BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

MELANKOLIK CINTA (Ekspansi daripada cerpen kepada novel melalui teori intertekstualiti) 4

EPILOG

“Sayang, awak bermimpi lagi?. Kebelakangan ni awak selalu berangan. Ada apa-apa yang tak kena dengan awak ke sayang?. Awak buat abang risau.”, Aiman mengejutkan Natasha daripada lamunannya.
“Eh…sejak bila abang kat belakang saya ni?. Mana ada saya bermimpi. Abang salah pandang kut.”, Natasha cuba menutup kebenaran.
“Yelah tu sayang. Abang terpekik-pekik panggil sayang nak ajak minum petang tapi sayang langsung tak menyahut so abang datang lah cari sayang. Risau takut ada apa-apa terjadi kat sayang.” Aiman menerangkan.
“Owh..saya minta maaf sayang. Tasha betul-betul tak dengar abang panggil Tasha tadi. Kenangan-kenangan silam ni mengganggu fikiran Tasha, bang.”, Natasha memohon maaf sambil menghulurkan beberapa helaian kertas kepada Aiman.
“Tasha, berulang kali abang katakan pada Tasha agar semua kenangan tu dibuang jauh-jauh. Seandainnya Tasha ingin simpan biarkan ia menjadi sekecil zarah di dalam hati. Abang sebolehnya tidak mahu melihat Tasha bersedih.”, Aiman menyatakan pendapat memujuk Natasha.
“Ok sayang. Tasha juga ingin lupuskan semua sejarah silam ini. Nanti kita buat sama-sama ye bang.”, Natasha mengiakan.
“Sayangku Tasha, jom kita minum petang. Abang dah sediakan air dekat meja di luar.”, Aiman berbicara lembut mengajak Natasha minum.
“Ok jom sayang,” Natasha membalas spontan.
Natasha dan Aiman minum petang di meja luar. Kedengaran suara tawa Natasha mendengar lelucon Aiman. Terpampang kemesraan dalam hubungan mereka. Aiman bijak mengubah keadaan dan menjadikan suasana riang. Puteri semakin ketawa besar dengan lawak-lawak spontan Aiman. Ketika kegembiraan berputik ada sahaja suasana tidak dipinta muncul. Kedengaran lagu “Cinta Melankolia” di corong radio. Perhatian Natasha tertarik kepada lagu itu. gelak tawa Puteri terhenti, mulutnya ternganga dan kesedihan merayu wajahnya kembali. Dia merasakan kesyahduan di sebalik lirik lagu itu.

Cinta Melankolia

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli

Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman

Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan

Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia

“Sayangggggg…kenapa nie?. Lagu tu ada magnet kah sampai menarik awak?. Close you mouth nanti lalat masuk.”, Aiman mengoncang kecil bahu Tasha dan merangkulnya erat ke pelukannya.
“Entahlah sayang. Tasha pun tak tahu kenapa dan apa yang dah terjadi pada Tasha. Lagu ini mengingatkan Tasha pada kenangan silam seolah-olah sama seperti liriknya. Tidur Tasha seringkali dihuni mimpi buruk. Tasha sendiri dah mula takut dengan bayang-bayang Tasha.”, Tasha mengadu kepada Aiman sambil keluhan berat dilepaskan
“.Tasha, awak tak boleh bersikap macam ni. Kenyataan dan suratan perjalanan hidup ni kan kehendak Allah.. Kita tak boleh melawannya sayang.” Aiman berbicara seolah sebuah khutbah.
“Tapi..kenangan silam itulah yang mencipta Natasha sekarang sayang. Tanpa kenangan-kenangan itu Natasha takkan berada di sisi abang. Tasha tahu abang penyelamat hidup Tasha. Seandainya abang tidak hadir mungkin Tasha sudah menjalani hukuman di penjara sekarang. Tasha sudah berhutang nyawa dengan abang.”, Natasha sedikit bersedih dengan pengalaman hidupnya.
“Tasha, biarlah abang pikul semua dosa pembohongan dan penipuan itu. Abang tak akan membiarkan Tasha di tahan. Abang rela diburu kenangan selamanya tetapi biarlah hanya abang dan bukan Tasha. Tasha, buanglah kenangan Tasha yang memeritkan itu. Tasha tidak lagi hidup dengan kenangan Ain kerana Tasha adalah Tasha sekarang.”, Aiman menundukkan kepala mencium dahi Natasha.
“Tasha dah cuba lupakan semua itu abang. Walau apapun yang terjadi Ain tetap adalah Tasha. Walau nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama sayang. Tasha tetap pembunuh sayang. Sudah dua kali Tasha membunuh. Abang sendiri tahu keadaan Tasha waktu itu. Hanya abang yang cuba selamatkan Tasha. Pada masa tu Tasha fikir lelaki baik seperti abang sudah tiada dalam dunia ni. Kehadiran abang telah membuka pintu hati Tasha untuk terima abang dalam hidup Tasha. Tasha rasa kehidupan Tasha sudah musnah andai abang tiada di sisi Tasha.”, Natasha melepaskan keluhan dan beban yang dipikulnya.
“Sayang, abang tidak pernah kisah tentang kisah silam sayang. Cinta abang pada sayang tetap sama sayang. Lupakan soal pembunuhan tu. Lupakan soal pengguguran bayi itu. Abang akan tetap terus di sisi Tasha sampai masa abang di dunia dipanggil ilahi. Tasha segalanya pada abang sekarang.”, rangkulan Aiman pada tubuh Tasha makin erat dan kehangatannya semakin terasa. Aiman sebolehnya ingin Tasha aman disisnya.
Berada dalam rangkulan Aiman mengingatkan Natasha kepada Airiel. Ingatnnya kembali kepada arwah Airiel. Wajahnya bermain silih berganti dengan wajah Aiman. Keduanya terlalu seiras. Aku tertipu kerana tidak mengetahui Airiel ada kembar. Rupa-rupanya Aiman ialah kembar Airiel dan kerana wasiat yang Airiel tinggalkan kepada Aiman membuatkan Aiman setia di sisi Tasha.

***

Assalammualaikum…
Aiman,
Terlebih dulu abang Airiel mohon maaf kerana mengganggu Aiman. Abang Airiel tidak boleh mencoret terlalu lama. Abang rasa masa untuk abang di dunia semakin singkat. Abang nak buat satu permintaan pada Aiman..
Aiman.
Abang ada tinggalkan surat-surat penting dan dokumen mengenai Puteri. Abang mohon pada Aiman seandainya abang pergi dulu…abang mohon Aiman gantikan tempat abang dan jaga Puteri. Abang terlalu menyanyaginya. Biarlah abang tidak dapat bersama dia tetapi zahir abang tetapi merasa dicintai dia seandainya dia dengan Aiman.
Aiman, abang mohon Aiman tunaikan hasrat abang. Abang mohon diri. Salam sayang buatmu adikku.
Assalamualaikum.
Abangmu Airiel.

Terkenang Aiman kepada wasiat yang ditinggalkan abangnya. Dia memiliki semua yang terbaik Cuma cintanya ditolak. Abang Airiel terlalu baik pada Aiman dan kerana itulah Aiman menunaikan setiap permintaan Airiel. Hati mereka sama dan tidak mahu ada yang berduka. Aiman ingin pastikan Airiel tenang di sana.
“Sayang, saya pernah lukiskan puisi terakhir selepas pemergian abang Airiel. Saya belum berikannya pada awak. Selalunya setiap kali saya hasilkan puisi saya akan bacakan untuk Airiel. Saya terasa ingin bacakan puisi itu untuk awak. Izinkan saya sayang.”, Natasha melafazkan permintaan bernada sayu.
“Silakan sayang.” Aiman berbicara seraya mengangguk.


Tanpamu
sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah dan cantik
tidak seindah budimu…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa bahagia
merasa dicinta
terasa berharga

bila tanpamu…
semakin kusedar kaulah yang istimewa
kaulah yang teragung
kaulah yang satu hanya untukku
kerana kau membuatku merasa dicinta
merasa istimewa…


Biar Aku Sendiri

Usah kau bergusar di hati
Aku masih disisi
Walaupun tiada sapaan
Ku menyintai mu
ku harap kau riang selalu
tak bisa ku lupa
kau senantiasa dalam doaku

masakan mentari lupakan pagi
sedang kan tirai kabus
di intai sebelum terserlah
cahaya…menyapa bumi
tak bisa ku biar kau sendirian
kedinginan
bahang pagi suria indah
pasti melewati mu dengan kasih ku

malam gelita bukan tiada purnama
hanya pusingan yang di utama
usah gusar lagi sayang
malam tetap berseri dengan kerlipan bintang

cantuman kasih kita tidak pernah retak
ia senantiasa menjalar di jiwa
bahkan mengalir cecair di saluran jantung ku
kau pasti tahu dan mengerti
kau terasa pasti


***

. Selesai berada di pusara aku menghabiskan masa bersama Aiman menyediakan kenduri arwah untuk arwah Airiel. Sudah lama Tasha berniat untuk mengadakan kenduri arwah dan doa selamat untuk Airiel.
Wajah Tasha kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dia kelihatan layu dan seperti sedang menahan kesakitan. Kesibukan harinya menyebabkan Tasha seringkali melupakan soal kesihatan. Niat terakhir Tasha ialah untuk menyelesaikan kenduri arwah untuk Airiel. Walau apapun terjadi dia tetap bertekad menyelesaikannya.
“Sayang, muka awak pucat lesi dan tak bermaya. Awak kepenatan. Pergilah berehat dan biar abang yang selesaikan majlis ni.”, Aiman lembut memujuk Tasha.
“ Tak apalah abang, saya ok. Saya nak selesaikan hajat terakhir saya sendiri. Abang jangan risau saya ok.”, Natasha memberikan alasan.
Tanpa sedari Natasha terbatuk kecil dan tak henti. Natasha berlari ke tandas. Batuknya semakin menjadi-jadi sehingga mengeluarkan darah. Natasha berselindung di bilik air menggelak diketahui Aiman. Natasha tidak mahu Aiman bimbang tentangnya. Natasha teringat semula mengenai keputusan pemeriksaan doktor tahun lepas.

***

“Awak, saya harap awak sabar dengan kehendak ilahi. Setelah pemeriksaan dijalankan awak disahkan menghidap komplikasi jantung dan disahkan sebagai penghidap leukemia tahap akhir. Saya bersimpati dengan apa yang awak hadapi,” tutur Doktor Lucy dengan nada yang perlahan dan penuh simpati.
“Masa yang tinggal buat awak hanya enam bulan sahaja lagi. Saya harap awk akan terus menjalani rawatan,” bisik Doktor Lucy perlahan penuh hati-hati agar hati Natasha tidak terusik.
Hati yang mendengar dan menanggung lebih perit dari yang menyatakan. Bercucuran air mata membasahi pipi saat itu. Dada Natasha kian sebak parah dan pedih terluka dengan cabaran yang terpaksa dilaluinya. Dia tetap pasrah. Pasrah dengan takdir ilahi.
“Saya harap doktor dapat merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga dan suami saya. Saya tak mahu lihat kesedihan di wajah mereka,” mohon Natasha dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak yang melanda di dada.
***
Sekujur tubuh Natasha terbaring di lantai bilik air. Aiman terkejut melihat keadaan Natasha. Dipangku tubuh Natasha erat ke pelukan tetapi tiada lagi hembusan nafas yang terhembus. Nadi Natasha sudah tidak bergerak lagi. Natasha telah kaku di pelukan Aiman. Airmata kelakian Aiman tumpah akhirnya. Insan tersayang pergi meninggalkannya. Dia kehilangan Natasha dan cintanya.
Jasad Natasha berlumuran darah. Mukanya tiada sedikitpun warna merah. Pucat dan tidak bermaya. Nyatalah selama ini hasrat yang diingikan Natasha menjadi penamat nyawanya. Majlis kenduri arwah yang dirancang untuk Airiel bertukar menjadi kenduri arwah Natasha.
Seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah Aiman membuat persiapan untuk pengebumian arwah Natasha. Seluruh keluarga dirundung kesepian dan kepiluan. Insan yang disayang pergi meninggalkan mereka tanpa pesan. Upacara pengebumian disempurkan oleh Mama dan Papa Natasha.
Natasha selamat disemadikan di tanah perkuburan berhampiran kediaman Aiman. Aiman sendirian di pusara Tasha meratapi insan yang disayangi hilang menurut panggilan illahi. Dia benar-benar sedih kerana Natasha pergi tanpa pesan dan tanpa sebab kematian Natasha. Dia redha Tasha pergi tetapi belum sampai masanya Natasha tinggalkan dia.
“Tasha, abang doakan Tasha bersemadi dengan aman bersam abang Airiel. Abang masih rindukan Tasha. Abang tidak akan lupa bacakan pada Tasha Yasin setiap kali abang habis solat. Abang harap Tasha dapat bersemadi dengan aman. Abang akan jaga anak kita dengan didikan yang baik dan abang akan sentiasa ingatkan dia pada ibunya yang comel.”, Aiman memegang nisan pusara Tasha sambil menunduk melihat tanah pusara yang masih merah.
Terkenang Aiman saat Airil melarang Mummy nya dibawa pergi tadi. Sayu dan sedih melihat anak kecil itu sudah tidak beribu.
“Mummy, bangun lah. Jangan tidur lagi. Airil rindu mummy ni. Airil janji tak nakal-nakal lagi. Bangunlah tengok Airil.”, Airil membentak, mengoncang tubuh yang sudah kaku itu. Ditarik-tariknya kain yang menyeliputi tubuh itu. Perbuatannya dihalang oleh Aiman yang kelihatan bingung kelu tanpa kata.
“Jangan!!..Jangan ambik Mummy Airil..Mummy tidur ja tu. Nanti Mummy bangun lah. Jangan lah usik dia. Mummy penat tu. Jangan bawak Mummy pergi jauh. Nanti sapa nak temankan Airil main??. Siapa nak bawa Airil pergi taman?? Airil nak Mummy.” pekikan Airil semakin kuat.
Airil menarik seluar Aiman dan berpaut rapat di kaki Aiman, tak membenarkan Aiman pergi. Ikatan pelukan Airil dilonggarkan oleh neneknya. Neneknya memujuk Airil supaya berhenti dari memekik. Berserta dengan pemergiaan jenazah, Airil menangis teresak-esak melihat insan yang menyayanginya dibalut dengan kain putih dan dibawa pergi. Aiman tak akan pernah lupakan pekikan itu.
Sekembalinya Aiman ke rumah itu kelihatan kosong tanpa Tasha. Aiman Masuk ke rumah mencari kelibat Airil. Airil kelihatan sedang terbaring tidur di sofa. Aiman merangkul tubuh Airil dan meletakkan diribaannya. Wajah Airil ditatap sedalamnya. Berkaca anak mata Aiman melihat wajah Tasha disebalik wajah Airil. Nyata sekali Airil mirip Tasha dan hanya Airil satu-satunya hadiah yang paling bernakna ditinggalkan Natasha untuknya. Hanya Airil tempat Aiman mencurah rasa sekembalinya Tasha ke dunia abadi. Airil lah tempat kasih sayang Aiman dilemparkan.

***


Assalamualaikum.
Maafkan saya terlebih dahulu sayang. Tasha mohon abang halalkan makan minum Tasha dan halalkan nafkah zahir batin yang pernah abang berikan pada Tasha. Tasha mohon beribu kemaafkan dari abang. Banyak dosa yang Tasha sudah lakukan dalam hidup ini. Mungkinkah ini balasannya. Saat abang membaca surat ni Tasha dah pergi tinggalkan dunia.
Abang,
Terima kasih kerna hadir dalam hidup Tasha. Tasha minta maaf kerana Tasha telah merahsiakan sesuatu daripada abang. Tasha menhadapi masalah kesihatan. Sebenarnya Tasha disahkan menghidap komplikasi jantung dan leukemia tahap akhir. Tasha rahsiakan semua ni daripada abang dan keluarga agar semua orang tidak risaukan Tasha. Masa yang dianggarkan tinggal untuk Tasha cuma enam bulan sahaja.
Sayang,
Andai sesuatu terjadi nanti. Tasha pohon supaya abang terima segala suratan itu dengan pasrah dan jangan mengalirkan air mata. Satu lagi, Tasha mohon abang jangan lupakan Tasha dan jangan lupakan cinta kita. Tasha tidak dapat menemani abang selamanya
Abang tolong tengok-tengokkan Mama dan Papa sebab Tasha sudah tak sempat membalas jasa mereka. Abang jaga Airil tau. Bila dia besar nanti abang bagitau Mummy dia sayang sangat-sangat kat dia. Jangan lupa kucup dahi Airil untuk Tasha setiap hari. Abang anggaplah Airiel sebagai permata dalam hidup abang. Ayang sudah tinggalkan wang insuran RM 100,000 milik abang Airiel atas nama abang dan Airil. Abang gunalah wang itu untuk persekolahan Airil. Simpanlah kenangan abang bersama Tasha selamanya.
Sekian sayang. Salam sayang padamu sayang. Terima kasih kerana pengorbanan mu sayang. Sayang abang.

Beberapa ketika….
Beberapa ketika ...
Kini tinggal buat kita..
Aku tak ingin dan kucuba adilinya..
Ku ingin putar..
Putarkan orbit-orbit cinta
Dalam jiwa kita
Sebelum kita saling melupa

Perpisahan…
Bukan untuk seketika
Mungkin tuk selamanya
Sayang..
Benarkan
ku anyam mimpi dipeluk
kusisip janji dihatimu
ku selit cinta dijiwamu
dan..
kukuntum kasih disenyum mu
sayang,
sebelum mengakhiri
ingin ku nyatakan hasrat hati
sesungguhnya aku..
mula mencintai
mula menyayangi
mula mengasihi
dan tak ingin melepaskanmu pergi
sebenarnya..
ku telah jatuh hati……

sayang,
cintaku padamu suci
sesuci cinta abadi
tak mampu ku realiti
tak mungkin ianya terjadi
ku mungkin kan pergi
secepat sisip angin pagi
tinggalkan kau di sini
jangan mengharapkan ku kembali
kerna aku tak ada lagi
Jauh itu....
Ada ruang yang memisah
jauh itu....
Dua hati yang terpisah
Pabila jauh....
Ada rasa yang resah
Pabila jauh
Ada jiwa yang parah
Pabila jauh
Ada rasa berdarah
Pabila jauh...
Ada jiwa yang gelisah
Pabila jauh....
Ada rindu yang tak sudah-sudah
Kumohon jauh....
Musuh yang menceroboh
Kumohon jauh....
Penyakit yang sukar sembuh
Kumohon jauh....
Kasihmu berubah
Kumohon jauh....
Setiamu berpaling tadah
Kumohon jauh
Cintamu berpaling arah
Ku mohon jauh
Ku kau lupa

Akhirnya kehidupanku berakhir tanpa Puteri Nur Ain Natasha. Kehadiran Putera Muhammad Airil Haqziq menggantikan keperluanku pada Natasha. Akan aku besarkan Airil dengan sepenuh kasih sayang sama seperrti sewaktu Mummy nya ada. Airil mesti membesar dengan sihat seperti yang Natasha inginkan.
Pintu hati ini telah ku tutup dengan mu Puteri Nur Ain Natasha. Biarlah kenangan antara kita yang berbuih di dalam. Aku tidak akan menduakan cintaku padamu. Akanku biarkan ia kekal seperti ingin Abang Airiel. Tugasku sekarang membesarkan putera kecilku dengan sebaiknya. Salam sayang untukmu isteriku yang tercinta.

0 comments: