Saturday, November 27, 2010
~8G yang ada pada lelaki yang tidak disukai wanita~~
Hurm...apa yang 8G tu?...haha sila lihat entry di bawah..
1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb)
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut dan penuh dengan kasih sayang. Wanita bukannya mainan yang boleh senang-senang disepak terajang dan dibuang bila tak diperlukan..
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tidak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb)
Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar. Rasa gementar akan membuatkan wanita tidak yakin dengan kredibiliti lelaki tersebut.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. Jika lelaki sebegini yang mnjadi temannya, wanita merasakan yang dirinya tidak akan sempurna kerana lelaki ini tidak boleh menjadi pembimbing yang baik.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi. Wujudkan perasaan hormat itu pada kedua-dua diri pasangan.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah. Wanita paling membenci lelaki yang membohonginya.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.
Posted by puteri aleesya natasha at 9:13 AM 0 comments
Labels: facts/fakta
~~13 perkara yang tidak disukai suami~~
Hye blogger. Topic pagi nie ialah 13 perkara yang tidak disukai suami. Actually, i just pick up dis topic from another blog.
Dalam kehidupan sehari-hari, sbnrnya byk perkara-perka yg isteri lakukan tidak begitu digemari oleh suami, kadang-kadang boleh menyebabkan suami bosan atau mendatangkan kemarahan padanya. Jadi, cuba pastikan yang anda tidak melakukan atau mengelak perkara-perkara di bawah untuk membina perkahwinan yang kukuh dan harmoni.
1. Memperkecilkan suami di hadapan org lain antara sedar dan tidak.
Cth : “Hubby I tu kan, siang ikan pun dia tak tau, dahla kadang-kadang cuci pinggan pun kekadang aje rajin, bla bla bla..”
2. Mengganggu suami dgn menelefon dia terlampau kerap sangat & kena pula pd setiap kali anda call, dia sdg bermesyuarat @ jumpa client penting.
Cth: “Hello, abg ada meeting ke tu? Sorry la, cuma nak cakap..mlm ni kita masak ikan sardine je, okey tak?”
3. Terlalu suka mengemas rumah @ mengalihkan brg sampai suami tak jumpa barang2 yang disimpannya.
Cth: isteri menjawab pertanyaan suami di mana screw driver yg selalu diletak atas almari dapur; “Yah dah simpan kat dlm setor tp lupa pula kat rak mana satu, abg carilah sendiri.”
4. Mengambil muka surat akhbar @ bahagian tertentu dan menyusun semula dgn cara yg amat salah. Bila suami hendak membacanya, tidak berjumpa mana-mana mukasurat yang hendak dibaca.
Cth : “ooo, sport section tu ayang dah buat bungkus sayurlah bang!”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah @ akhbar sampai berlubang sana-sini dan suami belum sempat baca.
Cth : “Eh…kita dah potong simpan berita pasal carnival jualan tu, takut tak ingat nanti.”
6. Menyuruh suami agar membeli itu & ini dlm perjalanan balik kerja sdgkan anda berdua baru aje pergi supermarket semalam.
Cth : “Eh bang, semalam kita terlupa nak beli gram, gula, susu budak…boleh singgah mana-mana tak?”
7. Tidak memberi pesanan yg jelas bila menyuruh dia ke kedai.
Cth : “Saya kata beli susu pekat bukannya susu cair. Kan dah tak jadi kuih saya ni.”
8. Membuat temujanji dan aktiviti social tanpa persetujuan suami terlebih dahulu.
Cth : “I dah confirm mlm Jumaat ni nak dinner kat rumah Cik Ruby, you takde program tahlil kat mana-mana kan?” (p/s : silap la beb..mlm Jumaat tu..)
9. Mengubah barang, tpt buku atau barang-barang computer peribadi tanpa memberitahu suami
Cth : “Screensaver abg tentang pambar 1500cc Harley tu I dah tertukar jadi gambar bunga rose, sorrylah bang!.”
10. Mengganggu suami yang sedang asyik menonton tv.
Cth : “Alah bang! Pasukan Manchester tu sampai mati tak akan dapat kalahkan Liverpool. Mari tolong saya potong ayam ni.” (p/s : ko hina pasukan bola kegemaran aku?)
11. Menceritakan hal rumahtangga pasa org lain termasuklah cerita-cerita dalam kelambu walaupun dalam bentuk gurauan.
Cth: “Eeeii, korang tau tak suami aku tu kalau sblm tidur mesti bla bla bla..”
12. Meminjamkan harta benda suami pd org lain tanpa kebenaran atau meminta izin terlebih dahulu.
13. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur lewat tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Cth : “Abang tidurlah dulu, Yah nak habiskan tengok drama ni dulu.”
Posted by puteri aleesya natasha at 8:58 AM 0 comments
Labels: facts/fakta
Friday, November 26, 2010
~~Makanan yang Dilarang Untuk Pengantin Perempuan~~
Wasiat ini telah disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Amalkan pada pasangan yang bakal berkahwin dan semoga perkahwinan pasangan ini akan membawa seribu keberkatan dan keredhaan Allah.
Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar
)4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna
.Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
Posted by puteri aleesya natasha at 12:12 PM 0 comments
Labels: facts/fakta
Thursday, November 25, 2010
~~seandainya aku buta~~
Thursday
25/11/2010
Posted by puteri aleesya natasha at 4:05 PM 0 comments
Labels: puisi/poems
~~misunderstood~~
Salam blogger....maaf la sbb ada kesalahtafsiran kat blog saya nie...sebenarnya most of my post is original from my writing and some was my editing...maaf yer saya bkan mnciplak karya atau hak milik sesiapa...semua karya saya confidential....mohon sesiapa yang nak ambik karya saya tlg write a comment below n then if im allow u can do it..sorry...saya xnak ada kesalahtafsiran dari mana-mana pihak lagi yer..
Posted by puteri aleesya natasha at 8:41 AM 0 comments
Labels: feelings
~~doa untuk pasangan kekasih~~
Entry late night malam nie sal doa pasangan kekasih. Semua pasangan mengharapkan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sebagai sahabat kita akan berkongsi doa antara pasangan kekasih. Semoga doa nie membantu kita semua dan berkat darinya hubungan semua pasangan akan berkekalan.
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
Posted by puteri aleesya natasha at 1:24 AM 0 comments
Labels: doa/prayers
Wednesday, November 24, 2010
~~25 ciri orang yang mencintai kamu~~
Setelah hampir seminggu meninggalkan blog nie kosong tanpa tulisan. Hari nie kita akan berbicara tentang 24 Ciri Orang yang Mencintai Kamu. Dalam kehidupan nie terkadang kita tidak sedar perlakuan seseorang yang ditunjukkan pada kita adalah tanda dia mencintai kita. Pada zahirnya kita kurang prihatin dengan tanda-tanda tersebut. perkataan merupakan ungkapan yang sukar untuk dilafazkan oleh orang yang mencintai seseorang tetapi dia lebih sedia menunjukkan gaya dari perbuatannya.
Ciri yang pertama ialah orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Satu-satunya perkara yang dia tahu dan peka adalah hanya kamu di matanya. Tiada orang lain pada pandangannya mahupun kisah-kisah lalunya. Kamu adalah satu-satunya insan itu.
Ciri yang kedua ialah walaupun kamu sudah dimiliki oleh seeorang mahupun kamu sudah mempunyai kekasih atau teman istimewa tetapi dia tidak pernah peduli . Pada tanggapannya kamu terlalu penting. kebahagiaan kamu adalah priorty pertama dalam hidupnya biarpun bukan bahagia bersamanya tetapi bahagia kamu bersama pasangan lain. Walaupun kamu telah ada hubungan intim dia tetap menginginkan kamu sebagai impiannya.
Ciri yang ketiga ialah orang yang mencintai kamu seikhlasnnya akan menerima kamu apa adanya dan apa jua sikap dan perilaku kamu padanya. Di hati dan di matanya cuma terlihat wajah kamu yang anggun,tampan mahupun cantik. Padanya kamu adalah insan yang paling dan ter dalam segala hal padahal pelbagai perubahan berlaku dalam diri kamu.
Ciri yang keempat ialahorang yang mencintai kamu akan sentiasa ingin tahu tentang apa sahaja yang berkaitan dengan kamu. Segala kegiatan harian kamu menjadi ingatannnya. Malah dia akan selalu cuba mendekati kamu hanya untuk mengetahui apa yang bakal kamu lakukan kerana terkadang dia berfikir untuk tidak melihat kamu berbuat salah.
Ciri yang kelima ialah orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengirimkan SMS pada kamu walaupun ternyata SMS itu tidak akan mendapat balasan daripada kamu. SMSnya berbaur ayat biasa tetapi dalam maknanya. Walau cuma bertanya dan mengucapakan kata "Selamat Pagi", "Selamat Malam","Take care" dan ayat-ayat biasa lain namun di dalamnya terselindung azimat cinta dia pada kamu walau bukan dengan mengucap kata "I Love U".
Ciri yang keenam ialah kamu telah mengadakan party hari lahir kamu tanpa menjemput dia namun dia tidak mengambil hati malah tetap mengirimkan kamu SMS atau menelefon kamu untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan kekadang mengirimkan hadiah pada kamu walaupun pemberian dia kamu anggap tidak penting.
Dia adalah orang yang tidak pernah lupa pada tanggal kelahiran kamu.
Ciri yang ketujuh ialah orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati segala dan setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu walaupun mungkin pada kamu kejadian itu tidak penting. Walau kamu telah melupakan kejadian itu dia tetap membajakan ingatannya dengan kenangan-kenangan itu keraba saat itu tidak boleh diulang semula walau waktu berputar ke belakang.
Ciri yang kelapan ialah orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap bait kata kamu yang telah kamu ucapkan padanya. Walaupun kamu lupa apa yang kamu bicarakan namun ingatannya masih pada kata-kata tersebut. walaupun kata yang kamu bicarakan itu menyakiti dan melukakannya atau memberi harapan untuknya tetap dia semat di dalam hatinya sebagai kata cinta dari kamu. kamu pasti lupa tetapi tidak pada orang yang mencintai kamu.
Ciri yang kesembilan ialah orang yang mencintai kamu akan belajar menggeari lagu-lagu kegemaran kamu dan segala yang kamu minati bahkan sehingga dia mungkin akan meminjam CD milik kamu. Hanya kerana mahu mendekati dan menguasai kegemaran kamu dia sanggup berhabis duit untuk itu. Bagi dia kesukaan kamu adalah kesukaannya walaupun sukar baginya meminati kesukaan kamu pada awalnya tapi pada akhirnya dia akan berjaya.
Ciri yang kesepuluh ialah jika kali terakhir kamu bertemu dengan dia dan keadaan kamu kurang baik kerana dijangkiti selesema ataupun batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon kamu untuk bertanya tentang keadaan kamu. Segala perbuatannnya yang prihatin kerana dia bimbangkan tentang kamu dan sentiasa peduli segala perkara tentang kamu.
Ciri yang kesebelas ialah jika kamu menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian tersebut berlangsung dan masanya agar dia dapat menghantar SMS sebagai perangsang semangat pada kamu. walau kamu merasakan itu tidak penting tapi padanya ia sangat penting kerana dia merasakan dia sentiasa ada untuk kamu.
Ciri yang keduabelas ialah orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin pada kamu hanyalah barang biasa yang tidak berharga. Padanya barang tersebut sangat-sangat istimewa dan berharga.
Ciri yang ketigabelas ialah orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika bercakap dengan kamu dalam telefon dengan kamu sehingga membuatkan kamu menjadi binggung. Pada hakikatnya dia sebenarnya sedang merasa gugup kerana panggilan kamu telah menggegarkan dunianya.
Ciri yang keempatbelas ialah orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan setiap saat masanya hanya bersama dengan kamu. Baginya hanya kamu yang menjadi penawar dan duka hatinya.
Ciri yang kelimabelas ialah jika ditakdirkan suatu masa kamu harus berpindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan kamu nasihat supaya kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh tidak baik pada kamu. Dia sangat bimbang dengan kamu kerana terpaksa berjauhan.
Ciri yang keenambelas ialah dihatinya dia benar-benar takut untuk kehilangan kamu kerana baginya kamu adalah segalanya. Walaupun kamu jauh di mata tetapi kamu tetap dekat dihatinya.
Ciri yang ketujuhbelas ialah orang yang mencintai kamu akan bertindak seperti saudara bukan seperti kekasih. Dia lebih mengambil berat tentang kamu jauh dari saudara kamu sendiri.
Ciri yang kelapanbelas ialah orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara yang membuatkan dia nampak sengal seperti menelefon kamu sebanyak 100 kali dalam masa sehari. Atau dia mungkin akan mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Pada hakikatnya dia sedang memikirkan kamu pada ketika itu.
Ciri yang kesembilanbelas ialah orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu. Dia akan melakukan hal-hal yang akan membuatkan kamu pening kepala. Pada ketika kamu menyatakan perasaan tidak suka kamu dengan tindakannya dia akan memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Ciri yang keduapuluh ialah jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan mengajar kamu dengan penuh sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia. Dia akan merasa begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan tersebut.
Ciri yang keduapuluhsatu ialah jika kamu melihat hanphone-nya maka nama kamu menghiasi sebahagian besar inbox-nya. dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun telah dikirim oleh kamu berbulan-bulan atau bertahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala yang diberikan oleh kamu menjadi benda yang berharga buatnya.
Ciri yang keduapuluhdua ialah jika kamu menjauhkan diri daripadanya atau kamu menyatakan reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu akan membunuh hatinya.
Ciri yang keduapuluhtiga ialah jika suatu saat kamu merindukannya da ingin memberinya kesempatan dia akan ada untuk meninggu kehadiran kamu itu. Ketika ini dia tidak pernah mencari orang lain sebagai pengganti kamu tetapi masih menanti kamu.
Ciri yang keduapuluhempat ialah orang yang begitu mencintai kamu tidak akan pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahuinya. dia tidak mahu membebani kamu dengan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu dia akan pergi tanpa menyalahkan kam kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Ciri yang terakhir ialah dia akan sentiasa mencintai kamu biarpun kisah cinta antara kamu dan dia telah lama berlalu. Dia akan sentiasa mengingati kamu biarpun kamu telah melupainya dan dia akan sentiasa mengingati kenangan bersama kamu sampai akhir hayatnya.
Posted by puteri aleesya natasha at 1:04 PM 0 comments
Labels: facts/fakta
Sunday, November 14, 2010
~~hati seorang wanita~~
Wanita merupakan satu anugerah yang diciptakan oleh Allah yang tidak dapat dinilai. wanita dijadikan dengan pelbagai sifat dan gaya tetapi setiap hati yang dimiliki wanita tetap sama. Allah menjadikan wanita penuh dengan kelembutan dan keayuan biarpun terkadang kita tidak menyedarinya.
Wanita sering dikatakan cerewet tak tentu fasal. Sebenarnya wanita daripada azali kelahirnya mempunyai sikap cerewat tetapi cerewat wanita bkannye tak tentu hala dan fussy ikut suka saja. Wanita kadang-kadang cuma ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Biasalah kerana wanita dah terkenal dengan idea manjanya dan selalu cuba untuk didengar pendapatnya. bukannya perlu didengar setiap masa cuma bila dia tersangat ingin kata-katanya diikuti.
Hati wanita juga sangat mudah melafazkan maaf kepada seseoorang yang telah melakukan kesalahan padanya tetapi kesalahan yang dimaafkan itu tidak akan pernah pudar dari hatinya. Kesalahan ini disimpan dalam hati wanita bukan sebagai dendam tetapi sebagai pengajaran untuknya.
Wanita adalah seorang insan yang prihatin. Wanita tersangat prihatin pada orang yang berada dalam lingkungan persekitarannya. Wanita sentiasa prihatin pada persekitaran yang mendiami hatinya. walaupun dalam diam wanita, wanita tetap dan sentiasa prihatin pada apa jua keadaan dan persekitarannya.
Cinta merupakan perkara penting dalam hati wanita. Cinta itu bukan sahaja kepada kekasih tapi pada keluarga dan masyrakat yang menghuni persekitarannya. Wanita sering mengatakan bahawa cinta pertama adalah cinta yang paling dalam dlm hatinya sehinggakan cinta itu tidak mampu digantikan dengan cinta lain. Tetapi istilah cinta pertama itu bukan cinta yang dicintainya pada pertama kali tapi cinta yang kekal bersamanya hingga ke hari ini. Wanita setia hatinya.
Pada wanita seks bukanlah segala-galanya dalam hidup. Walaupun wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal namun nafsu yang sembilan tetap mampu dipatahkan dengan akal yang satu. Lelaki dijadikan sebgai pembimbing pada wanita kerana dikurnia sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah sebagai pembimbing dan bukan sebagai ulat perosak kepada wanita.
Posted by puteri aleesya natasha at 8:14 PM 0 comments
Labels: facts/fakta