sesekali itu yang dicemburui bkn kerana aku tidak memiliki cinta tp kerana cinta yg ku miliki mgkin lbh setia...dan sesekali itu juga membruku dengan mainan kata tapi sesekali itu aku lupa tiada kata yg pernah xdikota oleh Mu Maha Esa..dan sesekali aku memandang ke belakang aku lihat itu hnyalah byangan dan realitiku hdup sekarang dia yg sentiasa ada sbgai peneman..sesekali yg aku terlupakan masa lalu itu derita yg ada indahnya tapi masa kini bahagia yg tiada sudahnya..sesekali itu selalu menguji ku dan ujianNya itu  untuk memberitakn padaku manusia sama pad zahirnya tapi beza pada hatinya...

Thanks Mohd Hasbullah Hamzah coz u always be there wif me no matter what happen..no matter im sick or or not..u always care of me..thanks a lot coz u be mine....

Sunday, October 3, 2010

~~my big day~~

my big day will come soon on 22 November 2010 and 29 November 2010.  i will be attend 4 da 1st time examination as postgraduate student..nervous n dunno what kind of question will be out soon..hopefully i can answer all da quwstion and get a good cgpa..welcme my big day

Wednesday, September 22, 2010

kesilapan demi kesilapan

kesilapan demi kesilapan dah aku lakukn sepanjang aku hdup nie....pelbagai cara aku guna untuk btulkn ksilapan yg tlah terjadi tp ttp xberhasil...kslpan berlaku lagi saban hari...jenuh aku mencongak kesilapan yg terjadi tapi penyelesaiannya blom tiba lagi...sampai bila kesilapan nie akn berpanjangan?..buntu!!!!!!!!

~~simpang siur jiwaku~~

jiwaku bersimpang siur..aku dihadapkan dgn pelbagai halangan dan rintangan..skrg aku berada dipersimpangan..xthu arah mana jln yg mnjadi pilihan..kiri ataupun kanan...terlalu berat beban yg melanda fikiran hngga aku terlupa untuk membuat pilihan..ke mana arah tuju masa depan..masihkah ada harapan yg tersisa buat diriku setelah ku harungi jutaan halangan...adakah semuanya akn kmbali seperti biasa?...slahku pada zaman remaja..ikutkan darah muda...sekarang masa aku fikirkan segala...mengharungi masa bahagia bersama derita yg kucipta....apakah pengakhiran...adakah bahagia tetap akn jd milikku atau aku bakal kecundang bersama liku-liku kehidupan...

Sunday, September 19, 2010

~~australia...japan...korea...china or UK?...where should i pick?...~~

countinue stdy afrter my master...where should i go??...australia...japan..korea...china or UK...or im just stay n countinue my stdy in Malaysia only...for Cambridge n Oxford i have applied it n im under observation...if i get this sem 3.75 or above i will get their sholarship n then after finishing my master here i will be able fly 2 UK n countinue my PhD there...ermmm but when im thinking about my parents...whos will take care of them while im not here?...i gurantee i will miss them lot...but hopefully i will get one of the country scholorship from da list..but i still happy n enjoy if i can stdy in malaysia anyway...

Saturday, September 18, 2010

~~Odisi Puteri Raya Lagi~~


hu3...tiru Mat Jijan nyer trademark...raya lagi...lebaran 2010 membawa seribu erti dalam hidupku..pelbagai suka duka aku hadapi sepanjang lebaran ini..bersusah dalam kesakitan untuk kegembiraan dan keceriaan insan di sekelilingku...bergembira dengan mereka wlpn seyuman yg terukir rasa perit still terasa...apapun raya tahun nie still a best moments 2 remember...walaupun beraya witout my 2nd sis yang beraya di rumah mentua dan adikku yang terpaksa beraya d Am Bank KL...semuanya berjalan lancar...ramai bebudak mai umah...lucunya diorang just nak duit raya...masuk rumah pun dah tak nak...suka gila tengok telatah bebudak...

raya tahun nie aku cuma certain rumah jew...haha...mlas nak jenguk umah org...umah petama dituju umah nenek la...

pas2 baru begerak umah sedara2...2pun sekerat jew pegi..mlas...he3...itulah tabiat buruk aku time raya..mlas nak bjalan pegi sana sini...yang paling best ialah beraya ngan my lovely son Muhammad Azizul Hakimi..so sweet..always make me smile n cry...love u ya....

mak also a special person in my life...so still miss my mum n my son after back 2 KL...miss u all lot...

~~Kebahagiaan dalam keperitan~~

Walaupun hari-hari yang ku lalui seakan kian kelam..aku pasrah melalui takdir dari mu ya Allah..kau maha mengetahui segala yang terjadi...raya tahun ini mungkin bukan sbaik raya yang lepas tetapi aku tetap bahagia melalui setiap detik yang masih kau kurniakan untukku...wlpun kperitan, aku melaluinya dengan penuh kepayahan tapi kperitan itu ada manisnya...keperitan yang kau takdirkan buat diriku ini terlalu banyak membuatkan diriku tabah melalui tiap saat dengan penuh pengertian...keperitan ini mengajarku supaya berserah pada takdir yang kau tetapkan buatku...terasa bahagia melalui detik-detik yang tak mampu ku hitung...terasa pasrah menanti masa tiba takdir masa depanku...apakah indah atau masih ada derita atau sengsara ataupun ujianMu yang menanti sasarannya?..pasrah dan berserah pada takdir dan hakikat hidup yang kau tentukan ya Allah...

Wednesday, September 8, 2010

hooray balik kampung mode..


hahaa..balik kampung lagi...dis pic lama msa blik kg..but today nak blik kampung beraya ngan family kat kampung...xsabar nak jumpa mak ngan abah dan yang paling penting my baby boy Muhammad Azizul Hakimi dan Muhammad Wazin Haziq serta my lovely baby girl Nur Najihah Hanin...xsabarnyer nak gomoi depa n peluk puas2...blik jew pepagi khmis sok nak g umah cousins antar baju raya yang adik blikan untuk Pak Ngah ngn Mak Ngah dan untuk my cousin Nuzul Fahanis n Muhammad Fakrulrazi...he3..syoknya dapat jumpa insan2 tersayang...mak nantikan kepulangan anakmu ini...sayang mak slalu..slamat tinggal KL 4 one week...haha...